Monday, 16 May 2022

FLEA MARKET LAGI..SANGGUP REDAH JEM SEBAB MALAS NAK MASAK

 Balik dari NILAI 3 plan nak singgah makan tapi sebab perut dah penuh cendol,terus balik rumah.Baru lepas solat Asar,sekali Adah bising lapar.Suruh dia masak megi,taknak.

Dia ajak gi flea market Bangi..ish..baru tempuh jem 2x masa gi & balik dari Nilai tadi kot..Tapi sebab dia yang drive & dia yang beria nak sangat gi flea market tu...onz ja la.

Pergi main redah ja sebab tak tau flea market buka atau tak sebab masih musim raya ni...

Sampai sana..nampak khemah pakaian baru nak pasang..
(setiap hari lepas operasi depa simpan khemah..)
Harap khemah makanan buka la..



Alhamdulillah..gerai makanan buka..

Sunyi sebab orang sibuk beraya agaknya.Penjual pun tak ramai.Rasanya hanya seperuh dari bilangan gerai yang beroperasi


Adah setia dengan Nasi Kandar Melayu..
Termurah setakat ni..
Lauk ayam besar,kuah campur,bendi dan separuh telur masin RM.Kalau tanpa 

Tak menyabar dia nak makan bawah khemah kejap tu juga.Katanya lapar sangat dah..Seharian perut baru isi semangkuk cendol kat Nilai tadi ja..

Saya pun pilih nasi juga..
Asalnya nak beli Nasi Ambeng tapi gerai nasi ambeng + lontong kering tu tak buka la pula..


So,saya pilih Nasi Ayam Penyet RM7...Nasi menimbun.Ayam ¼ memang boleh makan 2 orang.
Tapi spoil sikit sebab penjualnya bekeng...!!
Hihihi


Langit dah gelap gelita...Lepas makan terus balik 
Hari ini dalam sejarah ..kami hanya beli makanan sorang sebungkus sahaja.Adah Nasi Kandar..teh 0 ais
Saya Nasi Ayam Penyet.. ais kosong
Tapaw otak-otak untuk anak bujang tu 12pcs.
Hanya itu sahaja.
Kalau selalu siap tak cukup dua belah tangan nak jinjing makanan...hihihi..
Agaknya betul la orang kata kalau perut lapar semua nak beli.Kalau dah kenyang apap pun tak mau dah...



"Trafik Sesak Selepas Tol Sg Besi Menuju le Pusat Bandar"

Tempuh lagi jem...Hihihi sendiri yang cari..Hari ni 4 kali lalu hi way KL Seremban ni...

Sudahnya sampai rumah dah maghrib..

2 comments:

  1. hujung minggu mmg jem semedang kl ni..

    ReplyDelete
  2. Lebih pada seronok berjalan tu sebenarnya, biar penat berjalan, fresh kepala otak, kalau masak, stress, hahaha. Adah dah tak pakai spek?

    ReplyDelete