Salam 20 Syawal yang masih berbaki 10 hari.
Sempena selesai puasa 6 pada 14 Syawal minggu lepas..saya masak ketupat pulut hitamMaka petang hari Ahad tu saya masak ketupat pulut hitam sebagai simbolik nak raya esoknya
Hanya sebiji saya bungkus versi Utara...Yang atas tu versi utara..Yang bawah versi Pantai Timur..
Sejak dua menjak ni,saya rasa macam lagi mudah nak bungkus versi Pantai Timur sebab lebih "palas friendly"..hihihi
Versi Utara nak daun sekata dan lebih panjang tapi versi Pantai Timur tak kisah daun palas tu panjang ke pendek ke lebar ke kecik ke semua boleh..
(background suara Azan Asar dari surau berdekatan)
Kalau dulu-dulu zaman kanak-kanak hingga remaja saya sempat tengok mak rebus ketupat guna dapur kayu.Jenuh nak rebus hingga kering kerana mak biasanya akan masak bercupak-cupak beras pulut.Hasilnya ketupat dapat seperiuk besar.Nak rebus guna dapur kayu pulak tu.Biasanya mak dan juga orang kampung yang lain tidak rebus kat dapur yang digunakan untuk memasak hari-hari tu.Sebaliknya akan di buat dapur lain kat halaman rumah atau bawah rumah guna 3 ketul batu besar sebab nak letak periuk tang besar.Kayu api pula bukan kayu api biasa.Sebaliknya kayu-kayu kering yang besar-besar dan panjang kerana nak rebus dalam tempoh yang lama.
Oleh kerana guna rive cooker kecik,maka kena rebus 2 kali.
Yang dah masak kita angkat.Masukkan pula ketupat yang belum masak dan air baru serta rebus lagi hingga selesai.
Esok malamnya saya masak pula kuah laksa guna sardin.Pagi Selasa saya rebus laksa dan bawa 6 bungkus ke tempat kerja..
Cleaner masuk bersihkan bilik kerja saya...Sebab tau depa juga dah habis puasa 6....Saya ajak depa makan sekali dengan saya...Sama-sama raikan raya puasa 6 dengan depa...
Api pula kena jaga,tak boleh biar terpadam.Kalau masa merebus api terlalu perlahan atau hampir padam ,nanti air rebusan tidak menggelegak akan menyebabkan kulit ketupat kemerahan dan tak cantik.So,api kena pastikan air rebusan sentiasa menggelegak.
Jaman now dah guna rice cooker..Api stabil,dan tiada lagi dapur kayu dan periuk besar di halaman.Hanya kekal dalam ingatan segala peristiwa lalu itu.
Oleh kerana guna rive cooker kecik,maka kena rebus 2 kali.
Yang dah masak kita angkat.Masukkan pula ketupat yang belum masak dan air baru serta rebus lagi hingga selesai.
Kalau dulu masuk raya ke-2 dah sibuk sental periuk besar yang kehitaman kerana guna dapur kayu.Raya pertama dibiar sahaja periuk tu berendam.Maklumlah raya pakai baju baru takkan nak sental periuk..hihihi
Esok malamnya saya masak pula kuah laksa guna sardin.Pagi Selasa saya rebus laksa dan bawa 6 bungkus ke tempat kerja..
Cleaner masuk bersihkan bilik kerja saya...Sebab tau depa juga dah habis puasa 6....Saya ajak depa makan sekali dengan saya...Sama-sama raikan raya puasa 6 dengan depa...
Suka depa dapat makan laksa lemak sardin masakan saya...
No comments:
Post a Comment