Raya Puasa 2022...
Antara yang dapat dirakamkan sepanjang hari pertama Syawal 1443
Pagi-pagi kami bertolak balik kampung.Walaupun raya terkejut,tapi Alhamdulillah....sempat kami masak sepanjang malam raya dan pagi raya untuk hidangan seadanya kepada tetamu.Seperti sebelum ini juga...kami masak di rumah kat pekan...dan bawa balik ke kampung.Cuma..plan asal hari Selasa kalau belum raya,kami nak la balik kampung dulu nak bersihkan rumah.Maklumlah,rumah tinggal,setahun 2x sahaja kemas untuk tetamu datang.....hanya balik beraya...
Itupun dah dua tahun tak beraya di rumah kampung kesan pendemik covid.,..
So,tahun ni semua orang teruja nak beraya....
Alhamdulillah...walau rumah kampung ...mak dah tak tinggal situ...hanya pada hari raya....open untuk tetamu datang...
Ketua kampung yang tak pernah lupa datang bertandang ziarah mak setiap kali lepas solat raya
Makan kuih raya dan ketupat saja dulu.Nasi tomato yang menjadi menu wajib pagi raya saya dah siap masak bersama acar timun nanas papadom dan kari daging.Ayam masak merah Achik yang masak.Tapi Achik belum sampai masa ni sebab depa tersangkut kat Petronas beratur nak beli air mineral...kampung takda air....Dah beberapa kali raya kampung takda air...huhuhu
Masih dengan kehadiran tetamu cilik...Kampung kami tak la besar...rumah tak sampai 100 buah pun..terbahagi pula kepada dua dipisahkan bendang dite gah-tengah.Sebelah rumah mak memang semua dah warga emas..Hanya meriah bila raya ketika anak cucu pulang.
Anak-anak sedara mak..
Anak-anak gadis boleh makan dalam rumah.
Tuan tanah pun tumpang sekaki makan bersama tetamu sebab lauk ayam masak merah by Achik baru sampai...
Antara famili yang saban tahun setia menziarahi mak...
Demikian lah antara senario dan warna warni hari raya pertama @ kampung.
"Rumah" ayah hampir hilang dihempak pokok keriang tua yang tumbang sedikit masa dulu.
Usai menziarah kuburan kami menyusuri lorong ke kampung lama tempat kami membesar sebelum berpindah ke tanah mak pada 1984.
Kami memyusur tepian tanah sawah kepunyaan mak.Mengimbau kenangan mengutip buah keriang lada.Pohonnya masih gagah berdiri walau dimamah usia.Seakan terdengar suara-suara kami bersama anak-akan kampung berlarian ditengah bendang dengan baju raya.Dulu ditangah bendang itu jalan yang menghubungkan seberang sana dan seberang sini serta sibuk dengan laluan motosikal dan basikal.Parit-paritnya sebahagian masih ada dan selebihnya sudah hilang ditolak jentera meluasakan sawah.Landskapnya sudah jauh berubah namun kenangan itu tak pernah hilang dalam ingatan.
Serasa ingin menangis tatkala bayangan kenangan lalu melintas di depan mata tapi gagal untuk masuk ke dalamnya kerana kenangan lalu tak kan berulang.Jika pun berulang pastinya tidak sama..Enggan berlama dibuai memori silam...kami beransur meninggalkan dataran kenangan itu.Petang sebelum maghrib ...kami mengemas semula dan kembali ke rumah di pekan...
Apa juadah yang kami hidangkan untuk tetamu?
Next entri kami kongsikan juadahnya...
Banyaknya kenangan!
ReplyDeleteTentu satu demi satu memori lama menjelma kembali dalam ingatan.
Sudah semestinya...
DeleteJalan cerita kita zaman kanak-kanak ada tidak jauh beza cikgu..Kita sezaman mungkin berbeza umur setahun dua...🤭