Friday, 31 July 2020

PUASA SUNAT ARAFAH 2020

Sebelum subuh pagi Khamis 30 Julai 2020
Kami bertolak meninggalkan KL menuju ke utara(hahahha baca dengan nada karangan murid tahun 6) kikikiki🤭
Suasana jalan sudah mula sibu kerana ramai orang lain juga nak balik kampung
Esok kan hari Raya Haji..
Mestilah rami nk balik kampung
Tambah plak Raya Aidil Fitri baru ni semua x dapat  balik kampung kerana PKP Covid 19
Termasuklah we all juga yang terpaksa BERAYA DALAM PKPB.... kat sini
So, kali ni opkos la semua orang nak balik
(yer ker semua orang nak balik?) 🤭🤭
Abang x dapat ikut balik sebab x dapat cuti..
Tapi mak aku dah siapkan ketupat palas frozen, ketupat Adabi & Rendang Daging frozen untuk abang makan  pagi raya nanti
Abang sedeh x dapat balik kampung
Tapi mak aku cakap :
Antara abang yang x dapat cuti
&nenek pula sedang menanti
Walau serba salah dalam hati
Terpaksa lah balik juga
Pukul 5.30 pagi bertolak dari KL
Kakak yang drive


Jem nyer memang kena redho jer lah..
Dekat pukul 7 juga baru dapat solat subuh kat Hentian Sebelah Behrang..
Pun surau penuh sesak..
Sampai terpaksa langgar SOP sebab kena berasak juga sebab dah nak pukul 7 dah hanos subuh

 Kakak lak mengantuk
Mak aku lak drive sampai Bukit Gantang sebelum kakak take over sampai lah ke Kedah...
Aku kat belakang dah 10x tidur 10x tersedar sampai dah x tahu nak buat apa..
Bosan dalam jem

Tapi mak aku lak cakap sekarang ni walaupun jem tapi x stress macam dolu2
Sebab sekarang walau jem dah x banyaj vavi hutan yang sesat .
Mula aku tertanya juga
Selama ni ada ke 🐖 melintas kat hi way
Tak lama lepas tu nampak ada beberapa buah kereta mewah yang lalu ikut lorong kecemasan dan cuba potong Q untuk masuk semula dalam lorong..
Kata mak aku itulah yang digelar vavi hutan oleh pengguna jalanraya..
Kerjanya menyondol & tiba-tiba jer akan muncul dikiri jalan & akan cuba masuk lane secara mengkhinzir buta...
Ooooooooo..... Baru aku tahu...
Hehehehe...
Setelah 10 jam mengharung jem...
الحمدالله....
Selamat sampai..

Selepas solat jamak & qasar untuk Zohor d Asar....
Semua gi umah Achik untuk iftar
Nenek, Haikal semua puasa
Aku & mak aku pun puasa juga
Puasa Sunat Arafah sempena hari Wukuf di Arafah...
Cuma tahun ni semua umat Islam agak sedih kerana ramai yang x dapat menunaikan Haji di Mekag angkara Covid 19
Hanya beberapa ribu penduduk Mekah sahaja dubenarkan
Orang luar x dibenarkan masuk kerana untuk mencegah Covid 19

Achik masak Kari Ayam Hutan
Makanan exotic ni
Pakcik selalu akan beli macam-macam makanan rare kalau kami nak balik..
Aku suka sangat Kari Ayam Hutan ni
Sedap


Sup Gear Box fav mak aku
Achik kata special untuk mak aku iftar


Hati, paru & limpa Masak Kicap
Pakcik yang masak
Pun hanya mak aku ngan pakcik jer makan
Yang lain semu x makan organ dalaman


Ini lauk apa dah ntah..
Tak ingat dah

Rendang Daging

Kari Daging Pekat
Achik masak
Merangkap lauk untuk ketupat palas esok


Paru Goreng


Fav akuuuuuuuu
Achik masak sambal petai
Achik soh habiskan..
Memang licin aku aku makan


Lemang...
Setiap kali raya pakcik akn beli lemang...
Pakcik kan orang Pahang...
Wajib kena ada lemng kalau raya🤭
Kalau x raya pun pakcik akan beli jet kalu jumpa lemang..


Ketupat Palas by nenek
Untuk raya esok
Tapi untuk iftarpun dah makan
Hahhaha


Kek Buah..
Sedap sangat
Achik beli online


Dodol....
Pun sedapppppp sangat
Raya Puasa x dapat makan dodol


Brrrrrrrr......
الحمدالله....
Kenyang dapat iftar macam-macam
Mata dah mengantuk..
Opsss... Tapi ada lagi nenek ngan achik tengah masak
Special menu untuk pagi Aidil Adha...
Tungguuuuuu

Wednesday, 29 July 2020

BISKUT GERMAN BY KAKAK(PKPP COVID 19)


Kakak buat Biskut German untuk Raya Haji
Nak bawa balik kampung
Juga untuk makan sendiri
Kakak buat 2 jenis biskut
Cookies & Biskut German ni...

 Kakak gigih buat Biskut German
1 rumah bau harum macam bau butter cookies..
Sedap...
Esok pagi-pagi sebelum subuh nak gerak

1 balang untuk Achik
1 balang untuk hidangan pagi raya
1 balang untuk abang sebab abang x ikut balik..
Abang x dapat cuti..
1 balang lagi untuk makan sambil kemas-kemas beg balik kampung
Aku suka Biskut German sebab melting in my mouth...
Biasa tengok kat IG dorang buat colourfull
Tapi aku dah pesan kakak buat plain macam mak aku buat BISKUT JERMAN...kat sini
Aku x suka colourfull sebab dah macam kuih raya ca ya nun alif
Aku suka plain


BISKUT GETMAN BY KAKAK
2 ketul butter
2 pack potato strach (250gm x 2pack)
2 cawan tepung gandum
1½ cawan gula icing
2 sudu teh esen vanila

1. Wisk & mix butter & gula icing
2. Tambah esen vanila
3. Tambah tepung gandum & tepung kentang & uli rata menjadi sebuku dough
4. Bulat2kan sebesar fishball & susun dalam tray
5.Tekan setiap bebola dengan garfu supaya leper & bercorak
6. Panaskan oven 180°  selama 10 minit.
7. Bakar biskut selama 20 minit
8. Sejukkan sebelum simpan

Tuesday, 28 July 2020

TAUHU BERGEDIL SEDAP (PKPP-COVID 19)

Hari Jumaat, mak aku bawa balik sebungkus tauhu yang orang letak dalam mee kari tu..
Ingatkan bak buat mee kari.
Rupanya tak..
Mak aku cakap ada achik cleaner bawa bekal Tauhu Begedil bagi mak aku rasa
Kata mak aku, begedil tu sedap sangat...
Sebab tu nak buat tauhu begedil

Hari Sabtu mak aku buat tauhu begedil ni
Sedapnyaaaa...
Berketul-ketul aku aku makan walaupun sambal kicapnya pedas meraung..


Ni versi natural beuty, xde make up daun sup bagai😅😅
Polos suci tanpa make up

Aku makan jer
Tak tengok pun mak aku masak
Coz hari Sabtu tu seharian jadi runner ngan kakak hantar barang 1 KL
Kakak kata nak cari duit poket
Kakak ajak aku temankan
Kakak drive aku plak tukang amik barang hantar pada customers

Balik dah maghrib
Dengan hujan lebat giler
Penat dia macam nak nagis
😭😭😭
Sib baik sejuk-sejuk hujan mak aku gorengkan tauhu begedil panas-panas
Mak aki cakap buat masa tengahari
Simpan dalam peti ais
Bila abang balik baru goreng

Haaaaa...
Ni tauhu begedil yang belum goreng
Yang kat belakang tu abang beli..
Abang balik kerja, abang belikan yong tauhu &.......


& Tauhu Begedil🤣🤣🤣🤣
Abang cakap abang x tahu mak aku masak tauhu begedil
Sebab tu abang beli yong tauhu & begedil tauhu tu
4 ketul tu abang kata rm6
Kata abang hari ni Hari Tauhu Begedil Sedunia...
Sebabnya, abang kata masa lunch kat tempat kerja abang kata ada jual tauhu begedil tauhu.
Abang beli 1 pack makan kat sana
Petang balik beli plak tauhu begedil untuk bawa balik
Yang kat rumah, mak aku plak masak tauhu begedil..
So, dari pagi sampai malam, hidup abang dikelilingi tauhu begedil
Hahahaha...


TAUHU BEGEDIL
20 pcs tauhu goreng(tauhu pok)
-minyak untuk goreng
1 biji telur untuk celup beegedil nanti

-Buat garis X dipermukaan tauhu & dsngan hati2 keluarkan isi tauhu supaya ada ruang untul isi inti

Inti:
5 biji kentang-rebus empuk
2 keping patty burger ayam Ramly
1/2 ketul kiub ayam
1/2 sudu teh garam
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 bawang besar-cincang halus

- Lenyek patty burger & goreng tanpa minyak hingga berderai.
-Lenyek kentang & campur dengan aemua bahan lain & lenyek hingga sebati
-Bulat2kan inti kepada 20 bahagian & isikan kedalam setiap tauhu
-Celup setiap tauhu berinti & goreng dalam minyak yang banyak hingga garing
-Hidangkan dengam Sambal Kicap

Sambal Kicap:
20 cili padi-
5 bawang merah
3 ulas bawang putih
4 sudu cuka makan
1 cawan kicap manis
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu gula

1. Goreng cili, bawang merah & bawang putih dengan sikit minyak hingga masak
2. Blend bahan yang digoreng itu dengaan cuka, kicap, gula, sos, tiram & sos cili.
3. Sesuaikan rasa

APPOINTMENT HUKM KALI KE-10(PKPP-COVID 19)

Hari ni mengulangi rutin mingguan lagi ke HUKM setelah gap 2 minggu dengan appointment kali ke 9 hari tu pada 13 Julai..Kalau tak...memang setiap minggu kena appointment mata


Sampai awal lagi..
Gi ngan kakak
Pukul 7.30 dah sampai
Tapi hari ni prosedur diperketat....
Dah x boleh terus masuk dlam unit aftalmologi
Kena tunggu kat luar & tunggu nama dipanggil baru boleh masuk dalam klinik
Nasib baik kakak lepas masuk masa pemeriksaan kat pintu masuk..
Kat Unit Aftalmologi pun panjang Que..
Sampai ke escalator.....
Sib baik aku sempat masukkan kad dalam kotak  yang pukul 9.00 pagi tu
Sebab lepas tu walaupun sampai awal tapi kena masuk dalam kotak pukul 10 sebab yang pukul 9 dah penuh....
Dalam pukul 9 dah dipanggil masuk dalam Unit Aftalmologi
Pastu tunggu plak dalam unit aftalmologi tu & tunggu plak dipanggil masuk bilik rawatan
Nampaknya dah beberapa minggu hanya mampu jadi 2nd  patients untuk Bilik 1  iaitu Bilik Kecemasan Mata
Ramai makcik-makcik & nenek-nenk serta atuk-atuk yang aku tengok mereka kena tangguhkan appointment hari ni
Ada sorang makcik tu tanya kat kaunter
Staff dia kata sekarang prosedur kena perketat & jumlah patients pun kena hadkan dah kerana jumlah pesakit Covid 19 semakin meningkat sejak 2 minggu kebelakangan ni
Sebab tu warga emas semua dianjakkan tarikh kerana nak kurangkan jumlah pesakit dalam satu-satu masa bagi mengurangkan risiko
Tambahan pula warga emas  merupakan golongan beridiko..
Ooooooo...patut lah
Hari ni kena dengan doc yang 1st datang dulu tu..
Mmmm dah boleh agak apa kesudahannya
Doc cakap kena balik makan lagi antibiotic
Mmm......ok..
Redho je lah


Next appointment 6 Ogos 2020


Gi Farmasi
Amik ubat antibiotic baru

14capsul
Makan lah sehari sebiji


Tunggu jer lah next appointment

Sunday, 26 July 2020

SAMBAL GORENG KACANG BOTOR-(PKPP COVID 19)

Mak aku masak 2 lauk jer untuk lunch tadi siang.
Tapi nikmatnya makan..
Sebabbbb.....
Ada sebabnya...

Ni mak aku cakap Sambal Goreng Kacang Botor.
Aku panggil kacang BOTOL
Tapi mak aku cakap nama dia Kacang Botor.
Kata mak aku ada yang panggil Kacang Kelisa sebab bunga dia macam ikan kelisa..
Naper x panggil Kacang Arowana
Sebab ikan kelisa tu kan ke ikan arowana jugak🤭🤭🤭🤭
Mak aku cakap nenek panggil Kacang Sirih
Tak tau apa kaitan dengan sirih
Yang pasti nenek memang selalu tanam pokok kacang ni
Kalau balik Kedah memang akan ada jer pokok kacang ni belakang dapur...
Boleh tengok pokok kacang botol ni KEBUN ULAM NENEK.....

Selalu kalau balik mak aku la suka sangat petik ulam...

Sambal Goreng Kacang Botor..
Tapi ni kacang mak aku beli
Mana ada tanam kat sini..
Tapi mak aku cakap sekarang sayur Kacang botor ni tengah murah..
1 paket ada dalam 20 batang kacang ni harganya baru RM2
Mmmm... Patutlah minggu ni jer dah 3x mak aku beli kacang ni

Samabal Goreng Kacang Botor
Kakak la paling suka
Sebab kakak tu Javanese Tongoue🤣🤣🤣
Kalau ada tempe...
Tengah malam pun kakak boleh makan nasi
Ni pun kakak boleh amik semangkuk sambal goreng ni ratah sambil tengok movie
Macam orang makan popcorn plak..
Dah la pedas nak meninggal
Kakak boleh ratah macam tu jer..
Dah tu kutip habis tempe & tinggal sayur kacang tu jer dalam bekas..


SAMBAL GORENG KACANG BOTOR
20 batang kacang botor
2 bungkus tempe
2 biji kentang
1/4 cawan minyak
1 sudu teh garam

Bahan Blend:
(blend kasar-kasar)
15 cili padi merah vietnam
1 biji bawang besar
5 bawang putih
1/2 cawan bilis bersih

1. Kacang botor dibuang urat d potong serong
2.Tempe & kentang dipotong dadu
3. Panaskan minyak goreng tempe hingga garing. Ketepikan. Goreng kentang. Ketepikan
4. Dalam minyak sama tumis bahan blend & masak hingga naik minyak
5. Masukkan kacang botor, kentang goreng & tempe goreng.
6. Tambah garam & gaul rata. Jangan masak terlalu lama supaya kacang kekal rangup
7. Sesuaikan rasa


Aku hanya makan kacang botol yabg mentah ni jer
Sebabnya mak aku masak pedas yang amat
Baru makan sepotong jer macam nak terbakar lidah
Tapi kakak boleh ratah..
Agaknya lidah kakak kebal kot


Haaaaaa......
Ni yang buatkan aku rasa lunch hari ni sedappppp sangat
Ayam Goreng panas-panas
Dah 2 bulan berpantang makan ayam
Nikmatnyaaaaaaaaa dapat makan ayam goreng panas
Mata still bengkak lagi
Tapi dah surut banyak la...
Sebab tu berani request kat mak aku nak makan ayam goreng
Walaupun hanya nasi putih ngan ayam goreng & letak sikit minyak goreng ayam & tuang sikit kicap..
Aummmmm

LEMANG KUKUS PADAT & KENYAL(PKPP COVID 19)

Mak aku masak lemang kukus
Hari ni nyer citer...

 Lemang Kukus Padat & Kenyal
Haaaa... Ada sebab cakap macam tu

 Sebabnya hari tu beli lemang kat tapi Hero tu...
Lemang buluh la...
Lemangnya lembik & isinya langsung x padat..
Memang x habis la makan..
Sebab lembik & xde rasa lemang
Mak aku cakap dah macam makan pulut lembik

 Now, mak aku cakap nak buat lemang sendiri...
Tapi mana ada buluh & nak bakar kat mana..
Kena la buat lemang versi kukus tanpa buluh
Tapi siyes jauh lebih sedap dari sesetengah lemang yang dibeli.. Sebab cukup rasa & yang penting padat.
Kata mak aku lemang kena padat baru sedap.
Aku lagi suka ketupat palas nak banding lemang...



Actually mak aku kata ssbab dah terlanjur mazak ketupaat palas ni
Maka mak aku buatkan juga lemang kukis tu.
Baru 2 minggu lepas buat KETUPAT PALAS VERSI KEDAH & KELANTAN...kat sini
Yang ni plak mak aku cakap nak rebus siap-siap & nak frozenkan untuk abang Raya Haji nanti
Sebabnya Raya Haji ni plan nak balik kampung..
Abang plak cakap Raya Haji Haji xnak balik sebab maybe x dapat cuti or kalau dapat sehari jer abang kata xnak balik
So, mak aku cakap ni ketupat palas ni

LEMANG KUKUS
1 kg pulut susu
1 kg santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan(1 sudu rata) garam halus
1 sudu makan gula pasir
1 helai pandan
4pelepah daun pisang
(jika dapat, guna 2 pelepah pucuk pisang yang masih kuning & 2 pelepah daun pisang biasa)
1 gulung benang/tali
1. Basuh beras pulut & toskan dalam tapis
(untuk hasil lebih kenyal, rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam) Tetapi boleh sahaja masak tanpa rendam
2. Campur santan & 3 cawan air & masak hingga mendidih. Sebaiknya guna kuali supaya mudah nak kacau
3. Tambah pandan, garam & gula
4. Masak sambil kacau supaya tidak meruap. Masak anggaran 1/2 jam hingga nampak santan agak pekat & nampak berminyak
5. Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan.
6. Kacau tanpa henti hingga santan semakin kering & pulut bersalut santan dan sedikit melekit
7.Terus kacau supaya tidak berkerak
8. Matikan api dan biar sejuk agak-agak 15-20 minit sebelum dibungkus. Supaya pulut dan santan sebati & mudah dibungkus
9. Pakai sarung tangan plastik(kalau xde, sarungkan tangan dengan plastik bersih)supaya bila pagang pulut akan licin & x melekat
10.Ambil pulut anggaran 1 cawan & kepal2kan dalam bentuk selider hingga padat.Agak2 saiz lemang
11. Jika ada pucuk pisang, bungkus selinder pulut tadi atas sekeping pucuk pisang.
Letak pulut secara melintang urat daun (supaya bila potong lemang nanti cantik
12. Kemudian, bungkusan tersebut dibungkus lagi sskali menggunakan daun pisang biasa yang hijau. Kali ini letakkan pula secara membujur ikut urat daun pisang supaya tidak koyak & mudah mengikat hujungnya.
13.Buat hingga habis semuanya
14. Kukus selama 1 jam
15. Biar betul2 sejuk. Buka ikatan tali & buangkan lapisan daun pisang luarnya. Daun pisang dalam (pucuk pisang/daun pisang melintang akan melekat pada pulut & mudah dipotong bersama pulit kerana potingan mengikut urat daun)
16. Hidang bersama rendang
**Lemang lebih harum jika lapisan dalam menggunakan pucuk pisang

 Ni la step nombor 11
Mak aku kata pulut yang dah dikepal bentuk selinder tu kana bungkus melintang urat daun pisang. Barulah bila potong lemang yang dah masak nanti daun akan jdi cantik melekat keliling selinder lemang
Kalau guna pucuk pisang, mak aku kata lagi harum & sedap

 Kemudian dibungkus selapis lagi diluarnya menggunakan daun pisang biasa
Kali ni kena bungkus secara lurus membujur ikut urat daun pisang pula
Ini untuk memudahkan hujungnya diikat
Kalau melintang nanti xbokeh nak ikat sebab daun pisang akan koyak
So, semuanya 2 lapis daun pisang & berlainan uratnya
Kemudian baru dikukus selama 1 jam

**Takde tutorial video sebab masa mak aku buat aku ngan kakak keluar hantar barang.. Nanti citer pasal hantar barang

Biar sejuk, baru buang lapisan daun pisang yang luarnya & baru potong lemang
Isi lemang akan padat & daun pisang juga akan cantik melekat membalut lemang yang dipotong

Friday, 24 July 2020

KARI DAGING + BIJI CEMPEDAK(PKPP COVID 19)

Alamak,
Camaner ni... Lum start belajar lagi dah rasa bz ni
Dah ada hari yang skip update blog
Rasa bz tapi x tau bz apa..
Banyak nak catat tapi x tertulis..
Nampak gayanya pasni macam nak kena slow dah
Takpun macam nk kena stop jer dah update blog..
Sebab update blog leceh skit
Tak macam IG & Twitter
Hmmmm....
Takpe kita wait & see
Now aku catat jer dulu mana yang mampu

 Kari Daging + Biji Cempedak..
Mak aku masak..
Bukan hari ni
Tapi minggu lepas
Terperam dalam draff
Resipi dah siap
Tapi x sempat nk buat catattan


Kari Daging + Biji Cempedak ni mak aku cakap sebab ada banyak biji cempedak
Selalu mak aku masak Jeruk Kulit Cempedak goreng ngan ikan bilis, cili dan bawang...
Tapi pernah juga tengok mak aku masak biji cempedak ni...
GULAI BIJI CEMPEDAK + IKAN KERING. kat sini


Ni cempedak kali ke 3 kot mak aku beli bulan ni
Separuh digoreng
Separuh dimakan plain camtu je
Sebab tu ada stok biji cempedak
Selain masak kari & gulai mak aku juga pernah juga ajak makan  BIJI CEMPEDAK REBUS.. kat sini..
Kata mak aku tahun ni beli cempedak lebih banyak dari beli durian..
Hari tu balik kampung masa nenek accident tu... Nenek kata tahun ni pokok cempedak kat kampung x berbuah..
Agaknya dia merajuk sebab bila banyak berbuah banyak yang terbiar xde sapa sangat nak makan
Sebab nenek & achik jer yang makan
Selalunya cempedak kat kampung masak time x balik kampung
Balik pun selalunya musim dah nak habis
Tahun ni dah x berbuah
Mak aku cakap cempedak sekarang sama mahal ngan durian
Tengok kat tepi jalan jual 1kg rm10
Yang ni mak aku cakap harganya rm31 sebiji sebab beratnya 3.1 kg
Haaaa..... 100gm pun xde discount bai..
Memang kena bayar rm31 la...
Kata mak aku sib baik xde tangkai cempedak tu
Kalau ada tangkai masa timbanga kena tambah lagi singgit... 😁😁😁



KARI DAGING + BIJI CEMPEDAK
1/2 kg daging (jika nak cepat empuk dulu daging & baru hiris)
2 cawan biji cempedak(rebus & kupas kulit)
1 paket kecil rempah kari daging
1 paket rempah kari ikan
1 sudu teh garam
1/2 kotak kecil santan
2 cawan air

Bahan Tumis
1/4 cawan minyak
5hirs halia
2 bawang merah
2 bawang putih
5 bunga cengkih
5 buah pelaga
2 bunga lawang
1 kulit kayu manis

1. Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga harum
2.Masukkan kedua-dua rempah yang dibancuh dengan 1 cawan air
3. Bila naik minyak, masukkan daging, air & masak hingga daging lembut
4. Tambah biji cempedak rebus, garam & santan
5. Biar mendidih dengan api perlahan selama 10 minit supaya kuah pekat dan naik minyak
6. Sesuaikan rasa



Kari Daging + Biji Cempedak