Saturday, 30 November 2019

KARIPAP INTI SAYUR

Karipap Inti Sayur
Mak aku masak pagi Khamis..
Buat sarapan, buat frozen & buat bekal
Haa bekal?
Bukan dah x sekolah ker..?
Heeee.. Still bawa bekal..
Rabu last paper
Khamis ikut mak aku,
Bawa la bekal Karipap Sayur ni

Ni petang tadi nyer pic
Karipap Inti Sayur lagi
Sempat frozen semalaman jer
Pastu habis masuk perut
Haaaa... Sebab aku suka
Aku suka makan cicah Thai Chilly Sauce..
Sedap baq hang..!!!
Abang pun suka
Licin semua karipap ni..
Sedap la Karipap Inti Sayur


 Haaaa.... Ni la inti karipap tu
Memang sayur wei..!
Sayur kobis, carrot, daun sup & suhun


 Dough karipap
Mak aku buat sengsorang
Aku nak mandi
Haaa.... Memang selama ni aku tolong la sanvat pun... 🤣🤣🤣🤣🤣


 Tolong makan ada la..
Actually dah lama mak aku dok sebut nak buat Karipap Inti Sayur ni..
Hari tu mak aku ajak gi Nilai
Mak aku cakap sebab teringat Karipap Sayur kat Nilai3
Haaaa... Setiap kali kalau gi Nilai 3 mak aku akan pusing cari karipap sayur
Malangnya sudah tiada lagi..
Asalnya beberapa tahun lepas masa balik dari Sarawak.. Achik ajak singgah Nilai nak habiskan duit😅
Masa round cari kedai frame  singgaj beli karipap panas kat situ..
Sedapnya sampai ulang 2x beli
Lepas tu.. Asal gi Nilai jer mak aku akan cari karipap tu
Malangnya dah xde
Setelah beberapa tahun peristiwa berlalu
Semalam mak aku masak Karipap Sayur ni
Teringat semula kisah karipap Nilai tu
Tapi mak aku cakap yang beli kat Nilai tu lagi sedap..!
Mmmm... aku makan rasa sama jer...


Haaa ni la Karipap Sayur by mak aku..


KARIPAP INTI SAYUR


1/2 kg tepung gandum
2 sudu butter
sikit garam
1/2 cawan minyak
air
garam

INTI SAYUR
 1 batang carrot- sagat kasar
¼ kobis –hiris halus
1 labu bawang besar- cincang
1pokok daun sup-cincang
1 kiub ayam-hancurkan
garam & sikit minyak

 Buat Inti Dulu:
1. Panaskan minyak & tumis bawang cincang
2. Masukkan sayur kobis,carrot & kuib ayam
3. Gaul sekejap sahaja  supaya sayur kekal rangup
4. Sesuaikan rasa
5. Masuk kentang & daun sup.Gaul rata.Angkat & biar sejuk

BUAT KULIT KARIPAP
1. Panaskan minyak & butter.tuang dlam tepung yang dicampur garam
2.Ggaul rata & uli dengan sikit air sampai boleh bentuk.
3. Bulat-bulatkan agak2 saiz untuk sebiji karipap.
4. Gelek bebola tu sampai agak nipis.
5. Isi inti & kelim tepi..
Buat sampai habis & goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana
** Goreng separuh masak & frozenkan untuk guna bila2 masa.

Friday, 29 November 2019

VIETNAMESE SPRING ROLL- LASTDAY SPM

Vietnamese Spring Roll..
Mak aku buatkan untuk  aku lastday axam.
Alhamdulillah... Allah mudahkan urusan sepanjang persekolahanku & selamat selesaikan SPM..
Selebihnya hanya mampu berdoa agar Allah betikan kejayaan yang cemerlang..
Walaupun malu nak minta pada Allah tetapi kerana Allah itu Maha Pengasih & Penyayang,Allah Maha Berkuasa  kena lah minta sebanyak-banyaknya.
Ustazah selalu cakap Allah mampu memeberikan apa sahaja yang dikehendakiNya walaupun yang tak pernah terfikir oleh kita makhluknya...
Namun Allah juga menyuruh kita agar sentiasa meminta melalui doa..


 Vietnamese  Roll by mak aku
Kawan-kawan aku ramai dah yang plan nak gi holiday lepas SPM
Kalau x sebab SPM pun memang time cuti sekolah ramai jer yang gi holiday oversea.
Dorang bercuti kat Paris la.. Korea la.. Jepun...China..Holland bagai..
Aku..?
Aku dekat jer
Vietnam & Thai jer

 Hahahaha... Bukan gi Vietnam & Thailand
Tapi makan Vietnamese Roll & Thai Chilly Sauce jerk..
Ok kan... Janji ada Vietnam & Thai
Hahahaha...


 Dah lama nak makan Vietnamese Roll ni
Kat area aku ni ada jer yang buat open order & cod...
4 roll harganya RM5 & ada yang rm 8 depend pada filling dia
Kalau yang filling crab stick or sosej macam ni rm5
Kalau ada prawn mahal la skit...
Tapi x pernah beli pun
Hahaha


Ni mak aku dah buatkan
Haaa... Makan sampai lebam..!!
Abang balik.. Masuk jer rumah x sempat  buka stokin lagi dah ngap 2 roll...
Haaaa... Nampak tak betapa menggodanya Vietnamese Roll ni..
Mak aku cakap just guna simple filling jer
Sosej rebus
Crabstick rebus
Daun Salad.
Sos pun guna readymade  Thai Chilly Sauce jer

Wednesday, 27 November 2019

ROTI TELUR GORENG vs BUBUR KACANG -SELASA

Roti Telur Goreng
Sarapan pagi Selasa
Takde paper...
Tapi  nak gi sekolah sebab Cikgu Rogayah dah inform dalam group whatsApp nak buat extra class & nak buat revision untuk subject Sceince...


 Mak aku buat sarapan Roti Telur Goreng
Nescafe Mocca ni untuk abang
Tapi abang x minum pun
So... Aku la minum....
Heee.... falling in love Nescafe

ROTI TELUR GORENG...mak aku
3biji telur
9 keping roti
1/2 cawan susu
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu lada sulah
butter
1. Campur telur,garam,lada sulah  dan kacau rata
2. Tambah susu
3. Letak 1/4 sudu teh butter/ marjerin dalam kuali
4. Celup roti dalam campuran telur dan masukkan dalam kuali yang disapu butter tadi
5. Letak 1/4 sudu lagi butter atas permukaan roti supaya bila diterbalikan nanti kedua2 belah roti masak sekata
6. Balik2kan kedua2 belah supaya masak dan warna brown cantik..

****Prefer guna butter / marjerin daripada mjnyak.masak kerana hasil guna butter/ marjerin lebih  fluffy.
Kalau guna minyak rasa tetap sedap tetapi agak kering..

 Petang hujan....
Mak aku masak Bubur Kacang..

Mak aku jer makan  bubur kacang tu😁😁
Aku minum nascafe jer
Tak minat Bubur Kacang
Ready untuk esok Rabu
Last paper

Tuesday, 26 November 2019

NASI GORENG KAMBING vs SUP KAMBING

Nasi Goreng Kambing vs Sup Kambing
Mak aku masak untuk dinner malam Jumaat
Hari Khamis abang balik dari Cyberjaya
Abang kata nak settlekan dokumen untuk kerja tempat baru..
Abang kata daru Cyber tadi abang terus gi KLCC..
Pastu nak kena buka acc kat Maybank
Minggu ni last abang kerja kat Cyber
Alhamdulillah abang dah lulus interview 2 minggu lepas..
Pasni ni abang akan training  selama 3 bulan..

Nasi Goreng Kambing vs Sup Kambing
Mmm...kerja makan jer lah...
Seminggu xde paper
Hari Jumaat & Sabtu gi Seminar Sains
Sabtu Ahad study sendiri jer kat umah
Hari ni patutnya Cikgu Rogayah buat extra class untuk rivision
Tapi senyap jer
Semua pakat bising tanya dalam group pun cikgu x respon
Mmmm.....study jer lah sendiri
Esok dah janji ngan classmate nak study group kat library


Nasi Goreng Kambing ni patutnya belum publish ni
Banyak lagi entri lain tengah Q
Tapi sebab tengok pic ni buat aku lapar
So, post yang ni dulu
Hahahaha
Sebab mak aku dah selalu masak Nasi Goreng Kambing ni
So C&P jer daripada old post

NASI GORENG KAMBING 
 4 cawan nasi( masak nasi guna 2 cawan beras)
1/2 kg kambing
 2sudu rempah kari
2 bawang putih
½ bawang besar hiris
1/2 sudu teh garam
2 sudu minyak
1pokok daun sup


1. Masak nasi putih..2 cawan beras akan dapat 4 cawan nasi..
2. Basuh daging kambing dengan sedikit tepung gandum untuk kurangkan lemak dan bau
3. Perap daging Kambing dengan rempah kari
4. Panskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih serta bawang besar
5. Masukkan daging kambing dan tambah sikit air supaya daging dapat mendidih dan empuk
6. Masak hingga naik minyak macam tumis kari
7. Masukkan garam dan nasi serta gaul rata
8.Masak hingga naik wap dan berasap
9. sesuaikan rasa dan tabur daun sup


Sup Kambing
Haaaaa....Dah Nasi Goreng Kambing
Sup pun Kambing
Haaaaa.... mak aku cakap sebab  guna kambing yang dah siap kiub
BAhagian tulang buat sup
Daging buat NAsi Goreng


Ni sup tulang kambing jer
Selalu mak aku masak Sup Kambing dengan isinya macam  SUP KAMBING ...kat sini



Jadilah Nasi Goreng Kambing vs Sup Kambing
Abang kata lepas maghrib nak balik Cyberjaya
Tapi lepas makan Nasi Goreng Kambing ni abang tidur
Hahahaha....
Abang kata nak balik esok pagi plak


Just nak cakap
Nasi Goreng Kambing memang sedap

Monday, 25 November 2019

SAMBAL PETAI FROZEN vs NASI LEMAK CAWAN - AHAD

Sambal Petai Frozen
Mak aku masak  untuk breakfast
Weekend breakfast kena la heavy


Mmm.... Rasa macam lama lak nak tunggu Rabu untuk last paper..


Mak aku cakap nak masak Nasi Lemak Sambal Petai..
Mak aku soh kuarkan petai frozen


Petai frozen..
Dah lebih 2 bulan kot petai ni beku kat Kutub Utara
Hahahaha


Mak aku cakap sebab rendam dalam air & bekukan bersama air
So petai ni still fresh


Defross..

Masak la Sambal Petai Frozen + Udang

SAMBAL PETAI FROZEN + UDANG
1 cawan petai frozen - defross
15 ekor udang
1/4 cawan minyak
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula melaka
Bahan Blend:
15 cili kering- rebus
1 bawang besar
2 bawang putih

1. Panaskan minyak dan goreng udang 1/2 masak.. Angkat dan ketepikan..
2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan blend hingga naik minyak
3. Masukkan asam,garam,dan gula
4. masukkan petai dan 1/2 cawan air
5. Bila kering sedikit dan naik minyak masukkan udang goreng & masak hingga pekat.
6. Sesyaukan rasa
Nasi Lemak Cawan
Haaaaa.... Sebab masak dalam cawan

Sorang secawan
Mak aku nak letak banyak halba & halia
Aku x suka
So.. Mak aku masak dalam cawan
Cawan aku hanya beras, santan, garam & sikit gula
Cawan mak aku.. Mmmm penuh nasi lemak penuh halba & hirisan halia

NASI LEMAK CAWAN ( untuk 1 cawan) 
1/2 cawan beras
1/2 cawan santan
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
Halia hiris/ halba (opsional)
Daun pandan

1. Jerang air + pamdan  dalam rice cooker hingga mendidih ( nak cepat, masukkan air yg siap dijerang dalam kettle)
2. Cuci beras, masukkan dalam cawan @ mug. Tambah santan, garam, gula & halia/halba
3. Kacau hingga garam gulanlarut supaya sebati.
4. Masukkan cawan berisi beras dan santan kedalam rice cooker yang airnya telah mendidih. Pastikan air anggaran tenggelam separuh cawan..
5. Biar hingga nampak sntan kering & beras kembang menjadi nasi.
6. Off rice cooker d biar 10 minit supaya nasi lebih kering & berderai


Ni mak aku nyer Nasi Lemak Cawan
Penuh halba dan halia


Takde timun, xde kacang, xde bilis..
Tapi memang sedap...

Saturday, 23 November 2019

LAKSA KUAH SARDIN - JUMAAT

Laksa Kuah Sardin

Pic hari Jumaat
Tapi catatannya baru dapat diselesaikan hari ni
Haaaa... Jangan ingat aku banyak masa sangat tengah2 axam ni pjn boleh jer postcatatan diari maya ni
Ada caranya supaya setiap hari ada catatannya walaupun catatan hanya dibuat weekend..
Kadang ada yg dah catat awal-awal
Just edit skit & publish
Ada yg memang sengaja set schedule supaya dapat publish pada masa & tarikh yg aku suka..

Macam Laksa Kuah Sardin ni juga
Ni memang hari Jumaat nyer dinner

Jumaat xde class
Takde paper pun
Tapi aku gi sekolah juga.
Petang pukul 4 ada seminar Sains lak kat tuisyen centre...
Sampai pukul 7 malam..
Pukul 6.30 mak aku dah wasap bgtau mak aku dah tinggu dalam kereta depan dobi tu..

Balik rumah mak aku terus masak laksa ni
Mak aku cakap ni yang paling cepat  nak banding masak nasi & lauk
Mmm... Memang cepat sebab belum sempat mandi mak aku dah ajak makan..
Mula aku xnak sebab aku x minat sangat ngam laksa
Tapi sebab lapar makan la jugak
Mmm... Tersedap la pulak
Hahahaha....


LAKSA KUAH SARDIN
1 Keping laksa kering - rebus hingga lembut, basuh & toskan

KUAH SARDIN
1 tin sardin macerel
1/4 kotak santan kara
3 cawan air
1 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
1 bawang merah - hiris
1 sudu minyak

Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan remoah kari yng dibancuh xengan 1/2 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 3 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum
5. Sesuaikan rasa
6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk d sieam kuah hingga banjir. Tambah ulam

Friday, 22 November 2019

MENANTI PAPER TERAKHIR...

Hari ni x gi sekolah pun..
Takde paper.
Semalam paper Tasawwur
Alhamdulillah rasa macam jawab dah betul
Moga memang jawapan tu betul la...
Pasni gap seminggu
Last paper minggu depan Sains
Tinggal 1 paper jer lagi
Nad & the gang ada 2 paper minggu depan coz dorang aliran Akaun.
Isnin aku still break..
Dorang berjuang dengan Akaun
Tapi hari ni kawan- kawan aliran Sains jer ada paper Chemistry...
Mmm.. Dengar citer macam-macam hal juga berlaku hari ni untuk Chemistry...
Takpelah kawan2.. Redho jerlah
Nak wat camaner kita2 semua bath 02 mang special skit setiap kali axam ada jer kezutannya..!!!
Moga ada hikmah terbaik untuk kita semua...

Ok.. Jom makan Maggi Goreng..


Thursday, 21 November 2019

MEE GORENG KAMBING DINNER HARI RABU

*** Catatan hari Khamis
Semalam paper Tasawwur
Alhamdulillah rasa macam jawab dah betul
Moga memang jawapan tu betul la...
Pasni gap seminggu
Minggu depan hari Rabu plak

 Balik rumah lapar...
Mak aku masak Mee Goreng  Kambing

 Actually mee goreng ni sama jer ngan mee goreng biasa
Cuma mak aku kata sebab guna daging kambing maka namanya Mee Goreng Kambing

Sebab ada kambing
Maka sedap dia lain macam.
Lamb is my fav
Makan dengan feeling sebab axam tinggal 1 paper jer lagi..

SOS KOREA PUNYA PASAL

Nasi Putihh & Ayam Sos Korea
Makanan lepas geram kat Paper Sejarah
Habis paper 2 Sejarah call mak aku..
Mak aku cuti
Terus mak aku amik aku
Balik nak gi makan
Tapi aku xnak
Hati masih sedih kertas Sejarah 1 & 2


Tapi bila mak offer Ayam Goreng
Tetiba rasa nak makan
Sebab tingat ada Sos Korea..
Best gak makan panas-panas
Beli je Ayam siap goreng panas-panas ni kat depan  kuaters polis tu
Masa aku turun beli tu dah laki bini penjual ayam goreng ni tengah bergaduh plak
Laki marah bini tak goreng ayam lagi
Bini hangin tengking lak laki dia..
Hadoiiiii...... Rasa nyesal benti beli..
Dah la gaduh
Muka semua ketat dorang tengah gaduh
Muka aku pun kelat sebab xleh move on paper Sejarah
Kena lak tunggu dia goreng punya la lama..
Eiiiii.....!!!!!
Uit... Lengkali kalo bznz jangan la gadoh dwpan customer..
Hilang mood nak membeli & nak makan...

Sampai rumah dah x rasa nk makan ayam ni..
Dah mak aku lak bising..
Beli tapi x makan sampai ayam dah sejuk
Mmm... Yer lah... nak makan la ni...
Gaul jer ayam tu ngan sos korea
Geram nye pasal aku gaul sos korea ni banyak-banyak
Pastu padan muka aku
Tangan pijar sampai malam..


Ni la sos korea yang aku gaul tu.
Pedas giler.
Makan seketul pun aku dah minum air 1/2 botol..
Sebab x tahan pedas..
Amik nasi putih makan ngan ayam ni untuk kurangkan pedas..
Huhh.... dari malam sakit perut
Pagi tadi 1/2 jam dalam toilet
Sambung lagi kat sekolah
Sos Korea ni la punya pasal..
+ laki bini jual ayam yang bergaduh tu punya pasal..
Nyesal giler..
Sedap memang sedap
Tapi lain kali jangan makan time2 camni la
Time nk axam bagai jangan la makan
&
&
&
Jangan beli kalau orang jual tengah gaduh laki bini...
Nanti makan sakit peruttttt🤭🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Tuesday, 19 November 2019

SPM 2019 : PSV KERTAS 2

Selasa paper PSV Kertas 2 & Sejarah 3
Haaa...tough kannn...
Dah la Isnin frust kat Sejarah paper 1 & 2
But live must go on...!!!
Habis jer hari Isnin
Malam practice buat seni jap
dah deside nak buat soalan ni.....


Lakar skit.....
Dah setting nak lakar 30 minit jer
Lagi 2 1/2 jam untuk colouring



Hadoi nak buat nasi ni  agak mencabar
Memula buat butir nasi leak kiri & kanan jer


Nak pilih background pun masalah juga
Sebab fav colour untuk bacground biasanya aku memang akan pilih kuning
Tapi sebab dalam soalan nasi lemak tu atas meja kayu
Mmmmm...macam x menyerlah plak kuning tu
lastly deside guna black colour
Mmmmm...ok..!


Hmmm...ok la lagi timbul guna background hitam berbanding kuning
Nasi pun aku tambah jer butir nasi bagi penuh
Cuma nanti dalam axam betul nak kena tambah lebih banyak hijau untuk alas nasi lemak tu bagi nampak daun pisang...
Tona  mug kopi tu kena baiki...

Snap pic ni nak tunjuk Cikgu Shahrol dulu untuk cikgu komen
Untuk betul-betul dalam axam aku dah nampak dah idea..
Aku akan lakar pic ni juga
Cuma aku dah nampak apa mender nak tambah lagi
Huh.... tak sabar nak melukis dalam dewan axam plak....
Bye