Mak aku masak pagi Khamis..
Buat sarapan, buat frozen & buat bekal
Haa bekal?
Bukan dah x sekolah ker..?
Heeee.. Still bawa bekal..
Rabu last paper
Khamis ikut mak aku,
Bawa la bekal Karipap Sayur ni
Ni petang tadi nyer pic
Karipap Inti Sayur lagi
Sempat frozen semalaman jer
Pastu habis masuk perut
Haaaa... Sebab aku suka
Aku suka makan cicah Thai Chilly Sauce..
Sedap baq hang..!!!
Abang pun suka
Licin semua karipap ni..
Sedap la Karipap Inti Sayur
Haaaa.... Ni la inti karipap tu
Memang sayur wei..!
Sayur kobis, carrot, daun sup & suhun
Dough karipap
Mak aku buat sengsorang
Aku nak mandi
Haaa.... Memang selama ni aku tolong la sanvat pun... 🤣🤣🤣🤣🤣
Tolong makan ada la..
Actually dah lama mak aku dok sebut nak buat Karipap Inti Sayur ni..
Hari tu mak aku ajak gi Nilai
Mak aku cakap sebab teringat Karipap Sayur kat Nilai3
Haaaa... Setiap kali kalau gi Nilai 3 mak aku akan pusing cari karipap sayur
Malangnya sudah tiada lagi..
Asalnya beberapa tahun lepas masa balik dari Sarawak.. Achik ajak singgah Nilai nak habiskan duit😅
Masa round cari kedai frame singgaj beli karipap panas kat situ..
Sedapnya sampai ulang 2x beli
Lepas tu.. Asal gi Nilai jer mak aku akan cari karipap tu
Malangnya dah xde
Setelah beberapa tahun peristiwa berlalu
Semalam mak aku masak Karipap Sayur ni
Teringat semula kisah karipap Nilai tu
Tapi mak aku cakap yang beli kat Nilai tu lagi sedap..!
Mmmm... aku makan rasa sama jer...
Haaa ni la Karipap Sayur by mak aku..
KARIPAP INTI SAYUR
1/2 kg tepung gandum
2 sudu butter
sikit garam
1/2 cawan minyak
air
garam
INTI SAYUR
1 batang carrot-
sagat kasar
¼ kobis –hiris halus
1 labu bawang besar- cincang
1pokok daun sup-cincang
1 kiub ayam-hancurkan
garam & sikit minyak
Buat Inti Dulu:
1. Panaskan minyak & tumis bawang cincang
2. Masukkan sayur kobis,carrot & kuib ayam
3. Gaul sekejap sahaja
supaya sayur kekal rangup
4. Sesuaikan rasa
5. Masuk kentang & daun sup.Gaul rata.Angkat &
biar sejuk
BUAT KULIT KARIPAP
1. Panaskan minyak & butter.tuang dlam tepung yang
dicampur garam
2.Ggaul rata & uli dengan sikit air sampai boleh
bentuk.
3. Bulat-bulatkan agak2 saiz untuk sebiji karipap.
4. Gelek bebola tu sampai agak nipis.
5. Isi inti & kelim tepi..
Buat sampai habis & goreng dalam minyak banyak dengan
api sederhana
** Goreng separuh masak & frozenkan untuk guna bila2
masa.