Sunday, 3 November 2019

SAMBAL SARDIN VIRAL

Sambal Sardin Viral
Bukan sambal yang viral
Tapi sardin tu yang viral
Tu kata mak aku la
Aku x tahu pun sardin tu viral


Lauk hari Isnin ni
Masa cuti Deepavali tu
Mak aku masak untuk lunch
Hari ni mak aku masak Macaroni Carbonara untuk aku & abang
Mak aku aku ada event apa ntah
Pastu tengahari mak aku kata ada hitea
Aku plak hari ni ada seminar Math ni
Sejak pukul 10 pagi tadi sampai pukul 5 ppetang nanti.
Ni tengah break untuk lunch
Kat BRJ
Aku order Milo Ais jer
Makan aku kuarkan bekal Mac Carbonara aku
Mmm.. Farah pun bawa bekal
Auni jer order roti canai sebab dia x bawa bekal
Pasni sambung seminar


Ni la sardin viral tu
Tak tahu la apa yang viral

Tapi packaing dia cantik la pada mata aku
Selalu nampak dalam tin
Tu jer beza yang aku nampak

Haa.. Tapi bila mak aku dah buka
Nampak la ikan dia ada panjang-panjang
Ada 5 pcs ikan
Mak aku cakap isi dia banyak macam 2 tin sardin biasa
Macam sardin biasa tapi siap ada cili pafi
Bau dia sedap

Mak aku cakap macam boleh terus makan jet sebab dah siap ada cili
Tapi sebab kat dapur dah tumis sambal
Makanya jadi 2x disambal la
Hahhaa....
Tapi memang sedap la

Resipi sambal sardin mak aku cakap sama jer macam sambal sardin sebelum ni
Cuma beza brand sardin jer
So, just c&p dari SINI....
Sebab dalam post tu nampak banya cili padi. 
Just tukar telur jadi kentang sebab yang ni ada kentang.. Xde telur rebus
Haaa... now abang dah makan sardin ke? 
Abang kata sebab sardin xde tulang macam ikan lain d isi dia sedap
Hahahaha... ada orang dah makan ikan... 


SAMBAL SARDIN
1 paket  sardin
1 biji kentang - wedges & goreng
5 cili padi
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
4 sudu minyak
Bahan blend:
10 cili kering
5 cili padi merah
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan asam,garam,gula dan masak lagi hingga mendidih
3. Masukkan kentang gorengdan sardin bersama sosnya
4. Masak hingga naik minyak

Mak aku juga masak sayur fav aku
Broccoli Tabur Crispy Garlic ni memang fav aku


Sambal Sardin Viral
Sayur Broccoli Bawang Putih
Ikan Rebus Goreng
Abang x lunch kat rumah
Abang bawa bekal sambal sardin
Haaa... tapi aku hanya makan sambal & sayur
Ikan sardin tu aku x makan pu
Mak aku lak berselera betul makan ikan rebus goreng tu cicah sambal sardin
Sudahnya baki lagi 3 pcs sardin tu menjadi Nasi Goreng Sardin untuk bekal sekolah aku hari Selasa..
Begitulah ceritanya

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Makan sambal Dan sayur..

    Errr fish protein pun elok utk ingatan..... ..

    ReplyDelete