Saturday, 29 February 2020

PASTA SNAIL GORENG DAGING SELAMBAK


Pasta Snail Goreng Daging Selambak
Sepanjang minggu ni semua jadi karnivor
Hahahaha

Bekal hari Rabu

Bekal abang


Bekal mak aku

Bekal kakak

Aku xde bekal

PASTA SNAIL GORENG DAGING
1paket pasta snail
1/2 kg daging - rebus empuk barulah dihiris
1 tin kecil tomato puree
3 sudu cili blendg
2 sudu teh garam
1 sudu makan gula perang
1/2 bawang Holland-cincang
3 bawang putih - cincang
3 sudu minyak

1. Jerang air untuk rwbus pasta..
2. Sementara itu Panaskan minyak & tumis bawang holland & bawang putih
3. Masukkan daging rebus yang sudah dihiris, cili blend & tomato puree.
(sambil tu rebus pasta hingga lembut anggaran 5-7 minit)
4. Bila sos naik minyak masukkan 1 cawan air rebusan daging, garam & gula
5. Biar sos pekat baru masukkan pasta & gaul rata.
6. Sesuaikan rasa & tabur daun sup cincang


MEE GORENG DAGING SELAMBAK


Mee Goreng Daging Selambak
Haaa... Memang sepanjang minggu ni makan dagingggg jer
Dah macam karnivor..
Kikikiki

Mak aku masak Mee Goreng Daging Selambak ni hari Selasa malam untuk dinner
So.. Isnin pun daging sebab mak aku masak bekal NASI GORENG DAGING SELAMBAK... kat sini
Selasa lak dinner makan daging lagi
Sib baik x tumbuh taring macam singa
Hahahaa

MEE GORENG DAGIBG SELAMBAK
2 bungkus mee kuning
1/2 kg daging (rebus dulu seketul2 smp empuk baru hiris)
2pokok sawi
1/4 kobis
2 cili merah - hiris
1/4 cawan sos tiram
1/2  cawan kicap manis
1½sudu teh garam
½ cawan cili blend + bawang
4 sudu minyak
2 pokol daun bawang

1. Panaskan minyak & tumis daging yang sudah direbus & dihiris nipis
2. Masukkan cili blend & masak hingga naik minyak d tambah sos tiram
3. Masukkan 1 cawan air rebusan daging & biar mendidih.
4. Masukkan garam & batang sawi.
5. Basuh mee & masukkan semasa kuah sedang mendidih.
6. Kacaugkacaikan sambil direnjis kicap
7.Bila kuah kering & mee lembit baru masukkan daun sawi, cili potong & daun bawang..
8. Sesuaikan rasa


Mee ni sedap kalau ada cili merah jeruk kicap
Haaaa... Mak aku selalu buat cili merah jeruk kicap ni kalau makan mee
Tapi hari ni xde extra cili merah
Sesapa nak pedas mak aku soh amik cili padi
Mmm... X best la
Cili merha jeruk kicap x pedas sangat d sedap sangat
Jap nak cari post pasal jeruk cili kicap tu jap..

Haaaaa... Dah jumpa CILI JERUK KICAP.. kat sini
Sedap sangat cili merah jeruk kicap tu kalau makan ngan mee goreng, kue teow foreng @ mihun goreng

So... Makan jer lah tanpa cili jeruk kicap tu
Punnn habis juga sekuali

Friday, 28 February 2020

BUAH KUNDANG SIAM


Buah Kundang Siam

Mak aku beli semalam nyer semalam

Sepatutnya semua rasanya manis
Tapi buah kundang ni umpama kehiduoan
Ada yang masam & ada yang manis
Mmm... Kena tanya orang Thailand
Naper ada yang masam ada yang manis
Sebab mak aku cakap Thailand nyer teknologi pertanian hebat
Buah masam pun boleh dijadikan manis
Tapi ni kenapa ada buah Kundang Thailand  ada yang masam?
Kena berbalik kepada kekuasaan Allah
Sehebat mana manusia..
Kuasa Allah tiada tandingan
Kerana manusia pun Allah yang ciptakan...

 Rezeki jangan dibazirkan

 Semasam buah kundang ni
Bukan lah masam seperti cuka
Sekadar tidak semanis yang diharapkan
Kerana masam itulah
Kita tahu tahu menghargai nikmatnya manis
Kalau semua manis kita sudah tidak rasa nikmatnya manis kerana semua sama manis
Tak faham?
Tak faham sudahhhh


Makan la ngan kicap+ varam + gula
Bukan aku buani mak aku buatkan
Aku mana reti
Inipun asalnya aku ingat kuah rojak
Tapi ternyata silap
Mak aku cakap just gula, garam & kicap
Tapi mampu menjadikan buah kundang ni lagi sedap..
Lebih2 lagi buah yang manis..
Mmmm... Manis juga disebut2

Thursday, 27 February 2020

NASI GORENG DAGING SELAMBAK


Nasi Goreng Daging Selambak..
Bekal semua isi rumah ni hari Isnin
Haaa... Aku pun ada bekal tau hari Isnin

Nasi Gore g Daging Selambak
Sedap... Sedap... Sedap

Bekal abang..
Bekal kakak
Bekal aku
Haaa... Puas hati dapat ada bekal juga
Kikikiki....



Actually hari Isnin aku ikut mak aku
Sebab nampak mak aku x stabil
Tengah migrain
Dah cakap ngan mak aku supaya mc jer
Tapi mak aku cakap x boleh mc sebab hari Isnin mak aku kata ada event penting & mak aku kena handle
Mmmm....

So.. Aku deside untuk ikut mak aku
Atleast kalau terdesak mak aku x boleh nk drive ke..
Aku boleh jer take over walaupun lum ada lesen yang sah🤭
Makanya sebab  tu lah aku juga bawa bekal
Plan asal. Ak share makan ngan mak aku 1 bekal tu
Tapi lastly mak aku xnak makan bekal tu sebab tengah migrain mak aku cakap xnak makan heavy
Mak aku makan roti bakar jer..
Bekal aku.. Aku share makan ngan Chik Yati


NASI GORENG DAGING SELAMBAK
2 cawan beras =4 cawan nasi
1/2 kg daging - rebus  seketul besar hingga empuk
5 cili kering - kerat4
2 pokok daun bawang
3 sudu minyak
1 sudu teh garam

Bahan Tumbuk:
5 cili kering-rendam air panas
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Daging rebus dihiris nipis  & gaul sikit garam
2. Panaskan minyak & tumis cili kering yang dikerat- kerat. Goreng sekwjap sahaja kerana cili cepat hangus. Bila haru.m terua angkat & ketepikan.
3. Dalam minyak yang sama, goreng daging sekejap & masukkan bahan tumbuk
4. Bila bahan tumbuk harum masukkan sikit air rebusan daging & masak hingga naik minyak semula. Tambah garam
5. Masukan nasi & gaul-gaulkan hingga sebati & berwap
6. Masukkan semula cili kering goreng tadi d tabur daun sup

Wednesday, 26 February 2020

NASI DAGANG PUTIH VS GULAI IKAN TONGKOL


Nasi Dagang Putih vs Gulai Ikan  Tongkol
Sarapan makaku masak untuk weekend baru ni
Hari Ahad nyer breakfast
Makan Nasi Dagang


Nasi Dagang Putih ni mak aku kata famois kat Trengganu
Kalau kat Kelantan mak aku cakap nasi dagangnya versi merah macam mak aku pernah masa
RAYA HAJI 2017...kat sini....



Nasi Dagang Putih ni mak aku selalu masak
Mak aku cakap sebab Nasi dagang Putih hanya guna beras biasa + beras pulut
Kalau Nasi Dagang Merah ..berasnya susah nak jumpa orang jual


Haaaa...
Ni lauk Gulai Ikan Tongkol
Bset Friend kepada NAsi Dagang


GULAI  IKAN TONGKOL... mak aku
2 ekor ikan tongkol
Anggaran 2kg & potong-potong & rebus bersama 2 cawan air +10 asam keping + 2 sudu besar garam
10 biji telur rebus
2 asam keping
10 cili pdi merah
5 cili hijau
2 kotak santan
½ cawan rempah kari ikan
2 keping gula kelantan/ ½ cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

BAHAN BLEND:
20-30 cili kering-rebus
1 bawang holland
5 baaang putih
1 ketul kecik halia
1 ketul kecik kunyit
1 ketul.kecik lengkuas

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik minyak
2.Tambah serbuk kari yang dibamcuh dengan 1 cawan air dan masak lagi hingga naik minyak sekali lagi
3. Masukkan ikan tongkol rebus.Masukan juga air rebusan ikan + secukup air untuk kuah (anggaran 5 cawan) biarbmendidih
4. Masukkan santan, asam keping, gula kelantan, telur rebus dan masak hingga mendidih
5.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hinga naik minyak
6. Tambah cili padi dan cili hijau & sesuaikan rasa

Gulai Ikan Tongkol



Acar Timun + Carrot


Lauk abang yag x makan ikan
Gulai Ayam + Telur



NASI DAGANG mak aku
1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 sudu halba
1 ketul halia- mayang halus
5 biji bawang merah- hiris
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 helai pandan

1.Beras pulut dan beras biasa dicampurkan. Yang putih tu beras pulut.Basuh dan rendam semalaman
2. Bila dah rendam sama jer warnanya....
3. Halba... guna 1 sudu jer...basuh dan rendam
4. Rendam berasingan dari beras sebab nanti air rendaman halba ni akan berlendir dan baunya memang kuat
5. Panaskan kukusan dan kukus campuran beras pulut dan beras biasa yang sudah direndam bersama pandan..Kukus anggaran 1/2 jam..
6. Angkat nasi yang separuh masak tu dan gaulkan dengan santan cair yang kosong.Gaul rata dan kukus semula anggara 20 minit lagi
7. Rasa dengan makan sikit nasi tu.. Jika dah masak angkat dan gaul bersama santan pekat yang sudah dicampur garam dan gula..
Campur dan gaulkan juga bawang merah hiris,halia mayang dan halba yang sudah direndam..
Mesti guna santan segar,,,,
Kalau guna santan kotak  nasi xkan berkilat...dan nampak kusam x berseriRasa juga berubah8. Boleh terus hidang  tanpa perlu mengukus sekali lagi..
    Rasa akan lebih sedap dan berlemak

*** PETUA NENEK AKU:
       Mak aku cakap nenek aku pesan:
      Jika untuk tahan lama supaya x cepat basi,,,,,Kukus lagi sekali selepas digaul santan pekat
      TETAPI   buka  penutup pengukus....Kukus dengan keadaan terbuka supaya wap x masuk dan
      nasi x lembik...



NAsi Dagang

Gulai Ikan Tongkol

Aummmm

Tuesday, 25 February 2020

MEE SIZZLING DALAM KUALI


Mee Sizzling
Versi dalam kuali
Sebab xde hot plate..


Mee Sizzling ni mak aku masak untuk dinner malam semalam punya semalam punya semalam..
Hahahha..hari Sabtu malam punya dinner
Hari Sabtu aku kuar ngan abang gi Surfine..
Balik rumah tengok ada nasi & lauk ikan masak taucu..
Mmmmm.. not my taste
Sib baik malam mak aku masak mee ni


Mee Sizzling...
Untuk aku.. Kakak & abang..
Mak aku plak xnak
Mak aku cakap nak makan nasi ngan ikan masak taucu tu
Mak aku cakap sayang lauk tu sebab sebab aku, abang & kakak x makan..
Laaa... Aku ingatkan aku jer x makan nasi tu
Rupanya semua pun x makan ker
Mak aku sorang jer makan nasi

MEE SIZLING AYAM DAN CENDAWAN...5 hidangan
1 bungkus yee mee
5 cendawan kering- rendam
1 mangkuk ayam potong - isi + tulang
10 cili kering
1 ikat sawi
½ cawan sos tiram
½ cawan kicap lemak manis
¼ cawan kicap manis ABC
5 cawan air
1 sudu besar tepung ubi
+ ½ cawan air
Telur- jika suka
Bahan tumis
3 sudu minyak
½ ketul halia
5 bawang putih
. Yee Mee

1. Sediakan bahan
2. Cendawan kering- basuh dan rendam dgn 1 cawan air
3. Isi ayam + tulang dibersihkan
4. Cili kering dikerat2..Bawang putih dan halia ditumbuk
5. Panas minyak dan tumis bawang dan halia tumbuk
6. Masuk cili kering dan goreng sekejap sahaj kerana cilj kering cepat hangus
7. Masuk ayam & masak sampai ayam kecut
8. Masukkan sos tirem dan kicap..
     Boleh tambah lada sulah jika nak pedas
9. Masukkan cendawan dan air rendaman cendawan,5 cawan air dan biar mendidih.
10. Bancuh tepung ubi dan tuang dalam kuah sambil dikacau hingga pekat..
Kuah dah siap...
11. Basuh dan potong sawi
12. Panaskan kuali @ pan dan letak seketul yee mee & Siram dengan kuah secukupnya...letak sawi potong ditepinya...
13.Pecah sebiji telur hati2 supaya kuning x pecah..
Masak hingga mee kembamg dan telur ½ masak


Pic by  mak aku kann
Gelap berjerebu
Hahahaha


Cili kering

Masukkan ayam

Masukkan sos tiram & kicap

Cendawan kering yang telah direndam beberapa jam

Tambah air untuk kuah secukupnya & pekarkan dengan tepung jagung

Masukkan seketul yee mee ke dalam kuali kwcik & tuang kuah secukupnya & biar mwndidih hingga mee lerai & pecahkan sebiji telur ke dalamnya & biar 1/2 masak
Sedia dimakan panas dengan cili padi potong + kicap

*C&P dari post MEE SIZLING IFTAR KE-7.. KAT SINI...



Monday, 24 February 2020

LUKISANKU

Kebosanan....
Melukis...
Antara hasil...

 Lukisan minggu lepas

 Biarlah buruk
 Hasil contengan sendiri
Ada nilainya
Untuk diri sendiri

 Aku suka hasil yang ini


 Ini juga...

 Inspirasi senja dari jendela
Cuba diimaginasi sebagai senja di lereng bukit

 Senja berlalu malam pula bertamu



Mencuba potret jejaka
Actor...
Berapa %kah persamaannya?
Ntah....

 Khayalan menjelma
Ketika fikiran...
Melayang menjauh mengenangkanmu...

 Karya terbaru
2 hari lepas..


Hasil hari ini.....