Tuesday, 18 February 2020

IKAN BILIS MASAK TAUCU

Ikan Bilis Masak Taucu
Lauk dinner hari Jumaat

 Masa mak aku masak bau sedapnyaaaaa
Bila tanya mak aku kata masak taucu..
Taucu tu apa?

Ni la taucu
Mak aku cakap taucu ni kacang soya masin
Kata mak aku kicap dibuat daripada kacang soya yang diperam.
Jusnya dibuat kicap & taucu ni kacangnyalah..


 BILIS MASAK TAUCU
1 cawan bilos bersih
2 bungkus kecil =2 sudu taucu
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul halia muda(saiz ibu jari) - mayang
1 cili merah-hiris
10 cili padi hijau - dibelah
1 sudu teh pes asam jawa + 1 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Minyak

1. Goreng bilis hingga garing. Ketepikan
2. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu & tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili padi & cili merah
3. Agak-agak bawang layu, and
masukkan taucu
4. Bila sudah harum masukkan ikan bilis goreng, air asam& gula. (garam jika perlu kerana taucu sudah agak masin)
5. Biar mendidih & sesuaikan rasa.

 Telur dadar garing untuk abang
Actually ni telur itik
Memang fav aku sebab telur itik lemak d sedap

 Ikan Lengat Goreng a.k.a ikan rebus goreng
Fav mak aku


 Sup Sayur Kobis Kimci + bebola daging Ramly's
Sedap...
Mak aku cakap kobis panjang
Tapi sajer aku panggil kobis Kimci
Sebab tengok orang Korea buat kimci guna kobis ni


Meatball la licin dulu..

1 comment: