Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Saturday, 29 February 2020
MEE GORENG DAGING SELAMBAK
Mee Goreng Daging Selambak
Haaa... Memang sepanjang minggu ni makan dagingggg jer
Dah macam karnivor..
Kikikiki
Mak aku masak Mee Goreng Daging Selambak ni hari Selasa malam untuk dinner
So.. Isnin pun daging sebab mak aku masak bekal NASI GORENG DAGING SELAMBAK... kat sini
Selasa lak dinner makan daging lagi
Sib baik x tumbuh taring macam singa
Hahahaa
MEE GORENG DAGIBG SELAMBAK
2 bungkus mee kuning
1/2 kg daging (rebus dulu seketul2 smp empuk baru hiris)
2pokok sawi
1/4 kobis
2 cili merah - hiris
1/4 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis
1½sudu teh garam
½ cawan cili blend + bawang
4 sudu minyak
2 pokol daun bawang
1. Panaskan minyak & tumis daging yang sudah direbus & dihiris nipis
2. Masukkan cili blend & masak hingga naik minyak d tambah sos tiram
3. Masukkan 1 cawan air rebusan daging & biar mendidih.
4. Masukkan garam & batang sawi.
5. Basuh mee & masukkan semasa kuah sedang mendidih.
6. Kacaugkacaikan sambil direnjis kicap
7.Bila kuah kering & mee lembit baru masukkan daun sawi, cili potong & daun bawang..
8. Sesuaikan rasa
Mee ni sedap kalau ada cili merah jeruk kicap
Haaaa... Mak aku selalu buat cili merah jeruk kicap ni kalau makan mee
Tapi hari ni xde extra cili merah
Sesapa nak pedas mak aku soh amik cili padi
Mmm... X best la
Cili merha jeruk kicap x pedas sangat d sedap sangat
Jap nak cari post pasal jeruk cili kicap tu jap..
Haaaaa... Dah jumpa CILI JERUK KICAP.. kat sini
Sedap sangat cili merah jeruk kicap tu kalau makan ngan mee goreng, kue teow foreng @ mihun goreng
So... Makan jer lah tanpa cili jeruk kicap tu
Punnn habis juga sekuali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment