Laksa Lemak Kedah
Mak aku masak hari Jumaat malam
Untuk masak Sabtu siang
Sebab mak aku kata kuah laksa lagi sedap makan kalau dibiarkan semlaman
Ni Laksa Lemak versi Kedah.
Dah banyak kali post about laksa lemak Kedah ni
LAKSA KUAH LEMAK KEDAH..mak aku
1 paket laksa kering
Bahan Kuah:
1/2 kg ikan -agak-agak 5 ekor ikan selayang
(rebus bersama 3keping asam gelugur)
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
9 cawan air(sebagai panduan- boleh adjust)
1paket kecil rempah kari ikan(1 1/2 sudu besar)
5 asam keping
1 bunga kantan @5 tangkai daun kesum
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu minyak
Garam secukup rasa
Bahan Ulam:(ikut pilihan sendiri)
- daun selom
- daun putat
- Timun
- bawang besar
- cili padi
- Limau nipis
1. Ikan diasingkan tulangnya..
- Blend isi ikan
dengan 4 cawan air.Ketepikan
- Blend pula
tulang2 dan kepala ikan dengan 3
3 cawan
air..tapis dan campur dalam isi ikan
untuk mudah agak
kepekatan kuah nanti.
2. Blend pula bawang besar dengan 1 cawan air hingga
halus..ketepikan
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang
putih.Kemudian masukkan serbuk kari dengan 1 cawan air ..Masak hingga naik
minyak..
4. Masukkan bawang blend dan biar mendidih sekejap supaya
sebati dengan serbuk kari.
5. Masukkan bahan isi ikan yang diblend dan masak lagi
hingga mendidih.Masukkan juga asam keping,garam dan bunga kantan.
6. Masukkan santan pekat dan kacau sebati..
Biar mendidih
perlahan dan rasa asam garamnya..jika kuah terlalu pekat tambah air
panas...kerana kuah x perlu terlalu pekat..Bila sejuk kuah akan jadi semakin
pekat
Laksa dah siap rebusUlam-ulaman
Pinggan mak aku akna penuh ngan ulam
Pinggan aku x syantiks
Sebab aku just letak kuah jer
Talde ulam
Nasi Goreng untuk abang
Sebab abang x suka laksa
So,ni la sebab namnya Laksa Lemak Kedah vs Nasi Goreng
kak pun baru ja sudah 3 hari lepas makan laksa. punggah diet. haha. seharian takda makan nasi. asyik laksa ja. hahahha
ReplyDeleteMacam Achik kitet memang hantu laksa.. Dia boleh makan laksa jer tanpa makan nasi...
DeleteLaksa pun menu diet jugak kan.. Hihihihi