Tuesday, 25 February 2020

MEE SIZZLING DALAM KUALI


Mee Sizzling
Versi dalam kuali
Sebab xde hot plate..


Mee Sizzling ni mak aku masak untuk dinner malam semalam punya semalam punya semalam..
Hahahha..hari Sabtu malam punya dinner
Hari Sabtu aku kuar ngan abang gi Surfine..
Balik rumah tengok ada nasi & lauk ikan masak taucu..
Mmmmm.. not my taste
Sib baik malam mak aku masak mee ni


Mee Sizzling...
Untuk aku.. Kakak & abang..
Mak aku plak xnak
Mak aku cakap nak makan nasi ngan ikan masak taucu tu
Mak aku cakap sayang lauk tu sebab sebab aku, abang & kakak x makan..
Laaa... Aku ingatkan aku jer x makan nasi tu
Rupanya semua pun x makan ker
Mak aku sorang jer makan nasi

MEE SIZLING AYAM DAN CENDAWAN...5 hidangan
1 bungkus yee mee
5 cendawan kering- rendam
1 mangkuk ayam potong - isi + tulang
10 cili kering
1 ikat sawi
½ cawan sos tiram
½ cawan kicap lemak manis
¼ cawan kicap manis ABC
5 cawan air
1 sudu besar tepung ubi
+ ½ cawan air
Telur- jika suka
Bahan tumis
3 sudu minyak
½ ketul halia
5 bawang putih
. Yee Mee

1. Sediakan bahan
2. Cendawan kering- basuh dan rendam dgn 1 cawan air
3. Isi ayam + tulang dibersihkan
4. Cili kering dikerat2..Bawang putih dan halia ditumbuk
5. Panas minyak dan tumis bawang dan halia tumbuk
6. Masuk cili kering dan goreng sekejap sahaj kerana cilj kering cepat hangus
7. Masuk ayam & masak sampai ayam kecut
8. Masukkan sos tirem dan kicap..
     Boleh tambah lada sulah jika nak pedas
9. Masukkan cendawan dan air rendaman cendawan,5 cawan air dan biar mendidih.
10. Bancuh tepung ubi dan tuang dalam kuah sambil dikacau hingga pekat..
Kuah dah siap...
11. Basuh dan potong sawi
12. Panaskan kuali @ pan dan letak seketul yee mee & Siram dengan kuah secukupnya...letak sawi potong ditepinya...
13.Pecah sebiji telur hati2 supaya kuning x pecah..
Masak hingga mee kembamg dan telur ½ masak


Pic by  mak aku kann
Gelap berjerebu
Hahahaha


Cili kering

Masukkan ayam

Masukkan sos tiram & kicap

Cendawan kering yang telah direndam beberapa jam

Tambah air untuk kuah secukupnya & pekarkan dengan tepung jagung

Masukkan seketul yee mee ke dalam kuali kwcik & tuang kuah secukupnya & biar mwndidih hingga mee lerai & pecahkan sebiji telur ke dalamnya & biar 1/2 masak
Sedia dimakan panas dengan cili padi potong + kicap

*C&P dari post MEE SIZLING IFTAR KE-7.. KAT SINI...



No comments:

Post a Comment