Sunday, 23 February 2020

SAMBAL IKAN CENCARU


Sambal Ikan  Cencaru
Mak aku masak untuk dinner malam bila ntah
Dh beberapa hari la

4 ekor Sambal ikan Cencaru
Aku suka ikan cencaru
Suka kopek kulit keras tu
& makan isi dia
Memang sedap
Kalau ratah yang goreng lagi sedap
Cicah kicap
Aummmmm


Sambal ikan cencaru ni mak aku cakap lauk nostalgia mak aku
Mmm.. Nenek selalu masak ke?
Mak aku cakap nenek jarang masak ikan cencaru
Tapi mak aku cakap selalu makan masa tinggal di asrama..
Mak aku cakap setiap minggu menu asrama akan ada ikan cencaru ni
Mmmm.. Aku x boleh nk imagine pun coz aku x pernah dok asrama
Dalam rumah ni hanya aku sorang xde pengalaman dok asrama.
Abang kakak semua dh pernah tinggal kat hostel..
Aku kat umah jer....


Abang kata masa abang kat kolej pun ada menu ikan cencaru
Tapi abang x makan sebab abang x makan ikan
Mmm. Rugi.. Rugi...

SAMBAL IKAN CENCARU
4 ekor ikan cencaru
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula perang
1keping asam keping kecil
4 sudu minyak

Bahan Blend
15 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih
2 hiris lengkuas
2 hiris kunyit segar
1 batang kecil serai

1. Ikan digaul garam kunyit & goreng garing
2. Tumis bahan blend dalam 4 sudu minyak hingga naik minyak
3. Tambah asam, garam & gula perang
4. Sesuaikan rasa & masukkan ikan serta gaul rata sambalnya
5. Tabur daun sup


Untuk abang
Sambal Sosej
Sebab abang xmakan ikan

Ikan Goreng..
Ilan Kembung


Ulam...
Tapi.... Sedisnya aku makan berdua ngan mak aku jer..
Ok.. Ok.. Dah invat mak aku masak ninhari jumaat sebab esok tu Sabtu..
Abang ngan kakak x makan pun lauk ni
Abang balik kerja cakap nak keluar makan ngan kawan
Kakak plak balik kerja cakap nak keluar makan ngan kawan sebab dah janji..
Mmmm..... xkan nak makan ikan tu ngan mak aku sorang 3 ekor..
Hahaha
Sudahnya memang x habis la..
Esoknya masak nasi goreng isi ikan


No comments:

Post a Comment