Saturday, 7 May 2022

MASAK RENDANG UNTUK CELLA BAWA BALIK TRENGGANU

Hari Jumaat Raya ke-5 ..

Malamnya Cella dah nak balik Trengganu..Ahad dia dah start kelas + test katanya.


Masak rendang dan nasi impit untuk bekal dia bawa balik sana..

Buat Rendang Daging Adabi...

Masak agak kering sebab nak bagi Cella bawa bekal

RENDANG DAGING ADABI

1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.


2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama daging hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.


3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging.


4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.


5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak


6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..


7. Tabur daun kunyit


Masak juga rendang ayam.Mula suruh Adah gi beli ayam sekor.Dah dia bawa balik nampak kecik la pula ayam tu.Masa anak bujang tu gi solat Jumaat,suruh dia beli lagi sekor.Jadi la merendang 2 ekor ayam.

Kali ni saya buat rendang versi ayam digoreng dulu.Sebabnya nak bagi Cella bawa balik bekal untuk depa dapat makan 2 hari.Boleh panaskan kat sana.Kalau ayam digoreng dulu..isinya lebih pejal tak mudah hancur.Sebelum ni dah pernah masak RENDANG AYAM GORENG TAHAN LAMA...kat sini

RENDANG AYAM GORENG

1 ekor ayam-potong 16
1 kotak santan 
(jika guna santan segar 
± 1 cawan santan perah tanpa air)
1 paket rempah rendang Adabi(paket kecil)
2 asam keping
½ keping gula nisan/
gula melaka
2 sudu teh garam
5 daun limau purut
2 daun kunyit
1 sudu besar kerisik
Minyak

Bahan Blend:
30 cili kering-rebus
2 bawang besar
1ketul lengkuas (saiz ibu jari)
1 ketul halia (saiz ibu jari)
1 ketul kunyit (saiz ibu jari)
3 batang serai

1. Garam kunyit ayam & goreng ayam hingga masak.Ketepikan

2. Dalam minyak goreng ayam tadi anggaran 1 cawan,tumiskan bahan blend hingga naik minyak

3. Masukkan ayam goreng,asam,gula nisan,daun limau purut,kerisik & gaul rata 

4. Tambah santan &masak hingga pekat.

5. Bila pekat kecilkan api & biar mendidih perlahan supaya naik  minyak
6. Sesuaikan rasa & tabur daun kunyit hiris.

*** Saya masak untuk 2 ekor ayam yang agak banyak.Bahan digandakan & saya blend cili bersama bawang.Serai,lengkuas & kunyit blend berasingan.


Malamnya gi hantar Cella ke TBS

Depa 3 orang sedang masuk gate nak turun kat ruang menunggu bas kat bawah.

Semua pakat bawa kuih raya & rendang bagai.Lelaki perempuan pakat ada extra bag isi kuih raya..hihihi

Ni malam tadi Cella upload dia tengah panaskan sebungkus rendang ayam guna multi cooker.
Masih ada lagi sebungkus akan dipanaskan untuk simpan makan siang pula katanya...




2 comments:

  1. Sempena raya mestilah merendang

    ReplyDelete
  2. Sedapnya rendang..entah kenapa tahun ni walau SA masak rendang tapi SA x rasa nak makan rendang tu..apesal erk...sudahnya rendang habis begitu sahaja

    ReplyDelete