Wednesday, 4 May 2022

JUADAH RAYA AIDILFITRI 2022

 Seronok sangat dapat beraya dengan kejutan pengumuman raya jatuh pada hari Isnin.Seronok kerana dapat mengulangi suasana kelam kabut malam raya.Sesuatu yang telah lama tidak dirasa.Terasa kembali ke zaman kanak-kanak dulu.Bezanya kelam kabut itu dulu dirasa oleh mak-mak tetapi sekarang mak-mak itu adalah kita..

Kata mak kalau dulu jika diumumkan esoknya hari raya..malamnya mak tak tidur mengukur kelapa masak ketupat dan gulai daging atau ayam kampung.Bayangkan semua dibuat manual dari kopek kelapa,buka daun palas,sembelih dan cabut bulu ayam,goreng kelapa dan mengguling kerisik serta rempah gulai.Masak pula dapur kayu...Oh...penuh nostalgia!


Raya kali ni mak masak ketupat pulut putih dan pulut hitam.Kata mak sejak 20 hari puasa berkilo-kilo pulut dah mak buat ketupat.Malam raya pun mak sambung lagi masak 2kg pulut putih setelah sehari sebelumnya mak buat ketupat pulut hitam.

Saya pula malam raya memasak sekuali rendang kerang..

Tak Kedah kalau tak masak gulai daging untuk makan dengan ketupat.Walau ada rendang serondeng...gulai daging tetap wajib disediakan...


Ketupat pulut putih dan ketupat pulut hitam bersama rendang kerang,daging dan rendang hijau ayam pencen


Seperti tahun-tahun sebelum covid dulu...
Selain ketupatbpalas..
Nasi tomato menjadi hidangan utama pagi raya untuk tetamu yang bertandang..

Periuk Noxxa memang sangat membantu


Ayam masak merah by Achik untuk digandingkan dengan Nasi Tomato


Achik juga masak Daging Kerbau .Ni kami panggil gulai Pahang sebab Achik masak Pahang style...Pakcik dengan daging kerbau berpisah tiada...
Tak Pahang kalau tak ada daging kerbau.Penjual daging dah tahu fav Pakcik.

Rendang hijau ayam pencen.Juga air tangan Achik.
Dah beberapa tahun saya dikalahkan Achik dalam penyediaan menu raya..Dulu rasanya saya banyak memasak.Sejak dua menjak.ni Achik lagi cekap memasak pelbagai juadah raya.
Manusia bersifat baharu..Berubah dengan waktu..

Sambal Udang juga by Achik


Saya hanya buat acar timun + nanas sebagai pelangkap nasi tomato


Goreng 3 bungkus papadom by Cella..


Jom tengok biskut raya pula...apa yang ada


Bakhlava....manisan Turkey


Biskut gajus berkeju...premium cookies by Kak Bariyah...
Setiap tahun biskut Kak Bariyah menjadi pilihan Achik untuk hidangan raya dan untuk buah tangan kami bawa balik KL..Saya suka sangat biskut2 Kak Bariyah yang sungguh sedap 


Biskut coklat ni pun sedap sangat...Achik beli dari Kak Bariyah juga

Jejari Oats....juga Achik beli dari Kak Bariyah


Cookies ni pula Achik kata beli ditempat kerja.


Kuih Sepit...
Ada yang panggil kuih kapit..Berbalang-balang Pakcik beli kat tempat kerja..

Air tangan saya...Biskut Mazola


Rempeyek kacang tanah..
Mak beli..

Sampret Dahlia....by saya...hihihi
Tahun ni tak tau mana silap...tiga kali saya adun dahlia....tiga kali juga tak puas hati kerana bunganya "tidur" bila dibakar sedangkan saya menggunakan resipi yang sama sejak sekian lama.Dulu kalau biskut dahlia ni orang kata pejam mata pun saya boleh buat dengan bunganya mekar cantik Tahun ni tak tau dimana silap...huhuhu

Cookies air tangan saya.Cookies yang menjafi sumber rezeki sampingan setiap kali raya.Tahun ni buat cookies  target nak cari duit untuk  tukar sofa baru dan pasang air cond ruang tamu kat rumah di Kedah..

Sampret Susu..kegemaran anak bujang dan Cella..
Lagi 2 kuih entah kenapa lupa nak snap..Kuih baulu ikan dan kuih karas yang mak beli.

Ada penbahan ...Kek hari jadi Haikal...

Happy belated birthday Afif Haikal...Semoga cemerlang di dunia dan akhirat ..

Penuh galery dengan gambar juadah raya .



Sedang kami menikmati suasana hari raya @ kampung sambil menjamah hidangan ...
Anak bujang tu upload pic
Dia pun tengah sorang-sorang menikmati lemang dan rendang kat rumah selepas solat raya.

Biskut raya juga sudah siap atas meja sebelum kami bertolak balik ke Kedah.Rendang daging sudah siap frozen untuk dia panaskan pagi raya nanti.Lemang katanya dia akan sertai kawan-kawan membakar lemang malam raya nanti

Pic dari anak bujang..

Tengah membakar lemang bersama rakan sekerja..Geng tak dapat cuti raya...hihihi


Kena kerja hari raya...setelah 2 tahun dapat cuti raya.Kali ni giliran staf yang sudah bekeluarga...orang bujang sila kerja..hihihi..
Dahla pakai baju raya hijau.Sepatutnya baju sedondon semua warna maroon.Cella dah siap gosok sebelum kami balik kampung..Tapi dia kata pakai masa pi solat raya saja.Masa pi kerja pakai baju melayu hijau.Dia kata dah susun baju Melayu untuk pakai kerja  3 hari ..
Raya pertama baju melayu hijau..Raya ke- 2 baju melayu purple dan raya ketiga baju melayu maroon.
Tak apalah...Itu namanya pengalaman kerja hari raya.Bukan semua orang ada pengalaman tu....(ayat nak +ve kan dirišŸ¤­)


2 comments:

  1. Seronoknya dapat rakam banyak gambar juadah dan kuih raya.
    Saya tak sempat tangkap banyak gambar huhuhuuu.... tak cukup tangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebab ada Cella..Adah..Achik pun suka snap pic...pastu depa pakat upload dalam telegram

      Delete