Ketupat palas .
Ketupat pulut putih vs Ketupat pulut hitam
Dulu masa zaman mak masih muda,memang mak mengerjakan sawah bendang bersama arwah ayah.Selain padi biasa,pastinya sepetak bendang dikhaskan untuk tanam padi pulut.Kalau ada benih pulut hitam,petak padi pulut tadi dibahagi dua.Setengah padi pulut putih dan setengah lagi padi pulut hitam.
Padi pulut hitam mudah nak kenal kerana batang rumpun padi dan daunnya juga berwarna kehitaman seperti tebu hitam.
Dulu dapat lihat live pokok padi pulut hitam,sekarang hanya tengok kat Google sahaja kerana mak saya sudah tidak lagi mengerjakan sawah bendang,sebaliknya dipajak kepada orang mengerjakannya
Raya baru ni mak masak ketupat pulut hitam banyak.Sayangnya saya lupa snap pic ketupat yang banyak itu.Hanya gambar ketupat dalam pinggan sahaja.
Ok saya nak bagtau (untuk yang tak tau la)perbezaan antara pulut hitam untuk bubur dan pulut hitam ketupat..
Pulut Hitam Bubur
Ni saya pinjam pic Google sebab kebetulan stok pulut hitam bubur tak ada pula kat rumah..
Pulut hitam bubur hitamnya berkilat dan warna hitamnya sekata cantik.
Pulut hitam ni sesuai masak bubur kerana ia berselaput dan keras.Bila masak bubur kena masak agak lama dan kulit selaput tu sedap kerana ada tekstur bila dikunyah.Ada juga orang yang guna pulut hitam ni dicampur dalam ketupat tapi kena rebus berasingan sebelum dicampur dalam pulut putih kerana ia lebih keras dan lambat empuk.Jika terus dijadikan ketupat tanpa rebus ia akan mentah sedangkan pulut putih sudah masak terlebih dahulu kerana lebih lembut
Saya beli dari shopee.Pembekalnya dari Perlis.Sekilo +postage lebih kurang RM20.
Sepanjang puasa baru ni saya beli 3kg.Sekilo untuk saya sendiri dan 2kg pos kepada mak.
Pulutnya tidak hitam berkilat sebaliknya bercapok putih.Pulut hitam jenis ini lembut sama seperti pulut putih dan tidak perlu direbus berasingan
**Ni saya buat bersama masa bulan puasa
Saya menggunakan ratio 1:2 iaitu 1 bahagian pulut hitam ketupat dan 2 bahagian pulut putih.Saya guna ½kg pulut hitam ketupat dan 1kg pulut putih.
Walaupun hanya sebahagian pulut hitam dan dua bahagian pulut putih tapi bila dimasak bersama,warna hitam(sebenarnya macam warna ungu pekat) akan mempengaruhi
Saya aronkan 1½kg campuran pulut hitam dan pulut putih.Hasilnya dapat dapat hampir 100 biji ketupat saiz sederhana
Warna hitam pulut tu berbayang dalam daun palas.Ni masa ni belum rebus.
Untuk resipi dan step by step boleh rujuk
Resipi dan sukatannya sama sahaja macam pulut biasa cuma yang ini menggunakan campuran pulut hitam
Saya aronkan 1½kg campuran pulut hitam dan pulut putih.Hasilnya dapat dapat hampir 100 biji ketupat saiz sederhana
Warna hitam pulut tu berbayang dalam daun palas.Ni masa ni belum rebus.
Ada saya cerita dalam post
Begitulah perkongsian tentang ketupat pulut hitam.Saya plan nak buat lagi weekend ni untuk Raya 6..In sha Allah
Buat lebih kak..boleh dtg berayaaa 🤣🤣
ReplyDeleteHahaha ..mai la Jaja
DeleteDapat pengetahuan baru
ReplyDeleteTerima kasih
Alhamdulillah
Deletex penah rasa ketupat pulut.. mst sedap ni
ReplyDeletein sha Allah sedap kakmim,..kat Sarawakrasa dia lebih kurang macam ketupat pulut daun kelapa yang rebus dalam santan tu
DeleteOh, begitu. Jadinya, adakah yg biasa sy beli pulut hitam tu, utk buat ketupat? Sebab rupanya sama macam dalam gambar. Yg utk buat bubur saya jarang jumpa.
ReplyDeleteRasa macam nak order frozen pulak, tapi cekana nak ameknya, heheh
Hehehe..tak pastilah pulak pulut yang SK beli tu..tapi dari pengetahuan saya kalau pulut ketupat dimasak bubur dia " pecah biji" maksudnya pulut tu nanti kembang benyek..wallahua'lam
Delete