Sejak menonton Buletin Utama pukul 8 malam tadi,saya teruja nak pergi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Perdana Menteri dan Jemaah Memteri 2022 yang akan diadakan di Kompleks Seri Perdana Putrajaya..
Tak pernah lagi seumur hidup saya pi openhouse PM...Maklumlah dulu sebelum Covid open house PM 1st day raya..memang tak la kan..kita kat kampung
Tahun ni bila kata hari Ahad 8 Mei
jatuh pada hari ke 7 Syawal...+dah balik KL..+ tiada aktiviti lain..
Memang terus call Adah ajak.Dia onz pulak..
Memang jadi...
Sebab masih awal bebeno,Adah ajak beli mcD tak jauh dari masjid besi tu.Bas belum sampai lagi.
Pukul 8.30 bas mula sampai dan beratur berderet dah.Orang belum naik.Tapi kami pi tanya driver boleh naik ke?Driver cakap boleh naik tapi bas akan gerak pukul 9.00
Takpa..kami naik tunggu dalam bas.
Bas no 1...
Saya jadi orang pertama naik bas ...Memang pertama antara semua bas yang disediakan..
Tepat pukul 9.00 pagi bas bergerak...
Singgah Masjid Putra
Bas no 1...
Bas pertama akan bergerak dari Masjid Sultan Mizan ..akan melalui Masjid Putra juga.
Semangat banget kan..🤣
Terus selfie...
Nak upload dalam family group...nak bgtau mak & Achik🤭
Lebih kurang 10 minit macam tu..dah sampai
12 khemah
Baru pukul 9.15..
Nak kena beratur lagi 45 minit..mencabar gak ni..
panjang...kami dah khemah ke 12.Maknanya barisan di depan sepanjang 11 khemah..ada la dalam 300m kot.
Patut pukul 10...tapi 9.30 depa dah buka..
Jakun jap...sebab seumur hidup tak pernah masuk Seri Perdana ni..Sebelum ni pernah lalu kat luar tu ja...hihihi
Dah dapat tempat duduk...gerai kambing la tuju dulu..hihi
Akhirnya amik lemang + rendang...
Adik tu cadangkan makan lemang dengan kuah kacang....Sedap tau
Cendol & ABC ..sedap betul cendolnya ..
Beratur nak bersalaman dengan PM & menteri...Y
Lepas bersalaman...jalan menuju ke tangga keluar untuk dapatkan guddies
Yang kanak-kanak nak duit raya...
Yang tua ni pun kalau diberi ..nak juga..hihihi
Eh,tapi masa giliran menteri yang lelaki ..depa bagi sampul duit raya tu kepada semua yang salam depa.Tak kira kecil besar tua muda..
Takdak rezeki nak merasa dapat duit raya dari menteri 😁
Kalau tak,boleh la frame kan duit raya tu...hahaha
Adah dapat bersalam dengan isteri PM dan dapat duit raya...
Jom,gerak keluar..
Lepas bersalam...semua diminta lalu ikut tangga kerana ada pemberian guddies pula...
Alhamdulillah...yang ni bagus...sebab semua yang pi dapat.Kalau bawa anak 10..semua dapat termasuk mak ayahnya.Kami dua beranak..kami dapat la 2.
Harus simpan buat kenangan ooo....
Bagi peluang pula ribuan lagi keluarga Malaysia diluar sana beratur nak masuk.
Jalan raya dah sesak.
Jangan salah naik bas.
Kalau tadi naik kat Masjid Besi...Nak balik pun carilah bas ke Masjid Besi yer..
Ok dah sampai Masjid Besi..
Ada pulak orang jual tengkolok...
Grab juga 1 untuk anak bujang tu.Mana tau nanti Hari Merdeka kot dia nak pakai.1 pc RM50..
Ok...kita tengok orang beratur nak naik bas...
Alhamdulilah kita dah nak balik dah..
Bertabahlah mereka nak beratur kat sana nanti ...panjang..
Apapun samangat keluarga Malaysia harus dipuji..Semua bersemangat nak beraya..Termasuk saya🤭
Ni la gudies yang kita dapat 2 pack susu
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..
Esok jangan lupa pi kerja🤣
Selamat Hari Raya MC sekeluarga...
ReplyDeletePatut nampak macam MC dlm TV tadi :p
Kami tak pi w/pun dah ada di Gombak. Hantar Abg balik asrama.
bestnya berpeluang ke open house PM..
ReplyDeletenk join tp jauhhhh.. hihi
Sy tak pernah pergi mana2 open house PM ke, MB ke, Sultan ke.. tapi sy pernah dapat balasan kad raya dari Tun M semasa beliau jadi PM yang ke-4, tu pun dah gembira sangat, hihi.
ReplyDelete