Saturday, 2 April 2022

KAK MEL AKAN BERSARA


Kak Mel...ikutkan Kak Mel akan bersara lepas raya nanti.Tapi tarikh 4April tu jatuhnya dalam cuti raya.Ahad ni pula dah start puasa Ramadhan.Tiada hari dah nak makan-makan sebelum Kak Mel bersara.

Semalam the gang bilik KP ajak makan togeder geder  sesambil raikan Kak Mel.Saya & Shifa geng nun atas  kayangan menumpang sekali.


Dalam usia menganjak ke 56 tahun,Kak Mel  terserlah  putih melepak dan manis.Ada orang kata wajah Kak Mel macam Korea..Ada yang kata macam Cina.Tapi saya nampak Kak Mel macam Jepun la pula...hihihi



Cantik jambangan bunga Ferero Rocher hasil kreativiti Kak Zam ni..


Siap ada mawar merah.Kak Zam memang kreatif.


Kak Mel tersenyum manis menghitung hari bersara bagaikan menghitung hari pernikahan.Seronok orang dah nak bersara ni.Dapat menikmati kehidupan lebih tenang dengan hasil titik peluh sejak zaman muda sambil menambah tabungan amal ibadat.

Teringat mantan big bos dulu..Pn Rokiah..

Katanya orang bersara ini dikira hebat kerana berjaya sampai ke garisan penamat sebagai pemenang.Berapa ramai lagi yang lain tidak sempat sampai kegarisan.Samaada faktor disiplin,faktor kesihatan dan tidak kurang yang terlebih dahulu dijemput Ilahi..


Kepada Kak Mel....Selamat menghitung hari-hari terakhir sebagai penjawat awam.

Kak Mel tanya Pus..kenapa tulis "berpencen" .Bukankah sepatutnya "bersara"
Pus kata masa nak suruh tulis tu dia hanya teringat perkataan pencen.Tak ingat langsung perkataan bersara tu...
Hahahaha....

Semoga Kak Mel succes selalu .Doakan juga agar kami-kami adik-adik Kak Mel ni berjaya menyempurnakan dengan jayanya khidmat sebagai kakitangan awam sehingga ke tarikh harijadi kami yang ke 55,56,58@60 mengikut mana dipilih..
In sha Allah jika dipanjangkan umur saya tempoh khidmat saya lebih kurang satu dekad lagi.
Kalian pula berapa lama lagi...?



7 comments:

  1. Selamat berpencen, Kak Mel, heheheheh. Lepas ni dah boleh panggil Kak Mel, YB.

    & Salam Ramadhan buat Mak Cella sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem juga untuk SK dan semua pembaca blog ni

      Delete
  2. Saya kakitangan swasta...keje jelah selagi ada kudrat sbb anak yg bongsu pun baru darjah 2 huhuhu.

    Kalaulah sy penjawat awam dan pilihan bersara pd usia 55 makanya ada 1.2 dekad lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Swasta lagi banyak masyukkkk..
      Banyak simpanan KWSP..
      Syyyy...dengar dah lulus keluar RM10k....
      🤭

      Delete
  3. Replies
    1. Depa dah selamat..
      Kita juga kerja & sedar tak sedar nanti akan samoai masa bersara ya Syaz...hihihi

      Delete
  4. A ah nampak macam Jepun. 4 Mei sepatutnya ye. Selamat bersara. Boleh berehat rehat dah.Dapat jugak meraikannya.

    ReplyDelete