Wednesday, 4 May 2022

MASAK LONTONG-RAYA KE-2 KAT RUMAH ACHIK

 Masa raya pertama ..Achik dah cakap hari raya ke-2 nak masak lontong.Dah 2 tahun tak masak lontong untuk makan-makan pada hari raya.Kalau dulu sebelum nasi tomato mengambil alih hidangan utama pagi raya..lontong la juadah yang dicari pengunjung rumah mak selepas solat sunat aidilfitri.Maklumlah,awal-awal 90s dulu...kalau tak silap hanya 3 orang orang kampung kami(termasuk saya la tušŸ¤­) berkahwin dengan orang luar.Seingat saya,yang diceritakan tetamu yang datang ke rumah ..rumah ngah Jik dan rumah mok Wan yang menyediakan ketupat daun kelapa kerana menantu mereka orang Selangor dan orang Johor.Itupun hanya dimakan bersama kuah kacang semata.

Kat rumah mak pula,saya memang wajib menyediakan ketupat daun kelapa,kuah kacang,ayam masak merah,lodeh,sambal goreng dan serondeng kelapa.Awal-awal dulu tetamu tak berminat ketupat daun kelapa kerana kata mereka macam makan nasi tawar sahaja.

Lama kelamaan,itu pula yang dicari mereka kerana banyak lauk pauknya dan tidak muak bila dimakan.Maklumlah kalau ketupat palas memang cucah gulai daging atau ayam saja dan semua rumah pun memang ada.

Dari masak sikit..dah kena buat extra sebab dah ramai peminatnya.

Kalau sampai kampung sehari sebelum raya,memang tak keluar dapur la saya.Ketupat palas dan gulai daging hidangan kebanggaan Kedah langsung saya tak ambil peduli.Hanya mak dan Achik yang ambil kisah.Saya hanya fokus hidangan luar.Menganyam dan merebus ketupat daun kelapa dengan lauk pauknya.Tidur malam pun tak senang kerana sebelum subuh dah kena bangun masak sayur lodeh pula seperiuk besar.Nak masak malam takut sayurnya lembik sangat.Maka masak seawal pagi kerana lepas solat raya hidangan ni wajib dah sedia dimakan..Selama 13 tahun saya memasak semua hidangan tersebut tanpa gagal dan tanpa terkurang satu pun lauk pauknya.Pernah sekali,malam raya baru dapat bertolak dari KL...maka ketupat,ayam masak merah dan kuah kacang saya masak di KL.Hanya bawa balik bahan lodeh yang dah siap goreng dan potong sahaja.Sampai kampung pukul 6 pagi terus terkam masak lodeh pula.Kena siapkan juga dengan lengkap lauk pauknya.

Namun sejak 17 tahun lalu sikit demi sikit saya tinggalkan pelengkap hidangan itu kecuali ketupat daun kelapa(kadang guna ketupat segera sahaja) bersama lodeh dan kuah kacang kerana permintaan mak yang sukakan hidangan tersebut.Ayam masak merah pula saya dan Achik bergilir masak kerana kesukaan anak-anak.

Beransur-ansur,lontong diganti nasi tomato dan pelengkapnya sebagai hidangan tetamu raya hari pertama.Kalau masak lontong pun hanya untuk makan keluarga.


Hari raya kedua 2022,kami masak lontong @ rumah Achik.Saya merebus 60 bungkus ketupat nona serta masak kuah kacang.Kemudian bawa mke rumah Achik,sambung masak lodeh..ayam dan daging 

Achik serahkan kerja melodeh kepada saya.

LONTONG..cara saya
Nasi impit secukupnya
(kami rebus 60 mini pack)

Kuah Lodeh:
1 biji kobis- hiris
1 biji sengkuang - hiris seperti batang mancis
2biji timun- buang biji hiris jejari
2 batang carrot-hiris jejari
1 cekak kacang panjang/buncis
5 cili mwrah-hiris nipis
5 tahu-goreng dan dadu
5 tempe-dadu dan goreng
5 fucuk-rendam
1.cekak suhun-rendam
4 kotak santan(saiz 250ml)
minyakgaram,gula/perasa

*kali ni Achik tambah udang fresh besar-besar dalam kuah lodeh.

Bahan Blend Halus:
2 bawang besar
5 bawang putih
5 serai
5 hiris lengkuas
1 ketul kunyit(saiz ibu jari kaki)
segenggam udang kering/bilis

1. Panaskan sikit minyak dan tumis bahan blend hingga harum 

2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan 2 kotak santan.

3. Bila mendidih masukkan sayuran yang lambat empuk dulu.Dah lembut baru masukkan sayuran jenis lembut dan tauhu tempenya serta fucuk.Suhun masukkan kemudian.

4. Bila mendidih tambahkan santan pekat tanpa+ air supaya kuah cantik.

5. Biar mendidih sekejap dan sesuaikan rasa.

* kalau guna santan segar,biasanya saya todak tumis sebaliknya terus masak santan dan bumbunya sebelum masukkan sayur.


Saya rebus sebungkus laksa untuk kami makan di rumah.Achik pula rebus lagi laksa untuk makan beramai.

Saya masak kuah sardin.Achik pula masak kuah guna ikan segar yang dibeli sebelum raya memang khas nak buat kuah laksa 

Suka hati saya dapat makan laksa lemak berulamkan daun selasih.



Saya masakkan 2 loyang koleh kacang..1 loyang tinggalkan kat rumah dan 1 lagi bawa ke rumah Achik.

Tahun ni tak order ketupat daun buluh..

Tapi rezeki dapat makan juga  ketupat daun buluh.


Ada kakak mak dan anak cucunya datang rumah Achik dan mereka bawa ketupat daun buluh ni..
Alhamdulillah .


3 comments:

  1. Wah, menariknya ketupat daun buluh. Macam kuih kocong pula. Terliur saya tengok laksa tu. Tentu wangi jew aroma daun selasih tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..harum wangi daun selasih tu..
      Rasanya sama kot kocong tu..mungkin panggilan berbeza ikut tempat...

      Delete
  2. Menarik ketupat daun buluh tu...manis ke ketupatnya sbb warna lain...bestnya laksaaaaa....

    ReplyDelete