Monday, 30 May 2022

JAMUAN RAYA RUMAH TERBUKA KOMUNITI ALAM DAMAI-

Hari ni 30 Mei maknanya dah 29 Syawal la kan.Eh,hari ni terakhir Syawal la kan...ka esok?


Semalam...bersama Kak Mel pi Masjid Al Mukhlisin untuk meraikan penghujung Syawal.Saya & Kak Mel boleh katakan setiap tahun akan ke sini..kecuali masa covid..hihihi

Semalam pun lepas Zohor terus gerak dari rumah untuk pick up Kak Mel.

Dapat park kereta kat Damai Bakti terus masuk.
Kawasan masjid ni memang luas dan sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.


Nampak beberapa gerai Kambing Golek..

Bagusnya sini..setiap tahun memang banyak gerai-gerai dari masjid sekitar sini mengambil bahagian.
Selalunya Gerai Kambing Golek akan diasingkan Lelaki dan Wanita.Agak ya sebab dah tau kot gerai kambing memang akan diserbu..hihihi

Bahagian Wanita tak ramai orang ..Kak Mel terus ajak ambil kambing golek dulu.

Kambing saya...hihihi
Dapat tempat duduk kat sini sebab dewan berhawa dingin dah penuh.

Kambing Kak Mel .

Ada pertandingan gerai tercantik..
Ni gerai lemang dan ketupat.Nampak rendang dia macam sedap tapi kak Mel ajak pi gerai lain.

Gerai Laksa..Kak Mel anak amik laksa tapi saya tak minat.

Ni gerai nasi briyani rasanya..

Gerai jeruk Pak Ali

Nasib baik cuaca tak panas sangat

Gerai Syawarma


Saya ajak Kak Mel singgah gerai lemang yang ni sebab nampak menarik.Dua "jejaka" ni pun peramah..Sporting siap posing bila saya kata nak snap pic..Depa siap bagi "kepala" lemang untuk saya dan Kak Mel..

Gerai Kuih Muih ninpun menarik.Setiap piring depa dah isi sesiap serba sebiji karipap,sepotong kuih bakar,kuih seri muka,kuih kaswi dan beberapa jenis lagi 


Ni Gerai Sate.Kak Mel ambil 3 cucuk.Sebab hanya ada sate ayam..saya tak minat.Tapi saya suka sudut deco dia ada rempah ratus tu..Simple tapi menarik 

Tak termakan pun..Kami ajak rakan semeja sama-sama habiskan...hihihi



Saya leka berbual dengan beberpa orang komuniti penduduk sini..Ramai yang dah bertahun tak jumpa,dapat bertemu semula di majlis ini.Jumpa juga beberapa orang rakan sekerja tapi hanya sempat lambai.Kak Mel senyap-senyap ambilkan saya kue teow dan ayam goreng kepci panas-panas.



Dah kekenyangan kami saja jenjalan jamu mata.

Beberapa ekor kambing golek masih digolek-golek..Semerbak aroma .
Tapi kami dah kekenyangan & nak balik dah.
Jamuan di sini tak pernah tak mewah..!


Sunday, 29 May 2022

MAJLIS RAYA & PERSARAAN KAK MEL @ CYBERVIEW RESORT & SPA


Semalam ke Cyberview Resor & Spa 


Tempat kerja buat Majlis Sambutan Raya &  Majlis Persaraan Pn Normila .
Sebenarnya Pn Normila yang kami panggil Kak Mel bersara dah beberapa minggu.Tapi jatuh dalam bulan puasa Sebelum puasa pun kami beberapa orang dah raikan KAK MEL AKAN BERSARA....kat sini
Rezeki Kak Mel bila semua setuju nak buat majlis 2 in 1 kat Cyberview Resort ni.
Temanya Seharum Mawar.Pakaian digalakkan warna merah,pink atau putih sempena warna bunga mawar.

Bergambar dulu depan Verandah Cafe ni.Bersama Ruhil,Shifa,Pn Eleena,Zaimah,Mardhiyah & Pn Isma.

Rezeki Kak Mel...Diraikan dalam 3 majlis sempena persaraannya...Benarlah janji Allah pasti.Mungkin asbab kebaikan dan kemurahan hati Kak Mel selalu belanja kawan-kawan..Tidak kedekut dan kalau makan mesti akan disisihkan sikit untuk kawan yang kemudian.Maka,rezeki majlis persaraannya juga melimpah

Kek Hari Raya


Rakan-rakan yang lahir dalam bulan Mac April dan Mei juga diraikan bersama..Rezeki mereka diraikan di sini.


Kak Mel patut duduk dimeja VIP sebab dia yang diraikan..
Tapi tengoklah...Kak Mel nak duduk semeja dengan saya dan Shifa .


Kata Kak Mel kalau dok meja VIP nanti malu nak makan banyak..Duduk ngan saya & Shifa,kami memang enjoy food🤣

Pinggan rakan semeja kami.. Cik Aniza..Anak dara lagi tau!

Pinggan saya...
Saya pecinta dessert...
Patutnya salad jadi starter..Saya pula dessert dulu...hihihi

Slice cake yang comel-comel ni memang saya suka.


Bukan nak makan banyak pun...Serba satu pun tak habis..Tapi saya suka..

Sebab slice cake ni cute 


Ice cream pun saya pandang ja tengok Aniza makan...Dah tua-tua tak minat dah..hihihi

Geng Mawar Putih

Mawar Merah



Saya geng Mawar Pink..Tapi hanya nampak lengan baju sahaja belah kiri tu..Tak termasuk pula dalam pic...hihihi

Bila mak-mak & bapa-bapa jauh dari anak-anak..Ada pula slot tik tok..Tak pernah pernah terjebak dengan tik tok..Hari ni habis pakat terjebak..Ketua dia tu haaa...Si Dilla comel bajunpink tudung merah paling kiri tu..hihihi


Geng Mak orang & bapa orang..
Yang baju kuning tu atuk orang dah🤣
Dah ada cucu..steady lagi..
Bertopi tu Rusti...Sabahan bah!Orang Kota Belud.Geng dia Lin orang Tawau tak datang la pula..
Baju maroon Mr Solan tu vegetarian..Tapi tadi saya nampak dia belasah dalca kambing..Tak boleh tahan katanya🤣🤣
Merah menyala..Arney..kalau dia ketawa..
sebatu dah boleh dengar🤭
Puas suruh Rusti cari angle bagi saya nampak slim dan tinggi...Tak menjadi jugak..Tetap nampak realiti jugak🤣


Jom ...balik...
Alhamdulillah hari-hari terakhir dalma bulan Syawal masih dapat meraikan bersama rakan-rakan sambil berukhwah.Kalau kat tempat kerja bukan selalu dapat berbual panjang.

Saya & shifa lagi la nun atas kayangan..Kami berdua sering orang lupa keberadaan kami.Selalu tertinggal.keretapi....
Kami tidaklah rapat tapi selalu ada bila diperlukan..
Shifa ni baik orangnya secantik wajahnya yang putih mulus dan ayu..
Salam Syawal yang berbaki lagi 2 hari..!

Saturday, 28 May 2022

KITA ADALAH PENGEMBARA


والعبد الذي يعلم أن وجوده في هذه الدنيا أياما معدودات بعدها سيرحل إلى ربه تبارك وتعالى يتأثر بقول النبي صلى الله عليه وسلم ::: « كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل


Seseorang yang mengetahui bahawa kewujudannya di dunia ini hanya sementara sahaja dan selepas itu ia akan pergi menemui Tuhannya Tabaraka wa Taala , dia akan terkesan dengan sabda Nabi s.a.w : Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang yang asing atau seorang pengembara.


Thursday, 26 May 2022

SENDUDUK LIAR

 

Bunga Senduduk Liar.Cantik bunganya tapi sering tidak diendahkan.Tumbuh meliar di pinggir belukar
Tidak seperti senduduk putih yang menjadi buruan orang..ditanam dibaja.Namun...senduduk liar tetap ramah berbunga...

Awal pagi...kudup menanti mekar


Buahnya yang sudah masak akan pecah dan tersembul isinya yang berulas hitam berbintik putih.Nampak hitam,tapi kalau dimakan manis rasanya.Tapi awas,bibir dan gigi akan jadi keunguan..

Zaman kanak-kanak buah senduduk ni menjadi rebutan kami dengan burung.Meredah hutan memetik buah senduduk dan kunyah dengan nikmatnya hingga bibir dan gigi serta lidah bewarna ungu kehitaman macam kanak-kanak termakan ink..🤣


Buah senduduk masak ni  dikatakan menjadi penawar untuk ulser mulut dan penawar luka dengan cara menyapu isi buahnya pada luka atau ulser.Daunnya emak selalu guna masa rebus limau nipis nak buat acar.Katanya akan mengurangkan rasa pahit kulit limau.Daunnya yang kesat juga selalunya kamu gunakan untuk menarik/menanggalkan lintah yang melekap di kaki ketika turun ke parit atau bendang.Lintah ni kalau dah melekap dikulit memang susah nak tanggalkan.Tapi dengan daun senduduk yang kasar,kalah lintah tu..hihihi

Melihat senduduk,teringat bait-bait pantun dalam buku teks Sejarah Melayu masa tingkatan enam atas dulu...

Nyiur gading sudah berbuah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi...


Tuesday, 24 May 2022

KENAPA KOMEN READER TAK NAMPAK KAT POST

 Sejak minggu lepas,banyak komen daripada reader tak nampak kat posting..


Bloger nampak posting tu dalam ruangan komen..Tapi bila pinkat posting takdak...

Kenapa jadi macam ni?

Saya memang tak tau bab IT ni...Blog ni pun memang creat by Cella masa dia darjah5..

Tapi nak tulis ..upload pic & upload vedio dan nak publish saya reti la sikit..Tu pun tak reti edit🤭

Kalau suruh saya creat blog memang sumpah tak tau!

huhuhu...malu pada diri sendiri sebab malas belajar untuk majukan diri...


Monday, 23 May 2022

DAPAT JUGA. MAKAN LONTONG

 Dah berhari-hari teringin nak makan lontong.Hari tu dah MASAK LONTONG KAT RUMAH ACHIK RAYA KE-2.Tapi biasa la dah musim raya ni..masih teringin nak makan juadah raya.Walaupun hari Khamis dah makan nasi impit kuah kacang + daging.Tekak teringin pula lontong.



Nak masak ...tapi 

Mim Alif Lam Sin...

Hihihi...

Makanya beli saja..


Alhamdulillah dapat juga makan lontong lagi.Tapi tu la tekak ni mengada..Rasa tak mencapai standard piawaian tekak pula..Kurang pekat dan kuah kacang dia manis sangat macam makan pengat kacang🤭

Haishhhh...macam nak kena masak sendiri jugak ni...