Sunday, 3 November 2024

JOM,CUBA ROTI CANAI DAUN BAWANG

 Assalamulaikum .

Ramai yang sambung cuti ke tu...hihihihi.

Cara bijak untuk merancang cuti yang lebih panjang tanpa banyak menggunakan cuti tahunan kan..

Deepavali Khamis..boleh ambil cuti Jumaat & sambung 2 hari weekend..dapat la panjang sikit kan.

Bagi yang ada anak sekolah berasrama pasti sibuk memasak bekal anak nak balik asrama kan..Eh, tahun ni cuti anak sekolah tak sama banyak ke?Tengok kat Kedah depa cuti Rabu hingga Sabtu.KL pula Rabu hingga Ahad.Apapun ibu bapa yang ada anak sekolah asrama memang bz la kan...

Sarapan apa hari ini?



Ni dinner saya beberapa hari yang lepas..Kalau tak salah hujung minggu lepas..hari Ahad..dah seminggu.hihihi..

Paginya saya uli tepung...Petang mencanai....minum petang merangkap makan malam.

Adunannya sama seperti saya uli

HOMEMADE ROTI CANAI ....kat sini

Cuma saya tambah daun bawang hiris halus..Saya cuba buat ni inspire daripada dok nampak kat youtube orang China buat lempeng daun bawang..saya cuba tapi versi roti canai daun bawang .






Bila dikoyakkan masa panas panas...harum bau dan sedap rasanya.Saya makan begitu tanpa kuah atau sambal.Tapi bersulam minuman panas..Sedap sangat pada tekak saya..

Boleh tonton lebih jelas  dalam bentuk video di youtube channel saya  kat sini:

10 comments:

  1. Uishhh.. sy tahu ni mesti sedap. Dia tak boleh ada kuah nanti kacau rasa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah sedap SK....
      Cuma nak cari kerajinan tu...becinta..šŸ¤£

      Delete
  2. Seronoklah Mama Cella sudah kembali ke dapur.
    Rindu nak jamu mata hasil air tangan Mama Cella.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya roti canai homemade...
    Ya, kami busy la pi mai pi mai hantaq anak² balik asrama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara nak besaq kan PH..Tapi nanti pasti akan merindui moment2 ni

      Delete
  4. Roti canai macam ni x yah cicah kuah pun dah sedap ni kak

    ReplyDelete