Asam Pedas Ikan Parang Goreng...
Nak sambung pasal ke Tawau tapi dok belek video dalam gallery banyak sangat lambat nak pilih nal cut bagai....Maka Asam Pedas Ikan Parang Goreng potong Q...hihihi
Tapi macam betul laaaaa!!!! Sebab tulangnya memang tak berselirat.Bahagian ekor Cella habiskan dengan jayanya dan bahagaian kepala rezeki saya..Anak bujang tu memang tak makan la...hihihi
Memandangkan ikan ni dah agak lama dalam peti ais,saya deside goreng dulu ikannya.Saya buat asam pedas versi simple sahaja..Dengan dah lama tak ke pasar...Daun kesum pun yang dah kering kejung.Nak goreng ikan,serbuk kunyit pin habis..Goreng jelah ikan sapu garam jer semata.Begitu juga serai.Cili & bawang kisar pun nasib baik ada stok.Kalau jam tu juga baru nak blend..rasanya tak jadi asam pedas dah ...hahaha
ASAM PEDAS IKAN PARANG GORENG
2 kepimg ikan parang
2 senduk cili kisar
1 senduk bawang kisar
1 sudu teh pes asam jawa
Daun kesum,buah tomato & bendi
minyak,garam,gula/ perasa
1. Garam kunyitkan ikan& goreng agak garing
2. Dalam minyak yang sama tumis bawang dan cili kisar hingga naik minyak.Masuk juga serai dan daun kesum.
3. Masukkan ikan goreng & asam jawa diba cuh dengan 2 cawan air.Perisakan dengan garam,gula/perasa.
4. Bila mendidih tambah tomato & bendi.Sesuaikan rasa.
5. Perlahankan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit.Siap..
Saya juga share video Asam Pedas Ikan Parang Goreng ni @ youtube channel saya
👇👇👇👇
https://youtube.com/shorts/ZbnzPNC9kU4?si=4UNQhlD-_i788Inp
Tengah cari mood nak edit video Tawau🤭
Asam pedas ikan parang ni cukup istimewa untuk peminatnya. Walaupun banyak tulang tapi isinya sedap. Pasal sentap ikan tu memang biasanya kami buat terutamanya ikan terubuk, ikan lampam dan ikan-ikan yang banyak tulang.
ReplyDeleteOoooo....ikan lampam pun valid yer cara sentap tulang tu...mak saya selalu mancing lampam
Deletesedapnya..ikan2 byk tulang ni memang sedap....
ReplyDeleteKan....dulu belajar Sains katanya ikan yg sedap ni banyak tulang sebab nak lindungi kemandirian daripada pemangsa
DeleteAduh, sedapnya ikan parang, paling sedap kalau masak asam pedas. Goreng pun sedap tapi asam pedas jugaklah yang paling sedap.
ReplyDeleteAduh, sedapnya ikan parang, paling sedap kalau masak asam pedas. Goreng pun sedap tapi asam pedas jugaklah yang paling sedap.
ReplyDeleteJohorean dengan asam pedas pastinya berpisah tiada🤭
Deletekalau kakak ipar yang masak asam pedas ikan parang, mmg lama betul ammi akan duduk makan kat dapur sebab tak reti nak makan laju. takut tertelan tulang je nanti
ReplyDeleteMentelaah tulang ye Ammi🤣
Delete