Tuesday, 12 November 2024

MAKAN KENDURI @ DEWAN SERI SIANTAN,PUTRAJAYA DAPAT BUNGA SORANG SEKUNTUM

Seusai ke majlis walimatulurus Puan Rock @ MZ GARDEN HALL,kami bertiga bercarpool ke Putrajaya pula memenuhi undangan rakan sekerja yang sudah bertukar tempat kerja.

Perjalanan kami ke Dewan Sri Siantan,Putrajaya diguyur hujan.
Tetapi disebablan perut dah kenyang,kami hanya berkurung dalam kereta sementara menanti hujan reda.Hampir ½ jam dalam kereta,bila dah renyai,kami melangkah ke Dewan Sri Siantan di lantai 2.Entah apa nama bangunan ni.Cuma perasan ianya berdepan Istana Kehakiman,Putrajaya.

Kenduri kahwin memang senonim dengan nasi minyak dan aneka pilihan dan akan berakhir dengan pemberian gudies atau cenderahati kan...

Tapi unik dan specialnya majlis kenduri kahwin ini ialah setiap tetamu bukan sahaja diberi gudies berupa kota berisi gelas comel berisi cookies tetapi lebih istimewa lagi,setiap tetamu diberi pilihan memilih sekuntum bunga daisy segar..

Pertama kali mengahadiri kenduri kawin  dapat cenderahati berupa bunga segar  macam ni ..💕
Luv sangat ..!!!


Aneka pilihan warna dan semua cantik cantik belaka...

Kawan kawan pernah tak dapat cenderahati macam ni?

Saya memang 1st time ni ..
Suka sangat..

Terima Kasih Zana sudi jemput kami & semoga Allah limpahkan keberkatan kepada Zana adik beradik.Walaupun tanpa ayah dan ibu yang telah terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi...tetapi mereka  berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai abang dan  kakak menyempurnakan majlis perkahwinan yang meriah dan happening untuk adik bongsu mereka....


Suasana majlis ini ada saya abadikan dalam video yang saya muatkan di channel youtube saya:









8 comments:

  1. Moga pasangan pengantin sentiasa berbahagia dan cinta terus mekar mewangi seperti bunga Daisy. Saya pernah dapat bunga zaman dulu time ada orang mengorat hahahaa.

    ReplyDelete
  2. Diguyur hujan, puitis bahasa Mak Cella 🤭
    Selamat Pengantin Baru buat mempelai.
    Sy tak besa lagi dapat gift kawin bunga camni, mmg unik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ...memperkayakan bahasa yang jarang diguna pakai..
      Saya pun 1st time pi kenduri dapat bunga

      Delete
  3. pertama kali jugak nampak ni. tak pernah tengok lagi ada bagi bunga macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....unik...
      Boleh juga tiru tiru idea ni jika dapat bunga mutah🤭

      Delete
  4. Ok, kali ni tak ada gambar nasi kenduri tapi gambar bunga daisy, hihi. Tak pernah dapat bunga pergi kenduri kahwin. Tetamu lelaki dapat jugakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga ni kita boleh amik sendiri....Tetamu lelaki segan la nak amik bunga...hihihi

      Delete