Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 7.Semoga semuanya dimudahkan urusan duniawi & ukhrawi...🤲
Juada berbuka puasa di dapur saya 6 Ramadhan.
Kari Ikan Tongkol + Bendi.
Ikan tongkol adalah antara ikan kegemaran saya tetapi tidak bagi anak anak saya.Namun sesekali kena ikut selera tukang masak juga kan...hihihi
Saya hanya menggemari Ikan Tongkol Hitam berbanding Ikan Tongkol Putih..
Ikan tongkol hitam isinya lebih berlemak dan sedap berbanding ikan tongkol putih yang agak hambar isinya.Itu tekak saya la.Mungkin ada yang lebih menyukainikan tongkol putih.
Ada ke yang belum dapat bezakan ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih?
Saya kongsikan gambar dari Google untuk mudahkan kenal ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih.
Perbezaan ketara fizikalnya ialah ikan tongkol hitam mempunyai sirip lebih panjang tetapi tiada garis belang pada atas badannya.Sebaliknya ikan tongkol putih,siripnya pendek tetapi ada jalur hitam di atas badannya.
KARI IKAN TONGKOL + BENDI
KARI IKAN TONGKOL + BENDI
2 keping ikan tongkol hitam
1 paket kecil rempah kari ikan
3 bawang merah +2 bawang puti - hiris
1. Ikan dibersihkan .( saya guna ikan tongkol yang sudah direbus dengan garam dan asam keping.
2. Panaskan minyak anggaran ¼ cawan besar & tumis bawang merah,bawang putih & halba campur.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air.Tambah asam,garam & masak hingga naik minyak.Bila naik minyak,masukkan ikan.
4. Setelah ikan masak,asukkan santan +air & biar mendidih.
5. Biar mendidih dengan api perlahan supaya kuah naik minyak.
Saya juga masak Sayur Sawi Bunga..Tapi bunganya belum keluar🤭
Anak anak saya menggemari sayur sayuran hiju yang dimasak begini.
Sayurnya lebih menarik jika dibiarkan tanpa potong,kemudian dicelur terlebih dahulu sebelum disiram kuah dan ditabur bawang putih goreng rangup.
Antara sayur yang biasa saya masak begini ialah broccoli,sawi,kailan,bok choy dan lain lain yang difikirkan sesuai.
SAYUR SAWI BUNGA TUMIS BAWANG PUTIH 10 pokok sayur sawi bunga( boleh guna sayur lain yang sesuai)
10 ulas bawang putih.( dadu halus/cincang)
3 sudu sos tiram
¼ sudu teh tepung jagung+ ¼ cawan air.
Minyak,garam,gula
1. Bersihkan sawi.Jika pohon sawi terlalu besar,jangan dikerat tetapi sebaliknya belah dua atau belah empat.
2. Jerang air hingga mendidih dan celur sawi anggaran 2 minit.Angkat dan masukkan dalam air sejuk agar kekal hijau.Susun dalam bekas yang sesuai
3. Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng bawang putih cincang hingga keemasan.Asingkan bawang dan minyak.
4. Panaskan semula minyak bawang putih anggaran 3 sudu makan dan masukkan sos tiram.Tambah air bancuhan tepung ubi dan biar pekat.
5. Siram kuah atas sawi yang sudah disusun..Tabus bawang putih goreng tadi dan sedikit minyak bawang putih.Siap
Ikan Bawal Hitam Goreng panas- panas...Dah nak azan baru goreng.Cella lupa nak snap pic ikan bawal goreng..Ni saya crop dari pic yang banyak banyaj tu ja.
Ikan bawal hitam sapu garam dan serbuk kunyi & goreng garing ja pun..hihihi
Booster hari ni...
Budu ...untuk cicahan bawal goreng..
Budu tu tambah bawang hiris,cili padi dan perahan limau kasturi.
Budu ni pada saya kalau dapat perah " Limau Kerat Lintang" atau limau purut lagi terangkat.Kalau takda pun limau nipis la.Tapi saya hanya ada limau kasturi.
Orange,golden kiwi & tomato ceri manis..Sedap betul tomato ceri yang manis ni..
Ada lagi dessert lupa nak snap pic...Ulang buat lagi sekalu Sagu Gula Melaka..hihihi
Habuan anak tekak lepas terawikh..
Air manis takda.....Pakat minum air kosonh sahaja..
Semalam beriftar dua beranak sahaja dengan Cella..Anak jantan tu balik lambat berbuka kat tempat kerja...
Wak pun kalau beli ikan tongkol, pilih yang lengan panjang.
ReplyDeletesemalam ldy masak ikan tongkol juge.. kami singgangkan..
ReplyDeleteSy pun suka gulai ikan tongkol 😋
ReplyDeleteGolden Kiwi tak besa makan, nak try gaks:)
rasanya ada lagi ikan tongkol yang SA beli hari tu dalam fridge...arwah mak pah nak ikan tongkol..beli seekor...makannya secuit je masa tu...
ReplyDeletementang2 dia dah pandai rebus sagu kan...tiap hari dia buat air berasaskan sagu. geram kita tengok tau.
ReplyDeleteammi pun tak suka sgt ikan tongkol..arwah mama dulu suka sangat.
saya la tu yang selalu confuse tiap kali nak beli ikan tongkol mesti google dulu
ReplyDeleteBersusun hidangan berbuka puasanya.
ReplyDeleteTongkol hitam memang lebih sedap berbanding tongkol putih. Harga tongkol hitam mahal sikit dari tongkol putih.
Tomato ceri tu saya suka makan cecah serbuk asam boi.
sawi bunya tue tabur sikit ikan bilis di goeng chruncy tu ..sedap sangat
ReplyDelete