Bangun pagi ja...fikir nak isi perut..🤭
Buka periuk nampak baki nasi semalam ada banyak lagi..Dalam 2 mangkuk.
Terus panaskan minyak.Goreng semula ikan lengat sambil hancurkan dengan sudip sambil goreng kasi garing,tulangnya pun garing .Campakkan cili api potong.Masukkan nasi beras perang..Perisakan dengan garam dan tambah sayur.Tapi saya hanya ada daun bawang saja..campak la daun bawang.
Saya juga goreng papadom dan goreng garing bawang putih slieces.Sebenarnya teringin nak makan ikan goreng gaul kunyit dan bawang putih tumbuk macam Suria Amanda buat tu.Tapi takda stok kunyit hidup.Malas nak mencemar duli turun dari kayangan menjejak bumi🤭
Maka goreng juga bawang putih slices untuk makan dengan nasi goreng ni..
Kali pertama makan papadom masa tingkatan empat.Haaa saya memang peghak sikit.Dulu mak saya tak pernah masak pun papadom jamu kat kami.Masa kanak-kanak tak kenal papadom pun.
Boleh kenal papadom ni masa pi camping Unit Beruniform kolaborasi bersama Sekolah Menengah Sungai Tiang.Perkhemahan tu dijalankan di Pantai Haji Wahab,Bukit Selambau...
Nama ja pantai...tapi bukan laut ya..
Pantai tu merupakan pantai sungai atau dataran berpasir (pasir garam) yang luas. Ada sekali tu saya ditugaskan sebagai QM makanan.Kami 10 orang kena fikir dan sediakan menu sarapan..tengahari dan malam untuk semua peserta.Tapi ada la cikgu yang memantau...
Dulu camping,student masak sendiri..Agaknya masa sediakan makan tengahari masakan kami tak sedap.Jadi banyak lebihan nasi.Sorang rakan dari SMST tu namanya Liza mencadangkan masak nasi goreng makan dengan papadom.Katanya nanti dia minta Cikgu keluar beli papadom.Dalam fikiran saya yang naif ni...apa bendalah papadom tu?
Mak saya tak pernah masak pun.Kalau goreng nasi pun mak tumis bawang saja.Masukkan nasi dan gaul sikit garam.Tu lah nasi goreng yang saya kenal dari kecik hingga sekolah rendah.Masuk sekolah menengah kenal pula nasi goreng ada telur dan sayur sebab tinggal diasrama.Setiap Isnin menu sarapannya nasi goreng kicap dan sebiji telur rebus.Tapi tak ada pun papapdom.
Teruja saya nak tengok macamana papadom tu dan bagaimana nak masak.
Bila cikgu dah bawa balik papadom dan goreng barulah saya kenal itu namanya papadom.Macam keropok rupanya dan sedapnya dimakan dengan nasi goreng.Malam tu menu nasi goreng dengan papadom laku keras.
Terima kasih Liza dan Cikgu Abdullah Sani yang beli papadom tu..Saya ingat nama cikgu tu tau!
Sampai sekarang saya masih terbayang wajah Cikgu Abdullah Sani yang bermata sepet dan bercakap sleng Key El. Saya masih ingat masa beliau perkenalkan diri..katanya dia masih bujang dan berasal dari Sabak Bernam,Selangor.Di manakah Cikgu Abdullah Sani? 🤭🤭
Sehingga sekarang asal nampak papadom saya akan ingat peristiwa kali pertama kenal papadom.
Dulu kesusahan dan kurangnya jaringan media electronik membataskan pengetahuan.Hanya belajar dari bahan cetak dan dari pengalaman sendiri.Tapi ada la pro dan con..
Saya pernah baca kata-kata yang lebih kurang begini bunyinya:
"Dahulu,nak dapat ilmu itu susah, tapi mudah nak diamalkan...,
Sekarang nak dapat ilmu itu mudah,tapi sukar nak diamalkan.."
Nama Abdullah Sani itu sinonim dengan nama seorang penulis yang pernah saya dengar tapi mungkin bukan yang Mama Cella maksudkan.
ReplyDeleteSaya baru saja bersarapan pagi, Mi Tarik Labu Goreng Pedas. Kalau masak mi tarik ni mesti ingat Mama Cella, sebab dari Mama Cella itulah saya kenal mi tarik hihihiii.
Saya tak ingat bila kali pertama makan papadom! Kuatnya ingatan Mama Cella.
Eh,saya pun tadi hampir nak masak mee oats..
DeleteSekali dah nampak lebihan nasi..tukar plan.
Masa dok pegang pack mee aots tu tak sengaja terlintas dalam hati..jangan-jangan Cikgu Amie masak mee labu sebab tau family cikgu lebih suka mee labu..sekali betull.la...
Kawan-kawan lain masak apa lah agaknya
Hahahaaa.... berkimia lagi kita ye Mama Cella.
DeleteNasi goreng sihat tu hehe.. dengan bawak putih goreng yg rangup tu lg syok..
ReplyDeleteBeras dan bawang putih tu dah siahat AH...tang minyak tu saya tak boleh control🤣
DeleteSeingat sy kali pertama kenal papadom masa majlis perkahwinan arwah kakak sepupu. Masa tu baru form 1. Tataw kenapa lambat kenal papadom, hahahah.
ReplyDeleteAlamak...ingatkan saya ja dulu peghak tak kenal papadom..
DeleteAda geng..🤭🤣
Rasanya sy kenal papadom semasa di asrama kot MC...peghak masa tu bila ikan goreng makan sekoq sorang. Di rumah sekoq pakat cubit ramai-ramai:D
ReplyDeleteKopi O tak tinggal nooo 😍
🤣
DeleteLagi sorang geng lambat kenal papadom ..
Kalau dikumpulkna agaknya ramai lagi ni..
Betul PH...dulu keluarga kita makan ikan sekor cubit 1 family .
Dok asrama la merasa makan ikan sorang sekor..ayam sorang seketoi ..teloq sorang sebiji pun mewah bagi saya..kat rumah mak jarang bagi makan teloq sebab nak bagi ayam eram jadi anak ..🤭
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteBelum pernah lagi cuba try beras perang
Boleh try pack sekilo pun ada..
DeleteCuma kalau tekak saya ..saya suka masak kurangkan sukatan air sebab kalau nasi terlalu kembang rasanya tawar
Ehhh..cikgu Abdullah Sani yg akak sebutkan tu, adakah orangnye kurus² tinggi. Putih macam chinese sikit. Sebab dulu masa sekolah men, ada juga cikgu Abdullah Sani. Tapi masa ajar saya dia dah 40an camtu kot. Berkaca mata. Adakah orang yang sama atau lain.
ReplyDeleteAda kebarangkalian tu Jaja..
DeleteSaya anggarkan umur cikgu tu sekarang dalam lingkungan
57-60tahun.
Mungkin masih berkhidmat..mungkin juga baru bersara....Dulu tak berkaca mata mungkin sebab muda lagi..hihihi
Tapi mata sepet tu ciri dah tu..
Mungkin pelanduk dua serupa..mungkin betul orangnya.Apapun semoga Cikgu tersebut dilimpahi rahmat dan berkat dari Ilahi..