Tuesday, 13 September 2022

SIPUT SAWAH MASAK LEMAK CILI API DENGAN REBUNG & KENANGAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN

Pernah makan siput sawah a.k.a siput bendang dak?

Kalau siput sedut yang selalu beli kat pasar tu bentuknya lebih runcing dan berjalur cengkerangnya.Itu siput belitung kan..hidup dipaya bakau atau laut berlumpur.

Siput  sawah ni memang hidup dalam bendang atau sungai.Kalau dalam bendang siput ni melekap pada batang pokok padi atau ranting kayu yang jatuh dalam bendang ka.

Kalau dalam sungai siput-siput ni didapati di gigi air berhampiran tebing sungai kerana kat gigi air tu ada pelepah kelapa,dahan kayu yang hanyut.Maka,sepanjang kayu atau pelepah kelapa tu memang berderet siput ni bertenggek.


Balik Kedah sat minggu lepas dan la merasa makan siput ni.Mak saya pi mengai a.k.a memancing ikan lampam kat sungai dekat rumah.Kata mak ikan tak berapa nak makan umpan sebab ramai yang tahan pukat dan menjala.


Kerana tak dapat ikan,mak kata dia kutip siput sungai tu bawa balik.Ada la dalam ¼ baldi kecik tu.

Snap pic siput dah dalam kuali.Takdan nak snap siput dalam baldi sebab masa mak balik saya tengah masak sambal udang petai yang beli kat nat Kota Sarang Semut tu.
Ingat lepas tu nak snap.Sekali dah siap sambal udang tengok mak dah siap cuci siput ni dan dah siap potong bontot siput tu dah..
Terus ja la saya masak.


pic Google

Pinjam pic kat Google untuk bagi gambaran jelas bentuk siput bendang atau siput sungai ni.Siput ni ada yang diselaputi/tumbuh lumut ikut pada tempat siput tu hidup la.Kalau banyak lekat/tumbuh lumut..saya tengok mak ramas/gosok-gosok dengan daun serai supaya bersih. 


Kenangan Yang Tak Dapat di Lupakan...
Setiap kali nampak atau makan siput bendang ni saya belum boleh move on cerita masa darjah 2.
Masa tu musim menuai.Kami panggil musim mengerat padi.Masa tu mesin padi belum ada kat kampung saya.Kat  kampung luar dah ada.Mak saya bawa Achik pi kenduri @ Sik Tupai.Saya menangis tak dapat ikut kena tinggal dengan ayah.Bila ayah sibok mukoi padi(banting padi) saya ikut sepupu..Ina.. ke Kampung Lubok Getah.Kampung tu jauh kemain..Kami berdua pi jalan kaki ikut kebun getah dan bendang.Kat sana ada tokwan dan tok tiri berkampung sebulan sebab musim mengerat padi.Bila sampai tok tiri jamu nasi kat dangau lauk siput bendang.Sedapnya...
Saya dan sepupu..Ina,mengutip siput dicelah-celah tunggul padi.Ina dapat banyak.Saya kutip sikit saja dalam 1 tin susu saja.Sampai petang baru kami balik..Jalan kaki lagi meredah kebun getah dan bendang luas.Sampai rumah saya mula takut sebab pergi Lubuk Getah tanpa pengetahuan ayah dan mak yang pi Sik.Saya sorok siput tu dalam ketor( bekas basuh tangan) isikan air dan telangkup guna sebuah pasu yang mak selalu guna buat baulu.Tak nampak la siput tu dah..Nak buang sayang sebab makan tok tiri masak sedap.Nak minta mak masak takut kantoi. 

Beberapa hari lepas tu,balik dari ngaji muqaddam..nampak ada lauk gulai siput + batang keladi..

Berderau darah.Rasa menggigil seluruh badan.Habis laaa..memang kena rotan la ni..Mak saya  masa muda memang garang namatey!

Saya tak berani nak makan nasi.Gundah gulana seorang anak nakal🤣

Bila ayah balik dari bendang,ayah makan nasi lauk siput tu..Aduh,lagi la menggigil.

Sekali ayah tanya mak,mana dapat siput tu?
Mak kata dia ingatkan ayah yang kutip siput tu kat bendang masa mukoi padi..

Mak pandang ayah..
Ayah pandang mak sambil sedut siput dengan berselera.
Sudahhhhh..!!!

Akhirnya..
saya terpaksa mengaku pergi Lubok Getah dengan Ina.Kutip siput dalam  bendang tokwan hari yang mak pergi Sik.

Cuba teka apa nasib saya..?????


🤭Saya selamat..!
Sebab mak marah ayah..🤣
Mak kata ....baru tinggal sehari...anak dah pergi serata negeri pun ayah tak tahu..!

🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Hingga kini asal nampak siput bandang...saya akan ingat peristiwa tu..
Beberapa kali juga saya ulang cerita kat Achik.Achik kata saya ni.nakal.dalam diam. Bila tanya mak,adakah mak masih ingat peristiwa tu.
Mak kata mak tak ingat..
Tapi saya yakin mak pun masih ingat.Cuma mak cakap tak ingat sebab malas nak kenang..🤣🤣🤣🤣

TAMAT ...cerita kenakalan zaman kanak-kanak

Siput bendang atau siput sungai ni bentuknya lebih bulat dan warna kehitaman.Ada dua jenis siput bendang..Siput paid(pahit) dan siput padi.Yang ni siput padi dan tidak pahit.Kalau siput paid tu memang rasa agak pahit tapi tetap ada peminatnya

Tapi jangan tersalah pula antara siput  sawah dan gondang.Gondang  rupa saling tak tumpah macam  siput sawah ni  juga tapi lebih besar.Ada yang mencecah besar cawan kopi.Gondang pun boleh makan cuma banyak lendir kat  isi yang macam koklea dalam telinga tu🤭.Saya pernah makan lauk gondang dimasak goreng kunyit.Tapi hanya diambil bahagian keras  dia sahaja tanpa lingkaran berlendir tu.Itu pun makan masa kanak-kanak dimasak tok tiri sebab mak saya memang tak akan masak gondang sebab dia kata tak lalu.

Tapi siput ni mak saya makan.Cella la paling suka lauk siput ni.Cuma dia kata payah sikit nak sedut sebab saya masak agak kering..kurang kuah.

Puncanya...
Masa mak bawa balik siput tu saya dah siap masak lauk Rebung Lemak Cili Api.Bila mak bawa balik siput dan dah siap bersihkan..

Saya masukkan semula rebung lemak cili api ni dalam kuali dan tambah siput..
Hihihihi....
Buat kerja short cut...
So,payah nak tulis resipi sebab dua kali masak...🤭hihihi




8 comments:

  1. Zaman dulu2 kat sini banyak siput ni menghuni sungai.
    Kalau nak tangkap, pasang pelepah kelapa semalaman,
    esoknya angkat banyaklah siput ni melekat kat pelepah kelapa tu.
    Sekarang dah pupus siput ni kat sungai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. La...agaknya mungkin pencemaran air atau ada sesuatu menyebabkan siput tu pupus.
      Agaknya kalau di tabur semula bibit siput..boleh mengembalikan suasana dulu

      Delete
  2. dana tak pernah makan siput sawah ni kak, jumpa pun tak pernah nampak sedap la. Gelak baca kisah kenangan mengusik jiwa akak tu heheheh... mujurla yg kene marah ayah akak selamat... Dana terus google rupa siput gondang tu, dana kalau siput biasa jumpa siput babi dengan siput sedut je heheheh

    ReplyDelete
  3. Adoi, nakalnya... nasib baiklah anak2nya dok kat Kuala Lumpur yang takdak lumpur, kalau tak mahu tiap2 hari si abang ajak adik carik siput, hahahaha.

    Bentuk siputnya macam siput belitung/sedut jugak ek, cuma licin sikit badannya. Sy siput2 ni memang suka, lagi kalau masak lemak. Leka menyedut, srottt.. srotttt. Tapi, masa kecik dulu, tak pandai sedut, dah tua baru pandai, hahaha.

    ReplyDelete
  4. Masakan kicap tenggelam oleh masakan pedas ye.
    Saya belum pernah jumpa siput bendang. Subhanallah! Banyaknya makhluk ciptaan-Nya di dunia ini yang belum saya jumpa seperti adik beradik dan sepupu sepapat siput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami juga dapat mengenali nama dan jenis ikan dan hidupan laut yang tiada disemenanjung...yang sering cikgu kongsikan...

      Delete
  5. Kak bok balik siput leh gak mak kak masak..saya bok balik berudu soh mak masak gulai ikan.meloncat arwah baling plastic penoh berudu..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayakkkk....
      berudu suruh masak...
      Chik mesti ingat tu anak ikan kan..hihihi

      Delete