Tuesday, 13 September 2022

KE PEKAN NAT KOTA SARANG SEMUT

Balik kampung kali ni rasa macam tak sempat duduk rumah pun..Masak pun sekali ja rasanya.Selebihnya Achik bawa makan kenduri,jenjalan dan ronda-ronda.Banyak beli ja makanan..Sesekali manjakan tekak kan..hihihi


Mula ingat nak ke Pasar Tani...tapi mak dok sebut dah lebih 20 tahun tak ke Pekan Nat Kota Sarang Semut(KSS).Entah ada lagi ke tidak pun tak tahu..Kata mak..dulu-dulu pun mak bukan pernah masuk dalam pekan nat tu tapi selalu nampak bila naik bas UTC dari Pendang ke Alor Setar @ ke Sungai Petani sebab pekan nat ni betul-betul seberang jalan depan KKS  bus-stand.Orang sini jarang sebut nama penuh KKS..hanya sebut Kota sahaja.


Alhamdulillah masih ada pekan nat nya..Pekan nat @ Kedah mean pekan sehari.Kalau buka hari Sabtu dipanggil Nat Sabtu atau Pekan Sabtu.Kalau Rabu..dipanggil Nat Rabu...@ Pekan Rabu.



Kami sampai masih pagi benar.


Ronda-ronda nampak ni


Beli apom lenggang..
Dulu walau sibuk kerja dan urus anak sekolah saya rajin juga masak apom lenggang.La ni makin tak sibok makin malas.. semua beli ja..hihihi

Uiii.....mata dia macam uji rashid


Harus la beli..
Yang depan tu ada 5 papan seikat RM10
Yang belakang tu mata kecik sikit..7 papan RM10.
Mak grab jiga 2 ikat.
Harga tak pernah jatuh kerana permintaan melebihi penawaran..
Dulu masa form 6 cikgu ajar subject Economi jenuh nak terangkan konsep DD & SS..
Dah tua baru faham hihihi



Ronda lagi...Pekan nat ini pada saya tidak tersusun seperti nat Sabtu @ Pendang.Gerainya agak berselerak mungkin sebab kawasannya terhad..dicelah-celah bangunam lama.Lain la kat Pendang ada tapak tepi lake & sebelah stadium tu.

Pekan nat ni area pasar basah.Hari ada pekan nat..pasar tutup la sebab penuh gerai jualan disekeliling pasar ni.



Kalau pekan nat @ Kedah wajib la ada jual mihun sup utara yang mihun kuning  kuah merah tu.Biasanya boleh makan situ atau bungkus.Meja kerusi biasanya akan disediakan bawah khemah.

Terliur saya nampak gear box..tulang..daging..paru..perut bagai.Wajah penjual pun sejuk mata memandang..Tapi saya dah kekenyangan sebab dah sarapan spaghetti olio kat rumah.Mak la setiap kali saya balik mesti nak saya masakkan olio bawang putih.Sedap katanya.
Maka kita lalu sahaja tepi gerai mihun sup.

Gerai daging ada beberapa buah..Nampak gerainya memang macam 20-30 tahun dulu juga.Mungkin pihak berkuasa tempatan perlu buat penyusunan semula...tapi akan hilang sikit la nostalgianya...Zaman kanak-kanak dan zaman sekolah ada la beberapa kali lalu bus stand KSS terutama masa masih belajar di KL.Masa tu belum ada bus ekspres ke Pendang.Beli tiket ke Alor Setar dan bila sampai KSS minta pemandu bas berhenti di KSS ni.Banyak kali la bas sampai sini pukul 4 pagi.Nak turun kat Alor Setar,saya memang tak reti sebab tak pernah pergi stesen bas ekspres Alor Setar.Punya la peghak kan...
Mana tak.peghak...zaman sekolah rendah tak pernah pi Aloq Staq.Zaman sekolah menengah dok asrama.Kalau tak duduk asrama pun bukan boleh pi Aloq Staq pun..jauh ooo dua kali bas..Bas MARA dan bas UTC no 6..Sebab tu balik dari KL saya takkan turun kat Aloq Staq .Memang saya akan turun kan KSS..Maka duduk lah sengsorang kat kerusi bus stand tu sorang-sorang nak tunggu 1st bus  UTC dari Alor Setar ke pendang 6.15 pagi.Perasaan takut... jangan cerita la...memang sangat takut..tapi apa pilihan yang ada?
Zaman tu mana ada handphone.Pernah berapa kali terserempak orang gila dan diajak naik prevet sapu..
Tapi betapa Allah sayang,Allah lindungi dari perkara tak diingini.


Dah ....
kita tinggalkan pengalaman masa lalu..Kembali ke dunia nyata


Jom tengok buah  pulak.

Kami beli sebakul apple fuji RM10
sebakul apple granny smith tu RM10 dan  selonggok jagung RM12 =10 tongkol.
Tu yang jadi cucur jagung.hihihi.


Jom masuk pula lorong jual hasil laut.


Beli udang sepinggan..Saiz sederhana...sepinggan RM20.

Ambil juga ikan kerisi sepinggan RM6 ada 6 ekor.


Nampak pulak putu mayong..Kat KL depa panggil putu mayam..kalau kat Kedah disebut putu mayung.


Leka dok tengok adik (pangkat anak dah gamaknya🤭) yang jual tu dok tekan tepung putu mayung yang macam mihun tu.Bila dia nampak saya rakam....nampak dia neves la juga.Ada darah gemuruh jugak ni🤣
Syyy acer dengar lagu yang depa mainkan tu..
Anak-anak muda la ni memang kembali meminati lagu-lagu zaman kita remaja dan muda-muda dulu la..

Beli 2 bungkus.1 bungkus hantar kat rumah Achik sebab ada Aqil..Sekali terbagi dua-dua kelapa dan gula merah tu kat Aqil.Kami punya sebungkus tanpa kelapa dan gula...nak makan macamana tawaq hebiaq...hihihi


Nampak ramainya pakcik makcik berkerumun kat sini...(macam la diri sendiri ni bukan makcik)🤣


Rupanya pakat dok beli herba  cabai pital ni...Dulu-dulu kat kampung kami kutip buat main masak-masak ja..Rupanya jadi ubat.
La ni memang tak pernah nampak dah pokoknya.


Last....dah jom beli pula apom balik..
Apom balik kecik ni dulu -dulu masa saya darjah satu sekeping sekupang ja.Ingat lagi masa darjah satu periksa hujung tahun dapat nombor 2 Cikgu Azizan bagi dua ringgit.Happy tak tau nak kata..Sepupu saya kak Tah bawa pi nat Sabtu.Beli selipar jepun sepasang seringgit dua puluh sen.Beli apom balik 4 keping empat kupang.Baki 4 kupang bawa balik...Naik bas tak kena bayar sebab bas penuh,konductor tak dapat nak bergerak...hahaha

14 comments:

  1. Dulu3, setiap kali balik Kuala Ketil, acara wajib kami akan ke Padang Besar ikut highway. Balik tu, Pak Inche mesti nak ikut jalan lama, masuk Alor Setar dan balik KK ikut jalan lama juga, mesti lalu KSS ni. Sejak menjak ni kalau balik KK jarang dah ke utara, cuti pendek tak sempat. Pernahlah nampak kesibukan suasana KSS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lama tak ke Big Field tu🤭
      Lepas ni kalau balik KK jom Pasar Kemboja pula😁

      Delete
    2. Nak ikut haha....
      Pasar Kemboja x besa pi lagi.
      Big Field pulak dah berjaman tak pi.. jom la kita buat trip MC & SK : D

      Delete
    3. Jom..jom..
      Kalau time saya balik Kedah boleh plan pi pasar kemboja(pastikan hari Jumaat)..mai lunch umah saya..lauk ikan masin,ulam cicah cabai tumbuk ja la🤭

      Delete
  2. Petai tu kalau nampak ke Khilfi hmmm memang dia buat ayat2 mintak simpati "abang rasa macam teringin nak makan sambal petai letak ikan bilis"... tak ke kita ni rasa macam serba salah kalau tak beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoii Khilfi...
      Memang buat mami rasa serba salah la..dah la petai la ni harga kayangan...
      Kita makan petai belalang lah Khilfi...hihihi

      Delete
  3. ya Allah kak, seronoknya... kalau dana tak payah bawak pi mall besar pi pasar pagi gini pun dah seronok sangat dah oiiiii./... memacam ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Kita dapat pi pasar pun syok dah...
      Nampaknya minggu ni ramai pakat up pic pi pasar..pasar tani..pasar malam & pasar sehari..

      Delete
  4. Adoi, pi nat la pulak MC.
    Rindunya sy dgn Pekan Ahad & Pekan Sabtu di Baling suatu masa dulu. Pi nat @ pasar mlm mcm satu bentuk hiburan zaman kita dulukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH...
      kita dulu takda mall..Dapat pi pasar malam pun macam dapat pi rombongan🤣

      Delete
  5. Kalau ke pekan nat ni memang macam2 nak beli

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat jalan-jalan begini. Cuci mata bukan setakat di mall saja ka Mama Cella. Di tempat begini pun banyak godaannya hihihii. Petai tu... adussss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu...
      Boleh lari bajet juga la dibuatnya🤣

      Delete