Thursday, 15 September 2022

BUAH KANA KAMPUNG /BUAH KERANDA CINA

 Saya sudah lama merindui Buah Kana kampung yang pernah dimakan masa kecik-kecik dulu.Kalau dulu masa sekolah rendah kami pernah berebut mengait dan mengutip buah kana yang pokoknya tumbuh liar di tepi jalan.

Namun buah nadir yang satu ini sangat jarang ditemui.Pernah saya temui pokoknya di Tasik Permaiauri KL namun tiada berbuah.Hanya berbunga seakan bunga kemboja tetapi warna kuningnya sangat terang.


Namun,rezeki saya Allah kabulkan ketika ikut Achik hantar emak balik kampung kerana ada acara mengacau bubur asyura di Dewan Orang Ramai tajaan YB Suraya.


Dapat melihat,memegang dan mencicip semula Buah Kana yang sekian lama saya rindui.

Sedari kecil saya hanya kenal buah ni sebagai "Buah Ratna" ( macam nama orang pula)
Ada yang sebut
"Buah Kana"
Penduduk Kedah belah bandar saya tau  yang depa  panggil 
"Buah Keranda.."
( geli pula nak makan)
Ada juga yang panggil "Buah Keranda Cina"
(lagi la geli nak makan)
Hihihi...


Alhamdulillah dapat 3 biji buah yang belum matang dan sebiji lagi buah yang sudah masak kuning..


Buahnya berkulit segi-segi dan keras macam tempurung.Kena gigit untuk pecahkan tempurungnya barulah nampak isinya yang nampak seperti berulas dengan warna kuning kecoklatan.Gambar atas ☝️tu isi buahnya yang kulit masih hijau.Rasanya sedikit masam dan sedikit kelat.


Jom kita gigit pula buahnya yang bewarna kuning..Buah yang dah masak..


Isi buah yang sudah masak..


Warna isi buah kuning kecoklatan.Rasa buahnya sangat unik dengan gandingan rasa manis,masam seakan asam gambir atau lebih dikenali sebagai asam gambir/haw far flakes yang orang buat kek lapis tu.Rasa  dan bau isi buah kana masak pada lidah saya macam tu lah saling tak tumpah.
Saya hulur untuk Achik rasa.Terua ditolak tanpa ingin mencuba.Buka selera Achik.Pelawa Cella mencicip pun dia langsung tidak tertarik..
Alhmdulilllahhhh🤣🤣🤣🤣dapat saya makan sorang🤭


Sebenarnya pokok buah kana ni di kampung saya.Pokoknya memang tepi jalan tapi selama ini langsung tak perasan kerana bila lalu situ tingkap kereta bertutup.


Nak dijadikan cerita,masa ikut Achik hantar emak ke Dewan Orang Ramai kat kampung tu..Achik berhentikan kereta jauh sikit dari dewan betul-betul bawah sepohon pokok ni.Masa emak turun dari kereta...emak kutip sebiji buah kana yang kuning tu.Kata emak ada tupai jatuhkan dari atas pokok..


Apa lagi..melompat la saya terus turun dari kereta dan mencari-cari lagi buah yang gugur.
Sayangnya hanya banyak sisa-sisa kulit bewarna kuning yang kelihatan bertaburan di bumi.Pastinya rezeki cik tupai  la tu...
Untung tupai ,masih dapat makan buah kana ni.
Tak terfikir nak snap pic pokok,daun dan bunganya dengan jelas..

pic dari Google

Dari hasil Google saya dapat pic daun dan bunga dari blog fazlisyam.com.
Bunganya seakan bunga kemboja..daunnya juga seakan cuma daun kemboja lebih licin.
Dulu saya selalu berkunjung ke blog ni untuk melihat pelbagai tumbuhan kerana saya minat dengan pokok-pokok nadir.Saya pernah berangan nak tanam pokok-pokok nadir sekeliling rumah di kampung.Hihihi berangan tu percuma kan.


Rezeki hanya dapat buah hijau sahaja 3 biji dan yang dah masak kuning sebiji.Yang kuning tu hanya sebiji yang mak kutip tu sahaja .
Alhamdulillah..walau hanya sebiji buah masak..Cukup untuk menghilangkan kempunan dan  kerinduan saya pada buah kana.
Inilah buah kana inspire kepada BISKUT BUAH KANA YANG SANGAT NOSTALGIA....kat sini..
Puas hati saya dapat berkongsi BUAH KANA KAMPUNG ini dengan rakan maya saya..
Alhamdulillah..banyak be da dan perkara


UPDATE: 

3 Feb 2023(Jumaat)

Hari ini saya ikut Achik meronda kawasan taman perumahan @ Pendang..

nampak banyak pokok ni ditanam.sebagai landskap

Pokok Kana penuh...
Boleh lihat pokok,daun,bunga dan buahnya.Cuma sayangnya buah sudah hitam kering diranting.Tiada siapa yang berminat agaknya Kalau la di taman perumahan saya...dah saya usahakan untuk kait🤭



10 comments:

  1. Oh, sy tahu buah kana yg dibungkus2 tu jer. Masa kecik2 dulu, tahu buah letup2 aje, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..betoi..betoi...buah yang halwa dibungkus tu pun dipanggil buah kana..walau nama sama namun isi dan biji dua jenis buah kana ni berbeza..tapi warna isi dan rasa dia hampir sama la SK..Buah letup pun nostalgia tu

      Delete
    2. kecik2 dulu selalu makan buah keranda ni sbb ada pokoknya dkt rumah tok, pkoknya jenis besar mcm pokok balak tu, sedap kalau dpt yg dah masak..kami belah jitra panggil buah keranda

      Delete
  2. Wah tak pernah tahu kewujudan buah ni.
    Cantik bunganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada saja pokok ni ditanam terutama kawasan rekreasi sebab bunganya cantik.Lepaa ni kalau nampak pokok dan bunga macam ni cuba perhatikan kot ada buahnya..hihihi

      Delete
  3. Pertama kali tengok pokok buah kana ni. Masa kecik sy suka makan buah kana, yg warna hitam tu. Tapi tu yg kering, bukan fresh macam ni. Tak tau la sama ka dak dgn yg ni. Selain buah kana kering tu, ada juga asam katok :p MC tau kot asam katok tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..ya..betoi PH..
      Saya pun suka buah kana yang warna gelap bentuk bujur tu kan..Ada biji besar dalamnya kan sama macam bentuk macam biskut kana tu kan..

      Yang kana kampung ni isinya berbiji halus-halus macam biji-biji terung..
      Tapi rasa isinya tak tumpah rasa asam gambir yg buat kek lapis asam manis tu.Mungkin ada buah ni belah Baling tapi mungkin orang panggil nama lain agaknya..agaknya la🤭

      Delete
    2. Asam katok pun nostalgia PH..🤭
      makan sampai belemoih 🤣
      Masa pi pekan Rabu Alor Setar pernah beli..tapi tetib dah tak lalu nak masuk mulut..dia mai rasa lagu mana taktau🤣

      Delete
  4. Macam tak pernah jumpa buah kana ni
    Kecik2 dulu, buah kana jajan tu sukalah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak semua tempat ada pokok ni atau mungkin juga tak semua orang tahu buah ni boleh makan sebab kulit dia memang keras macam kayu

      Delete