Untuk makanan nostalgia saya kali ni...
Dulu zaman kanak-kanak hingga remaja,kami jarang makan kentang.Kedai kat kampung tiada yang jual kentang.Kat pekan nat pun jarang jumpa kentang.
Kalau masak sup atau kari, tidak kira untuk juadah sendiri atau kenduri kendara...ubi keledek itulah "kentang" kami.Agaknya sebab tu omputih panggil sweet potato...🤭🤣
Kalau kari ayam + keledek...kari daging +keledek..kari ikan + keledek adalah lauk kebiasaan waktu kenduri kesyukuran dan juga kenduri kahwin.
Sup Daging + Ubi Keledek.
Daging segar pemberian Pakcik masa balik kampung dua minggu lepas.Asal balik kampung,Pakcik pasti akan beli sekilo dua daging lembu segar atau daging kerbau untuk kami bawa balik KL..
Kali ni dapat 2kg🤭
Achik dah beli sekilo..Pakcik tambah lagi sekilo..Sikit saya dah masak kicap kat sana dan bakinya bawa balik KL..
SUP DAGING + UBI KELEDEK
¼kg daging- hiris
1 ketul.keledek oren
1 sudu rempah soto
( boleh ganti serbuk rempah sup)
1 bawang Holland
5 bawang putih
1 ketul halia
5 cili padidaun bawang+ daun sup dan limau nipis
sikit minyak
1. Panaskan minyak dan tumis daging hingga berubah warna.
2. Masukkan air anggaran 4 cawan dan renih bersama bawang holland,bawang putih dan halia hingga daging empuk.Masukkan rempah soto/rempah sup.
3. Tambah keledek dan terus masak hingga keledek empuk.Masukkan juga cili padi ketuk
4. Perisakan dengan garam dan dan perahan jus limau nipis.
5. Sesuaikan rasa
Sup daging + Ubi Keledek adalah masakan yang biasa dimasak orang kampung saya dan beberapa kampung sekitar terutama ketika Raya Qurban.Ada sup jenis tumis dan ada yang menyediakan sup versi rebus bersama hirisan bawang,serai,lengkus dan halia sahaja tanpa rempahan lain dan tanpa tumis.Sup jenis rebus tanpa tumis itu biasanya dihidangkan dengan air asam kerisik atau air asam tomato.Daging lembu segar bersama tulang lembu dimasak bersama ubi keledek untuk memberi rasa kuah yang sedikit manis dan berperisa tanpa menggunakan serbuk perasa.Biasanya keledek oren digunakan.Saya tak pasti kenapa keledek oren menjadi pilihan sama ada kemanisannya atau warnanya yang menarik.Yang pasti menghirup sup daging dan makan keledek tu sudah cukup mengenyangkan..
menariknya. nampak sedap =D
ReplyDeleteCuba la..mana tau kena dengan selera
DeletePakcik dan Achik selalu jadi inspirasi sy utk sentiasa berbuat baik dengan adik-beradik. Seingat sy, sejak TTK dulu, selalu cerita tentang kemurahan hati pakcik dan makcik. Tapi tu la, sy belum lagi mampu sampai jadi macam depa yg tersangat baik dan pemurah.
ReplyDeleteOh, cakap pasal keledek, sy pulak sebaliknya. Tak pernah masak kari atau sup letak keledek. Nanti nak cuba la, kot2 orang Kedah kat rumah tu suka, hihi.
Alhamdulillah ..
DeleteWalaupun mereka juga bukanlah sempurna tetapi saya juga banyak mengambil contoh yang baik drpd mereka.walaupun sy kakak tapi sy blm mampu memberi contoh yang baik🙈
Hahaha..kalau PI tanya resipi dari negeri mana..saya tak bertanggungjawab🤣🤣
Sedapnya...cuma x pernah lagi la campur keledek..boleh la cuba nanti...
ReplyDeleteCuba la kot-kot sesuai dengan tekak🤭
Deletetak pernah dana masak sup, kari dengan ubi keledek kak. Tapi kalau masak lemak putih biasa campur keledek, mesti sedap kan kuah sup tu ada rasa manis dari ubi keledek tu. Nak cuba lah nanti
ReplyDeleteBetul..
Deletepenggunaan keledek untuk dapatkan rasa kuah yang sedikit manis semulajadi
wah..mcm sedap je bunyi nya,... mlm semalam makan sup cendawan, time batuk2 n x sihat ni..sup panas memang layan je
ReplyDeleteSup cendawan pun sedap baik yang jernih ataupun pekat cicah garlic bread tu
DeleteSuka baca tentang hubungan baik umi cella dgn achik & pakchik.. bkn sllu dpt jumpa hubungan baik yg mcm ni.. untung byk dilahirkan dlm fmly umi cella.. mg hubungan baik itu kekal sampai syurga.. aamiin.. 🤲
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteAmiinnn atas doanya...
Semoga semua rakan-rakan maya juga dikurniakan segala kebaikan yang didoakan ..
Kami panggil ubi keledek ni ubi ketela MC:)
ReplyDeleteSedap dibuat masak sup @ kari tapi suami & anak2 tak gemar sebab dah terbiasa dgn kentang. Sy pula suka sebab rasanya manis-manis tu
Betoi PH ..
DeleteDulu-dulu pun kami pakat panggil "ubi tela"..La ni ja pakat sebut ubi keledek🤭
Tentu tentu lah enak rasanya manis Dari keledek Dan air daging TU....org utra kadang buat gulai pun campur keledek...
ReplyDeleteBetoi...
DeleteKalau kat Sik...kenduri menu semua sedap
Mesti sedap berganda ni Mama Cella. Biasanya kalau campuran dalam sup yang ada rasa manis seperti keledek, memang hasilnya ...uummpphh!
ReplyDeleteTeringat sup ceker ayam cikgu yang beraroma
Deletesemoga dimurahkan rezeki Pakcik tu...
ReplyDeletetak pernah makan keledek jadi sup..biasanya jadi kuih je