Minggu ni agaknya tema makanan nostalgia dan makanan kampung kot..hihihi
Hari ni masak pucuk mengkudu hutan.
Mengkudu hutan ni jenis tumbuh liar dan daunnya lebih kecil serta lebih pahit.Sejenis lagi mengkudu yang berdaun lebar dan buahnya besar tu kurang sikit pahit.Ada lagi sejenis mengkudu yang daunnya hijau kuning tu namanya mengkudu Siam.Yang tu lagi sedap katanya ..Tapi saya selalu petik mengkudu hutan ni...sebab ni saja yang ada kannn..hihihi
Tapi pokok mengkudu hutan ni kat bandar tumbuhnya...hihihi..
Dah dua hari security guard tu pesan saya suruh petik pucuk mengkudu kat depan tu.Katanya pucuk tengah elok.Dia nak tolong petik hari Jumaat tu tapi saya cakap nanti dulu takut saya tak sempat nak masak.Nanti hari Sabtu saya akan datang petik.Depa tahu saya suka petik ulam mengkudu & ulam pucuk samak depan pondok jaga tu.Asal ada pucuk muda saya akan petik.Kadang guard @ clener petik kantan,serai,pucuk ubi bagai dan depa letak saja atas bonet kereta saya.Alhamdulillah,rezeki saya tak tolak.Mungkin sebab tu depa suka bagi kat saya...
Ceritanya semalam terlibat meeting AJK Ceramah Perdana.Ros & Azizi juga terlibat dalam meeting tu.Masa nak balik,saya cakap saya nak petik pucuk mengkudu hutan tu.Depa pun join tolong kutip untuk saya.Ros siap berselfie lagi...saya & Azizi termasuk sekali sebab kami dua tak pandai nak ambil gambar selfie..tumpang orang ambil..boleh la...hihihi
Pucuk mengkudu hutan
Hari ni untuk lunch,saya memang dah plan nak masak pucuk mengkudu tu.Zaman kanak-kanak tiada yang suka daun mengkudu kot rasanya..termasuk la saya..
Dah berumur ni suka pula sayur-sayur pahit..
Katanya mengkudu hutan banyak khasiat..
Antaranya KHASIAT MENGKUDU HUTAN...saya jumpa kat sini...
Walllahua'alam...
PUCUK MENGKUDU MASAK LEMAK PUTIH
2 cekak pucuk mengkudu
1 kotak santan
sejemput ikan bilis bersih
1/2 bawang besar - hiris
1 cili merah
1 sudu teh garam
1. Hiris kasar pucuk mengkudu & celur 5 minit.
2. Masukkan pucuk mengkudu bersama 1/2 santan & 1/2 cawan air,bilis,bawang,garam & cili.
3. Bila mendidih & pucuk mengkudu lembut lembut,tambahkan santan pekat & biar mendidih sekali sahaja.Sesuaikan rasa & siap
Gu dia...Ikan pekasam goreng dan tempe goreng..memang lauk mak-mak saja hari ni sebab lunch sengsorang..
Biasa la weekend kan...
Saya memang malas nak gerak ke mana-mana.Rasa nak menikmati weekend dengan makan dan tidur sahaja..hihihi
Tak lengkap masak lemak putih kalau takda ikan masin dan sambal belacan..Ikan pekasam kira ikan masin la kan...
Kerana malas nak menumbuk sambal belacan...saya cedok Sambal Nyet Berapi yang Adah beli beberapa minggu lepas..
- Sayur lemak putih pucuk mengkudu
- Ikan pekasam goreng
- Tempe goreng
- Sambal nyet berapi
Alhamdulillah. Tahniah Mama Cella sebab sering kongsi pelbagai informasi masakan dari bahan yang hampir dilupakan, hampir pupus ditelan masa. Semoga blog ini akan dijadikan rujukan oleh generasi muda dari semasa ke semasa agar tidak lupa makanan / masakan tradisi.
ReplyDeleteSekadar makanan dan info kampungan ikut pengetahuan dan pengalaman saja cikguđ¤
DeleteOh, sy tak tahu pucuk mengkudu boleh makan juga jadi sayur. Sayur masak lemak macam ni, memang sy tak menolak.
ReplyDeleteKalau pucuk mengkudu Siam katanya lagi sedap.mengmudu siam tu kat Malaysia ni banyak ditanam sebagai hiasan landskap saja..
DeleteSedangkan orang Thai depa makan jadikan sayur
alamak saya terliurrr. hahahahha. skrng ni pantang tgk makanan sedap, semua nak >.<
ReplyDeleteNi kalau ada dekat boleh ajak buat lawan makan...hihihi
Deletememang lauk mak mak sgt ni...budak2 sekarang mana nak makan ni...
ReplyDeletekena plak ngan ikan pekasam tu..memang dapppp
tu la...
DeleteTapi namti depa dah tua agaknya depa akan suka kot..hihihi