Tuesday, 11 August 2026

IKAN BAUNG MATI SEKOLAM...

Pagi ini,kat tempat kerja,kami dikejutkan dengan berita sekolam ikan baung mati..Ikan baung ini bukan hasil ternakan saya tapi hasil ternakan Bayu dan Namota.Saya masih lagi dipertanggungjawabkan di Laman Habiscus bersama Shidah..Begitu juga yang lain ada kawasan sendiri yang dipertanggungjawabkan termasuklah ,tanaman cili,kangkung dan juga ternakan

Ikan-ikan baung ni menurut Namota berumur sekitar 4 bulan.Dah beratus ringgit melabur untuk makanan sahaja..
Asalnya pagi tadi saya dah lalu tepinkolam tu tapi tak perasan pulak ikan ikan tu mati.Mungkin sebab saya tak toleh kiri kanan dan dalam masa sama saya jalan laju nak kejar masa.Saya plan hari ni nak grounding dalam 1 jam hari ni.Kebetulan jiwa tengah serabut dan tidak gembira.Rasa rindu nak pijak bumi dsn rumput yang masih dibasahi embun untuk menyalirkan rasa negatif ke bumi dan dalam masa sama untuk mengembalikan aura positif.

Lepas grounding tetiba nampak dalam group ...beritahu sekolam baung sudah tidak bernyawa .Air kolam berbuih..ikan ikan ada yang terapung dan kebanyakan tenggelam ke dasar
Ada yang mengandaikan itu dan ini..Tapi Bayu cool sahaja menacari punca & katanya paip filter untuk air masuk  tercabut...Makanya air tapis dah keluar tapi air yang masuk adalah air berklorin kerana filter tercabut..


Melihat sususan bangkai ikan baung yang menunggu masa untuk sesuai dituai..rasa insaf dan sayu.Saya yang memandang rasa begitu,apatah lagi mereka yang setiap hari memberi makan dan menguruskan kolah ikan baung ni.Walau tidak menguruskan kolam ni..tapi kolam ni antara terapi saya setiap hari...Melihat baung berenang  bernaung dibawah kumpulan pokok kiambang sangat mendamaikan..




Kini kolam baung dah tidak berolak lagi....Hanya tinggal kolam puyu menanti masa untuk dituai...Semoga Allah gantikan dengan hikmah ...





 

Sunday, 9 August 2026

RANDOM PHOTO

 

Setalam ulam....ada timun,kacang panjang,ulam raja dan daun selom






Tengok dalam group komuniti kampung mak...depa buat kenduri kesyukutan..Masak.nasi kawah,gulai ayam...ikan masin,ulam dan cabai(sambal belacan)



Pokok mulberry..Cella kata dia nampak ada banyak kat UPM ...dia tanya buah ni boleh makan ke?

Tentulah boleh!

Pokok ni kan makanan utama ulat sutera.Kalau ulat boleh makan...manusia pun boleh makan.

Pokok mulberry ni dulu zaman sekolah tahun 80-an  sangat falimiar dalam buku Ilmu Alam darjah 6.Kalau tak silap tajuknya: Perternak Ulat Sutera di China..soalan favourite dalam periksa penggal ialah : Apakah makanan utama ulat suter?

Cuma masa tu takda internet bagai nak rujuk..hanya berpandukan buku teks semata nk tengok gambar ulat sutera dan pokok mulberry



Pokok terung pipit.Achik snap.pic pokok ni tepi rumah mak kat kampung & post dalam group family...

Kata PH kat tempat dia di Baling depa panggil " terung ceweng" Kalau kat kampung saya dipanggil " Terung Belanda" .Taktau apa kaitan dengan Belanda..Tapi selain buat ulam & sambal..masa zaman kanak-kanak terung belanda ni dijadikan peluru senapang mainan yang dibuat dari papan dan kayu.




Makan nasi kat kantin tempat kerja ..Selama setahun ++ kat tempat baru ni ,hanya beberapa kali pi makan nasi kat kantin tu.Selebihnya kami memang pakat bawa bekal & makanan kat pantry tak pernah tak ada...

Ni saya makan nasi putih + sambal tempe RM6.Ulam pucuk mulberry tu saya petik kat tepi pagar jer...hihihi


Tengok kat group komuniti kampung mak....Mak Njang Ida open order buah tampoi 3kg RM10....sekejapan sold out.Kalau saya ada kat kampung,saya pun akan order ni...Buah yang dah payah nak dapat ni



Semalam Sabtu...Achik share gambar ni..Achik bawa mak makan kenduri kahwin kat Kampung Pokok Asam.Menu kenduri yang nostalgia dan pelaminan gaya 80-an..

Zaman saya sekolah rendah dulu...kalau orang kenduri kat kampung kami dan kampung sekitar...macam ni la pelaminnya kat luar rumah.Pengantin akan duduk atas pelamin ringkas ni sambil.ada persembahan silat dan gendang keling.Yang  kaya sikit akan ada pelamin cantik dalam rumah..Tapi kebanyakan pelamin ringkas macam ni lah...


Segugus sorgum.Tahu sorgum?

Saya memang suka info berkaitan pertanian dan flora serta fauna.Saya kenal ini sebagai pokok sorgum.Sorgum ni boleh dimakan oleh manusia dan haiwan.Boleh proses buat tepung tanpa glutin dan boleh masak makan macam makan nasi 

Saya jumpa pokok sorgum ni tumbuh sesat kat belakang reban ayam kat tempat kerja.Beberapa hari lepas ada group Laman Hijau share tik tok tentang  tanaman sorgum ni kat Trengganu.Depa ajak tanam.Saya share video dan gambar sorgum yang kat belakang reban tu.Saya snap gambar ni bulan lepas rasanya.Tapi big bos kata  mana mungkin itu pokok sorgum..Saya dah tidak respon lagi kerana tak nak berdebat walaupun saya yakin itu adalah pokok sorgum.Tumbuhnya mungkin kerana ada benih tersesat dalam dedak makanan ayam kat reban tu.Tapi bila big bos kata mana mungkin...kita diam sahajalah...Lebih malang lagi beberapa hari lepas pokok sorgum tu dah innalillah dimesin oleh pekerja kebersihan...Tak sempat nak ambil benihnya...



Projek baharu Laman hijau.Macam biasa Bayu lah orang kuatnya....dibantu komuniti Laman Hijau yang lain Saya ahli juga tapi ahli menyibuk sahaja🤣🤭....Kita kan beginner..slow slow la kan...hihihi.Pokok pokok terung ungu yang selalu saya post beberapa bulan lalu dah dobersihkan dan digantikan dengan tanaman cili..Minggu lepas para juri dari MAHA data g buat penilaian...Mereka semak akaun jualan dan juga lawatan kebun.Bayu sampai demam demam memastikan kebunan terbaik untuk.penilaian. Alhamdulillah Laman Hijau layak keperingkat seterusnya..

Nanas ..Antara yang Bayu tanam dalam pollybag dah mengeluarkan hasil ..



Dulu tebu tu hanya sebatang dua...sekarang dah berumpun...Dah beberapa kali saya tumpang makan tebu ni bila Bayu tebang .Setelah sekian lama tak merasa makan tebu murni...kini dapat merasa semula.Walau risau gigi dah kirang kalsium tapi tetap gigit dan kunyah serta telan airnya demi sebuah kenangan dan nostalgia...Pastu batuk seminggu kesan hampas tebu!🤣🤣🤣..padahal dulu dulu takda hal punya...hihihi



Pic dari Achik....coq peniram...ada panggil kuih cincin...ada panggil coq lubang dan ada juga panggil coq telinga keling.Tapi kalau kat kampung kami yang lubang satu tu kami panggil cucur lubang..Yang ni kami panggil cucur lubang 4.

Lori tanah..

Ni kat perumahan kami sekarang tengah rancak tebang pokok dan tambun tanah nak buat parking lot.Bila tengok lori tanah kepala merah ni akan terbayang zaman 80-an .Tak tau kenapa kalau nampak lori kepala merah ni auto ingat zaman 80-an.




Wednesday, 5 August 2026

BUAH JENTIK & NOSTALGIA

 Saya antara orang yang suka sangat mengenang cerita cerita dan kisah kisah lama .Rasa bahagia bila mengenang kisah lama.Tidaklah ingin kembali lagi ke zaman lampau tapi mengenang kisah lama mendatangkan kebahagiaan.

Baru baru  ini bila scroll Tik Tok (TT) nampak ada orang jual buah jentik...

Masyaa Allah...hati bagai turut dijentik kerana buah jentik ni antara buah yang ada kenangannnya di zaman lampau.Memang susah dah nak jumpa krang jual buah jentik walaupun di kampung Ini kerana buah jentik ni dah tergoling antara buah nadir(buah yang hampir pupus)


Buah Jentik in the house..


Saya beli buah jentik di platform TT pada minggu lepas.Selang dua hari parcel buah jentik ni sampai.Gembira hati berbunga bunga.Sangat bersyukur kerana tidak menyangka saya masih dapat menikmati buah jentik ini lagi.Kali terakhir menikmati. uah jentik ni dah hampir 10 tahun rasanya..Itupun dapat rasa sebab balik kampung kebetulan pada musimnya dan mak beli simpan semata umtuk saya kerana mak tahu saya menyukai buah biahan nadir ni.
Lepas tu memang dah lama la tak jumpa lagi buah jentik ni..



Hinggalah minggu lepas nampak live kat TT ada saler dari Baling Kedah open order buah jentik ½kg RM9
Tak tunggu lama terus order..
Dua hari kemudian selamat sampai

Membuka parcel buah jentik ni bagai membuka lembaran nostalgia zaman kanak-kanak dulu...

Di kampung saya ada sebatang pokok jentik sebesar 2 pemeluk dewasa di simpang tiga jalan berhampiran rumah Ton Mat Khirk.Pokok jentik besar tu dah berpuluh tahun  tumbuhnya didalam tanah milik Tok Daim.Tapi dek pokoknya di tepi jalan maka,setiap kali tiba musim buah jentik masak,kami yang kanak-,kanak ni akan sentiasa menanti buahnya.Dikernakan pokoknya yang tinggi melangit,maka kami mengaharapkan tupai dan lotong menjatuhkan tangkai tangkai buah jentik yang keorenan tu.Biasanya tupai dan lotong akan lebih dulu tahu buah jentik masak.Mereka yang akan berkenduri sakan atas pokok tu.
Kuasa Allah menjadikan pokok jentik ni walau jarang jumpa pokoknya tetapi kalau sekali berbuah,sepokok tu memang berpikul-pikul ( ukuran lama pikul sudah diganti metrik tan) Sepikul bersamaan 100kati.1 kati lebi kurang 600gm..So,darab lah sendiri🤭
Kalau sekali berbuah memang tak nampak daun..hanya nampak buah jentik berjulai julai macam buah rambai tapi berwarna orwn dan lebih kecil dari rambai 

Ketinggian pokok tu tidak.memungkinkan untuk dikait dengan galah.Satu-satunya cara menuai buah jentik ni adalah dengan memanjat pokoknya.Bukan semua orang berkemahiran memanjat pokok sebesar balak dan setinggi bangunan empat tingkat tu.Biasanya tuan punya pokok akan upah orang panjat pokok tuai buah jentik.Tukang panjat akan bawa naik baldi yang diikat tali panjang  ke atas pokok.Buah yang dipetik akan dimasukkan dalam baldi dan hulur ke bawah guna tali panjang tu untuk elak buah rosak.Kat bawah pokok tuan pokok la akan tunggu dan sambut baldi buah dan susun dalam raga sebelum dipawa ke pekan untuk dijual.Kalau buah yang orang oanjat tu tak berani la kami nak minta setangkai dua...Kerana itulah kami yang kanak kanak ni amat mengaharapkan jasa baik tupai dan lotong untuk menjatuhkan barang setangkai dua buah jentik yang lebat tu.CmKami memang akan melalui simpang tiga yang ada pokok jentik tu kernaa itu memang laluan kami berbasikal ke surau untuk ngaji qur'an lepas balik sekolah kebangsaan
Dulu kami takda KAFA tapi kampung kami kerajaan sediakan juga kemudahan lanak-kanak ngaji qur'an tajwid.Ada ustaz dari kampung sebelah datang ngajar kat surau kampung kami iaitu Surau PAS.Kalau yang dah pernah baca catatan saya dalam blog ni pasti tahu kampung saya ada dua surau iaitu Surau PAS dan satu lagi Surau UMNO...(Tapi tu kisah lama zaman 70-80-an dulu la..)

Pokok jentik tu juga menjadi meet point bagi sesetengah penduduk.Contoh berjanji nak ke mana mana ..pokok jentik tu menjadi penanda tempat menunggu keranan letaknya di simpang jalan utama.

Musim kemarau...bawah pokok jentik tu adalah port gerai ais kacang.Ais kacang tu kalau sekarang disebut ABC.Dulu dipanggil ais kacang kat kampung kami seban bahannya hanya air yang disagat menggunakan mata pengetam kayu( boleh google ais kacang/cendol zaman dulu).Yang uniknya waeung ais kacang ni hanya timbul bila masuk musim kemarau bermula bulan Disember hingga bulan Mac.Masa tu iklim Malaysia masih konsisten..Bila musim kemarau yang juga disebut musim angin timur dah tiba akan nampak lah Man Tok Chat akan baikinwarung ais kacangnya bawah pohon jentik tu...Atap rumbia untuk kawasan pantrynya manakala tempat duduk pula dibuat bangku panjang dan meja panjang menggunakan anak anak kayu dan batang kayu bulat.Ada la beberapa set kerusi meja kayu tu bawah pokok jentik.Keruai meja ni open air takda bumbung sebab musim kemarau hujan tak turun.Hanya mengharap teduh panas dari bayang pokok jentik yang rimbun menjulang tu sahaja.

Ais kacang pun simple sahaja.Ais sagat + kacang merah rebus,sikit jagung krim dan sirap merah serta sirap gula melak.Diakhiri sikit siraman susu pekat.Jangan pelik kerana ais kacang ni tak hidang dalam mangkuk ,sebaliknya dalam gelas...hihihi.
Kalau yang nak air sirap pun ada tapi disebut " ais manis " ada juga sebut ais katuk.Sebabnya air airap ni dibancuh menggunakan sirap merah dari ais kacang tu dan ketulan ais phla adalah dari sisa ais yang dah tak boleh nak sagat sebab dah kecil.Maka ais ais tu la dikatuk( ketuk) dengan spana dan masukkan dalam gelas+ sirap merah & air.

Yang berada sikit boleh la minum air menet(lamonet) dalam botol.Ada pilihan oren,aiskrim soda,sarsi dan air lamonet warna putih..Dulu kami sangkakan tu air tepung...Dah dewasa baru tau tu air kacang soya🤭🤣

Tiap kali kalau balik kampung kena pula musim kmarau...bila melalui simpang tiga pokok jentik tu,pastinya bayangan masa lalu akan terbayang dimata..Walau landscape simpang 3 tu dah berubah,pokok jentik besar sudah lama hilang hayatnya diganti  kebunan durian musang king,namun bayangan warung ais kacang Man Tok Chat masih jelas dalam ingatan.


Saya cuba beri gambaran tu bersama gambar buah jentik yang saya beli ni untuk di Ai kan...
Namun kurang menepati suasana kerana pokok jentik yang dalam bayangan tu tinggi menjulang..
Saya cuba lagi...


Akhirnya dapat lah  sekitar 80% ketepata suasana tu...Lagi 20% tidak tepat pada bahagian jalan tu ..Jalan tahun 8p-an di kampung saya hanya lorong tiada tar.Kalau sekarang ya dah da mini tar.
Lain lain tu hampir menyamai lanscape warung ais kacang Man Tok Chat  bawah pokok jentik Tok Daim di simpang tiga jalan dekat rumah Ton Mat Khirk....
Tapi harga yang terpaoar pada warung tu harga tahun 2000-an tu ..
Zaman saya sekolah rendah ais kacang sagat yang Man Tok Chat jual sekitar  20 sen sahaja.20 sen pun besar nilainya...Air lamonet botol tu baru 15 sen hingga 30 sen sebotol.Botol kaca tu pun boleh jual semula kat Keling Botoi yang akan masuk kampung seminggu sekali.Sebiji botol  boleh jual dengan harga 5 sen.Tin minyak masak segelen tu Keling Botoi amik dengan harga 20 sen...Kasut sandle yang putus pun jual laku yer...sebelah 5 sen...tapi selipar Jepun pulak,taktau pasai pa  Keling Botoi takmau beli...hihihi


Teknologi dan pembangunan ..kadang menghilabgkan  masa lalu...Namun kadang kalau kena caranya...teknologi juga mampu mengembalikan masa lau...🤲

Monday, 3 August 2026

ULAM REBUS CICAH AIR ASAM CABAI PICIT

 Cuti weekend semalam.Tekak.ni rasa nak sangat makan ulam rebus cicah air asam cabai  picit..


Ni la air  asam cabai  picit saya buat semalam...
Bukan susah pun nak buat air asam cabai picit ni...

AIR ASAM CABAI PICIT
10 cili padi hijau
5 cili padi merah
1 ketul belacan  sebesar ibu jari
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil garam
Secubit gula


1. Cili hijau,cili merah,belacan dan garam ditubuk .JANGAN tumbuk halus tapi tumbuk sekadar pecah -pecah sahaja.

2. Masukkan  pes asam jawa + ¼ cawan air ,secubit gula & gaul rata 

3. Gaul rata  dan sesuaikan rasa. Hidangkan dengan ulam rebus.

*Kalau ikut cara asalnya semua bahan tu tak ditumbuk sebaliknya semua bahan  dimasukkan dalam mangkuk dan cabai tu diparah patahkan dan dipicit picit sahaja




Saya rwbus pucuk ajinomoto a.k.a pucuk chaya, rebus terung siam dan juga cendawan sebagai ulam..

Pucuk chaya tu saya beli kat pasar...Pucuk chaya  ni saya baru ja kenal sejak setahun dua yang lalu..Sebelum ni selalu twngok gambar ja dok ingat pucuk betik...Rupanya sedap pucuk chaya ni lagi berbanding pucuk ubi...


Terung  Siam tu pun beli...Dulu-dulu zaman kanak-kanak selalu makan lauk ulam rebus ni.Macam macam pucuk dan ulam kampungmak rebus buat ulam makan ngan air asam cabai picit ni.Antara yang mak selalu rebus,terung bulat,kacang panjang,pucuk letup dan pucuk ubi gajah. Kalau kebun baru dibersihkan,pokok letup memang mudah tumbuh meliar.Pucuk letup tu kalau kita petik dia ada rasa macam berminyak sikit daunnya.Pucuk ubi gajah tu pulak biasanya orang tanam kat tepi telaga buat teduh.Sebabnya pokok ubi gajah ni pokoknya mudah tumbuh merendang dan swntiasa berpucuk.Pokoknya tidah berubi swbaliknya berkayu  boleh memebesar  merendang macam pokok rambutan.Pucuk dan bunganya biasanya kami petik  dan rebus buat ulam.Bunganya  macam bunga pokok ubi kayu tapi sangat lebat dan berbau harum serta menjadi tempat lebah menghisap madu.


Selain ulaman rebus dan air asam cabai picit tu,saya juga goreng ikan lengat untuk gu dengan ulam rebus dan air asam cabai picit tu..Tapi gambar tak termasuk pulak..hihihi



Goreng juga ayam untuk orang orang muda yang tak berminat nak makan ulaman tu.





Lepas makan nasi...ulang ulang cium tangan.Dah basih sabun bagai ...bau masih melekat🤣

Saturday, 1 August 2026

SEPIRING PULUT KUKUS IKAN LENGAT GORENG BERSAMA SECAWAN KOPI O PANAS


 

Sebagaimana tajuk ya,begitulah yang saya makan tadi.....

Dah agak lama tak makan pulut....Biasanya,dalam sebulan ada beberapa kali saya akan masak pulut.Namun kebelakangan ni agak lama saya tidak masak pulut...Rasanya mau juga dua bulan dah...Tapi dalam masa sama bukan la tak makan pulut.Masih makan cuma tak sempat nak masak.Ada la sekali dua beli pulut inti...pulut panggang dan paling terbaru...minggu lepas la makan pulut kuning beli kat rotikitab@shahalam tu..


Hari ini saya tidak ke Shah Alam..

Breakfast...lunch...tea & dinner kat rumah jer hari ni...

Teringin nak makan pulut kukus gaul kelapa & makan dengan ikan lengat goreng...Gu dengan kopi O panas...Minggu ni dah 3 cawan kopi O saya minum..Tahu jer kesannya akan berdebar sepajang hari tapi minum jugak...Akibatnya malam susah nak tidur dek rasa gelisah dan berdebar...Tapi sendiri tanggung la kan....hihihi


Saya rendam pulut dalam ½kg sahaja dan kukus.Kelapa putih tu pun kukus sekejap gaul sikit garam.Ikan lengat tu  saya buat beberapa hari lepas.Beli ikan selayang +-1kg & lengat bersama garam,sikit gula melaka &  asam keping banyak-,banyak..Pastu maaukkan dalam bekas simpan dalam peti ais.Nak makan tinggal goreng jer...Tu yang buatkan teringin nak makan pulut dengan ikan lengat goreng tu...




Comfort food dan juga makanan nostalgia bagi saya...Membezar bersama makanan ni ..Sekarang menua juga bersama makanan. ni...

Hihihi
 

Tuesday, 28 July 2026

SARAPAN @ rotikitab SHAH ALAM

 Semalam Ahad,saya bersama Adah,suaminya dan Sarah...bersarapan @ Shah  Aley

🤭😄

Haaa......dah name pun Shah Aley key..Rasa mace sep kito jange pecoh🤭


Roti kitab vs kopi O kampung untuk saya
Roti kitan RM5.30
Kopi O kampung RM1.90


Adahakan Laksam
RM7.80


Suami Adah juga pesan roti kitab RM5.30


Sardin Roll...RM3.30/3pcs

Pulut pagi lacang merah bungkus daun pisang RM3.50
Tapi yang ni manis sangat sebab kacang merah tu dia guna pes/ filling.Kan biasanya orang Kelantan guna kacang  merah biji biji tanpa gula kan....Tapi ada je pilihan  pulut pagi dalam bekar clear tu yang letak kacang merah biji.Cuma saya yg pilih daun pisang ni sebab macam nak aroma daun.Na ti 



Juga beli
Nasi Berlauk Ikan Gulai RM7
Nasi Kerabu Ayam Bakar RM7.50
Pulut Kuning Rendang Ayam RM5.50
Pulut Lepa Bakar RM2.50( macam put panggang tapi inti ikan )



Minuman milo air 2- RM 7



Kalau datang sini memang rambang mata wei...!
Makanan ni ada yang mereka bawa terus dari Kelantan ( taktau la. y flight @ by bus)

Ada juga makanan yang pembekalnya dari sekitar Lembah Klang ni

Kat resit  dan kat bungkusan tu ada tulis


Semua rasa nak ambil...hihihi


Next time saya nak try Nasi Tmpang pula



Makanan lain juga
Konsep dia ..

1. Ambil bakul yang disediakan
Beratur

2. Pilih makanan apa yang nak ambil.Semua makanan  siap bungkus
( kecuali roti kitab & minuman)

3. Dah siap pilih gi kaunter buat bayaran dan order minuman(kalau nak order roti kitab juga kat kaunter

4. Akan dapat (ala lupa nama alat apa tu yg kalau pesanan air dah siap dia akan berbunyi ) lupa pulak nama alat tu🤭

5. Duduk di meja..tunggu alat tu bunyi untuk pi collect minuman kat kaunter



Cawan dia ala kopitiam.


Resit dah comot momot Sarah buat main.
Simpan sini untuk rujukan saya dan juga sesapa yang nak cuba ke sana ( iklan percuma🤭)


In shaa Allah akan datang lagi... 💕 makanan kelantan kat sini sebab sedap.

Kami pergi weekend (Ahad) agak ramai beratur mungkin sebab kami sampai sekitar 8.30 macam tu...Kena tunggu meja.
Tapi masa nak balik sekitar pukul 9.30 orang dah reda...

So,next time kalau weeked mungkin kena lagi awal atau pi lewat sikit.Tapi kalau lewat takut makanan pula banyak habis

Mungkin kalau weekday lalu sini boleh singgah

Sunday, 26 July 2026

RANDOM FOTO


Bunga apa taktau nama..Warnanya ceria...Mekar sepanjang masa menghiasi tangga bangunan trmpatbkerja..




 
Dulu dulu zaman kanak kanak selalu ada teka teki.
Atas pokok ada buah
atas buah ada pokok
Pokok apakah?
Hehehehe



Bayu kembali bz sebab meeting Seri Nan Hijau baru ni  big bos ada bagitau bulan Ogos ni kan ada MAHA.
Khabarnya pihak MAHA akan bertandang ke tempat kerja kami.Ada beberapa bahagian dan perkara mereka nak tengok ...
Kebanyakan kebunan baru dibersihkan untuk tanaman baru...time ni pula MAHA nak datang..Kalau depa bagtau awal boleh lah buat persediaan sikit sebulan dua yang lepas..Ni nak dijadikan cerita tanaman keledek berlaku kejadian tak diingin..Nanti kongsi kemudian apa ceritanya...







Homemade kerisik...
Time saya rajin la ni...
Ada stok 4 biji kelapa parut dalam freezer..
Makan ruang nak simpan benda lain.Kita defross...sangai dan buat kerisik..dapatlah ½ balang panjang tu



Kalau tak salah,1st time saya makan pizza sekitar hujung 90-an.Itu pun masa tu makan Shakey's Pizza..Taktau la sekarang brand ti ada lagi ke tidak.
Bila kali pertama anda makan piza?


Kacang mata hitam
Kami panggil kacang ketupat .
kat kampung saya kacang ni hanya digunakan untuk bahan tambahan dalam ketulat palas.Tapi mak saya tak pernah maaukkan sebab kata mak akalau ketulat kacang mudah  basi berlendkr..
Ni saya beli masa nak masak bubur asyura minggu lepas..


Nasi lemak bungkus..RM1
Hampir setiap hari beli ni...
Pasti kalut kenapa tak kurus🤭



RM10.00
Kalau zaman saya kanak-kanak dulu not  RM10 ni disebut dan ditulis sebagai $10.00 sebelum diperkenalkan RM 
Nilai pun tinggi masa tu..
awal tahun 80-an kalau $10.00 ni bersamaan  5 bulan punya duit belanja sekolah....
Sehari 10 sen...sebulan lebih kurang $2.00.
So,$10 boleh buat belanja sekolah 5 bulan...haaaa sekarang budak sekolah rendah pun RM10.00 ni belanja sehari sekolah sahaja


Daun kari...
Ety pangkas pokok kari ni letak kat pantry & sapa nak amik silah amik..
Kalau kat kampung dulu dulu kami panggil daun karipolley...hihihi
La ni pakat panggil daun kari dah...






Sarapan Sarah & Tok Mummy...


Keladi telur..
Ada panggil keladi cina
Saya beli plan nak rebus cicah kelapa



Buttercake vs hot coffee


Nasi tomato ayam masak merah + acar timun.. RM7


Achik post pic tengah makan coq cempedak kat kampung ..


Ayam kampung..



Pic by Achik..
Tahun ni pokok petai menjadi...
Mak suruh balik amik petai..
Ish..kalau ikut hati ni tiap minggu nak balik..
Makin berumur,hati makin rasa nak balik kampung tapi banyak perkara nak ditimbangkan


Apa apa pun...... solat jangan tinggal...
Tak mampu buat semua,jangan tinggal semua..
Moga Sarah jadi hamba Allah yang taat..