Untuk iftar semalam.
Nasi lemak panas.
Kopi O panas.
Nasib baik cukup eksesori nasi lemak hari ni sebab ada telur rebus,kacang tanah,bilis goreng & timun.Kadang tak cukup pun makan sahaja.Licin juga..hihihi
Tengok video yang Achik share,ngeri temgok fenomena kepala air kat Titi Hayun,Yan...dah macam banjir besar yang selalu kita tengok berlaku di luar negara.Air lumpur deras menghanyutkan apa sahaja termasuk kenderaan.Semakin banyak bencana alam sekarang ni.Salam takziah.Semoga Allah mudahkan urusan mereka yang terlibat & lindungi kita semua dari segala malapetaka.
Memang plan nak masak rendang paru yang basah & ala rendang.Maka,lepas hiris,gaul garam kunyit,saya goreng sekejap sahaja sebab taknak bagi garing.Hari tu dah buat sambal paru garing.Kali ni nak paru yang ada kenyal-kenyal gitu...
SAMBAL PARU VERSI TAK GARING
1kg paru-
1 cawan cili blend
½ cawan bawang besar + bawang putih blend
1 batang serai
1 asam keping
minyak,garam & gula
1. Paru dibersihkan & rebus empuk.
2. Hiris sederhana nipis & gaul garam kunyit.Goreng sekejap agak-agak berubah warna jadi gelap.Ketepikan
3. Dalam minyak sama,tumis serai & bawang blend.
4. Bila harum,masukkan cili blend,asam keping & masak hingga naik minyak.
5. Masukkan paru,garam,gula & gaul masak hingga naik minyak sekali lagi.Sesuaikan rasa.
Harga lembu segar dari ekor ke kepala memang harga kayangan!
ReplyDeleteSedap sangat tu ratah sambal kelempong.
Buat sajalah rendang nasib tu Mama Cella. Kalau orang dalam rumah tak makan, bawalah ke luar rumah. Kita makan berdua hihhhiii.
Betul,harga daging segar kemain mahal berbanding dulu.Kat sini RM40 sekilo.
DeleteHahaha...kalau saya jadi buat, mai la makan...hihihi
Kita suka versi tak garing, yg chewy2 tapi lembut nak kunyah.. tapi tu laaa jarang masak, rasanya pernah dua kali jer masak paru sendiri ðŸ¤
ReplyDeleteKan..
DeleteYang chewy2 tu sedap kan...
Kalau kat kampung saya biasanya direbus ,hiris cicah air asam tomato kerisik macam nasi daging tu.Sedap sungguh
Sedapnya sambal paru....nak buat jugak la nasi lemak complete macam ni..sellau x complete sebab xde kacang tanah...
ReplyDeleteKacang pun kena beli kacang berkulit merah macam ni juga baru feel.
DeleteSaya pernah guna kacang tanah putih besar tak berkulit tu..tapi kurang harum & kurang feel la
Dapat paru tempatan fresh macam ni memanglah sedap
ReplyDeleteBetul tu wak...fresh sedap
DeleteFirst time dengar Kelempong tu. Paru rupanya. Boleh tahan mahal jugak harga paru ye. Tak pernah beli sebab tak makan. jadi tak tahu. Nasi lemak tak ada accesories pun habis. Asalkan nasi dan sambalnya sedap.
ReplyDeleteOrang- orang lama belah Kedah depa panggil kelempong.Yang lapis muda ni ja baru panggil paru
DeleteDulu masa kerja kat Jln Raja Chulan, ada makcik yg jual ns lemak sambal paru.. sdp yg amat.. bole kata hampir tiap hari kak lin beli utk bfst.. sambal parunya perfect utk selera kak lin.. 🤩
ReplyDelete