Saturday, 21 August 2021

CHOCOLATE PANDAN COCONUT vs ROTI PANDAN GULA MELAKA

Sekarang ni ada apa-apa ker dengan pandan...?Sana sini dengan pandan...Saya suka aroma pandan,cuma bila semua nak kena pandan macam fenomena cheese sikit masak dulu,hati tertanya ...ada apa dengan pandan?


Limited Edition Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut.

Limited edition..patutlah sebelum ni tak jumpa pun.Saya suka coklat Cadbury sebab ia lemak manis.Dapat yang plain pun saya suka..Apa lagi kalau ada almond.Hazelnut pun sedap juga.Tapi kalau Blackforest macam kureng sikit sebab coklat dah manis,tambah kismis yang manis pula + apa tu yang merah-merah chewy tu..Bila kunyah lekat kat gigi..hihihi


Ni Adah yang bawa balik semalam punya semalam.Dia kata sponser dari Cadbury.Dapat sorang sebungkus.Suka saya kalau dapat coklat
Adah tanya sedap ke coklat pandan coconut tu..Saya cakap rasa macam coklat kerisik..
Adah kerut dahi..Katanya takkan la rasa kerisik.Saya cakap betul la rasa kerisik sebab rosted coconut tu memang rasa kerisik la.Kalau nak buat kerisik pun memang kelapa akan disangai rangup sebelu ditumbuk menjadi pes.Bezanya kelapa yang dalam coklat ni tak la ditumbuk jadi kerisik..hihihihi...
Tapi kalau bagi pilihan coklat yang ada filling saya suka sangat coklat yang ada kelapa manis dalamnya tu.Saya tak tahu nama ..



Adah kata namanya Bounty...
Bounty tu nama coklat berinti ke brand dia?
Tapi saya memang suka coklat ni..
Hari tu pernah Adah beli kat Muzium Coklat..Masa belum Covid lagi masa tu.
Ni teringat semula kesedapannya.Adah kata ada jer jual kat Shopee...
😍😍


Hari-hari nampak iklan roti pandan kelapa Gardenia ni dok lalu lalang.Orang kata roti ni sedap.

Tengok page Gardenia pun memang dok cerita pasal toast'em pandan kelapa ni.

Semalam otw ke tempat kerja singgah Petronas nak isi minyak.Nampak lori Gardenia pun baru sampai juga.Yeay,dapat beli roti viral ni...hihihi.
Lagipun semalam tak masak sarapan.Tidur mati..sedar-sedar bilik  anak bujang tu dah kosong,dh gi kerja.Adah pun dah siap mandi.Selalu kita kejut depa.Plan asal nak beli nasi lemak,tapi tak jadi.Tu yang cari roti.
Cella kata dia tak nak roti tu .Belikan dia roti cheese & susu kotak.Sampai bilik saya terus jerang air,bancuh kopi & bakar roti pandan kelapa tu.Harum semerbak.Nikmat makan bersulam minum kopi O dalan cuaca sejuk.Nasib baik tak sapu kaya.Rupanya roti ni dah manis.Dah namanya pandan gula Melaka kan...Gula Melaka mestilah manis..hihihi
Eh,apa maksud Gardenia?
Dalam ramai-ramai yang tahu,pasti ada juga sorang dua yang belum tahu bahawa gardenia yang juga menjadi brand roti ni  tu ialah sejenis bunga bewarna putih & berbau harum

Bunga gardenia.. 
Kalau kat kampung saya  dipanggil bunga Cina.
Ingat dalam buku Bahasa Melayu darjah berapa entah dulu-dulu ada pantun popular..

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
   Apa dalam baju,
   Sekuntum bunga Cina.


Lepas makan coklat pandan kelapa,Adah keluarkan ni pula dari paper bag yang dibawa balik.Chips More oats..
Yang ni tak ada la pandn kelapa..hihihi
Ayam goreng atuk tu pun tak ada pandan kelapa Kata Adah ayam tu ex menteri kewangan yang sponser.
Alhamdulillah,kita dah ada PM..
Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri  



5 comments:

  1. Gigit cDbury...lepas tu hirup nescafe panas2 nikmat macm minum coffe mahaiii😊...mak cella mesti cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa....nak kena cuba ni..Bukan senang nak dapat minumnkopi mahai...TQ Naz

      Delete
  2. Sama la kita.. kak lin pun lebih suka cdbury drpd jenama lain.. cdbury la teman time2 study dulu.. terbawa2 sampai buat stok dlm drawer kat ofis.. jenama lain pun kak lin makan cuma lebih enjoy dgn cadbury.. senyum tu lebih lebar.. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...
      Orang kata makan coklat buat kita happy & meredakan kesedihan..
      Makan coklqt rasa muda ja kan k.Lin...🤣

      Delete
  3. Pandan laku keras sekarang ni. Habis togel pokok pandan. Hihi..fenomena sangatttt...entahlah kak. tak tahu ada apa dengan pandan ni. Tapi coklat dan roti tu memang sedap. Jangan salah beli yang putih ada iklan tu. Dah ada yang tertipu salah beli. Pandai dorang buat marketing kan. Coklat bounty tu sedap tapi saya suka beli version dalam bekas celebrations tu ada macam macam jenis coklat dalam dia. Saya pun panggil bunga cina. tak tahu pulak nama dia gardenia.

    hihi mujur kfc atok dan oats tu tak ada pandan. Kalau tidak serba serbi pandan gitu.

    Alhamdulillah dapat macam macam rezeki makanan. Orang memberi kita merasa :)

    ReplyDelete