Saturday, 7 August 2021

MEE TELUR GORENG vs TELUR REBUS

Selamat berhujung minggu.


Sarapan mee telur goreng.Makan dengan telur rebus.Telur goreng kah atau telur rebus?

Mee telur.
Digoreng.Jadilah mee telur goreng.Mee telur tu yang digoreng.Bukan telur nya...hihihihi


Dimakan bersama telur rebus.
Saya memang suka telur rebus.Macam biasa ,saya akan rebus guna rice cooker.
-Basuh telur
-Basahkan 3 helai tisu dapur(jangan perah)
-Alas dalam inner rice cooker.
-Susun telur.
-Tekan cook & biar hingga bertukar warm.
-Matikan suis,biar jangan buka penutup anggaran 10 minit untuk telur masak penuh.Kalau nak 3/4 masak,lepas button warm ,boleh terus keluarkan.


Masak mee simple campak-campak sahaja sebab semalam & hari ni jadual penuh.Semalam dalam tak sedar  stay sampai pukul 3.00.Tapi bagusnya bila dah pukul 3 banyak gerai kuih dah buka.Tapau keria gula melaka & coq badak 35 biji.Hihihihi tamak kan...Tapi takkan la habis nak makan.Panjangkan sikit rezeki tu.Tapi dari dalam kereta dah ngap berdua beranak dengan Cella.Sejak pagi hanya makan roti.Bila beli coq kria & coq badak tu kan ubi..Lepas tu dua-dua beranak kekembungan perut..Ubi kan angin,makan pula masa perut kosong..Mendapat la..hihihihi.

MEE TELUR GORENG vs TELUR REBUS
2 bungkus mee telur
1 keping dada ayam
(hiris & gaul sikit kicap)
1 sudu cili blend
1 sudu taucu
1 sudu bawang blend.
1pokok daun bawang
2 pokok sawi pak choy
1 cili merah
Kicap & garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis.
4 sudu minyak

1. Jerang seperiuk air hingga mendidih 

2. Panaskan minyak. Tumis isi ayam & taucu  hingga masak.

3. Tambah bawang blend & cili blend hingga naik minyak

4. Sementara itu,celur mee & bila mula lerai,terus cedok & terus masukkan dalam tumisan.Tak perlu tapis.

5. Gaul rata sambil renjis kicap.

6. Tambah sayur & gaul rata.Sesuaikan rasa.



Mee Telur Goreng vs Telur Rebus & minuman panas.
Sambil sarapan sambil berkursus.Hihihi,selalu nampak orang kena kerja Sabtu & weekend sampai petang.Hari ni awak pula merasa,baru tahu..Bertabahlah hingga ke petang..Hihihi.
Bukan kursus apa sangat pun,tapi lebih kepada kem jati diri...Cara mempositifkan diri untuk ber BDR dalam PKP & cara menangani emosi diri & family.Bagus juga sesekali attand kursus macam ni terutama orang macam saya yang tak ada kekangan sangat jika nak banding dengan orang lain yang terpaksa tabah menguruskan anak-anak berPdPR & dalam masa yang sama ber BDR..Belum lagi kira majikan yang kurang prihatin.Semoga kita semua dimudahkan urusan & diberkati dunia & akhirat.


8 comments:

  1. Sy pun suka telur rebus macam tu, tapi tak pernah cuba lagi cara masak guna rice cooker tu. Sy ada beli benda yang boleh tahu keadaan dalam telur tu, ntah apakah namanya. Tapi, ntah manalah menyelit, maklumlah, umah besar sgt 😂😂😂

    ReplyDelete
  2. Eh... tengok minuman panas tu....nak pi dapur sat nak bancuh teh halia!

    ReplyDelete
  3. Petang nanti nak buat la ada mee kering kat dapur tu..beli x masak2 lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang bukan tal ad idea sangat kan..Tapi swlalu juga lupa barang yang dah beli...hihihi

      Delete
  4. Hritu g aeonbig cari mee kering vits yg mak cella masak.. nasib baik ada.. ni mak cella tayang mee telur plk.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...pasni kit masak mee telur berjemaah pulak

      Delete