Thursday, 26 August 2021

CUCUR TUANG

 

Cucur Tuang untuk minum petang.Cucur Jawa pun ya, Kuih Cucur pun disebut orang.Penyaram juga dipanggil .Mexico Hat pun boleh....!

Bukan petang ni.Tapi petang semalam.Petang ni malas.Bancuh kopi 0 makan dengan cream creaker ja...Orang kampung saya panggil roti lemak @ roti pat segi.Hihihi


Cucur Tuang.
Selalu saya sebut Cucur Jawa walaupun orang Jawa tak mengaku pun ni Cucur Jawa🤭🤭
Kali ni ikut panggilan orang-orang lama kat kampung saya.Depa panggil Cucur Tuang.Mungkin sebab cucur ni dibuat dengan cara menuang bancuhan tu dalam minyak panas.Tanpa acuan ,tanpa guna tangan .Hanya tuang terus dari bekas bancuhan tepung.

Kalau dari cerita mak saya,dulu Cucur Tuang ni dibuat daripada lebihan tepung bancuhan Kuih Karas.Tau dak Kuih Karas?
Kat Kedah famous kuih karas ni dalam kalangan  orang lama.Mak saya pandai buat Kuih Karas.Sayangnya saya belum mewarisi resipi & cara membuatnya.In sha Allah lepas ni saya nak belajar jika ada kesempatan.Bancuhan tepung beras,gula & air sahaja diperlukan untuk buat kuih karas.Tapi teksturnya yang rapuh dan halus macam mihun tu sangat asyik mengunyah bersulam kopi O.Buatnya menggunakan acuan daripada tempurung kelapa terpilih yang dikikir licin & ditebuk 12 lubang kecil untuk membentuk rerambut kuih karas.Mak memang ada acuan sendiri yang ditempah.Biasanya bila buat Kuih Karas,akan ada sedikit baki bancuhan yang dah tak boleh nak "ayak" dengan acuan tu.Lebihan tu lah di adun semula menjadi Cucur Tuang aka Cucur Jawa.Dulu Cucur Jawanya 💯% tepung beras.Sedap masa panas,tapi bila sejuk agak keras.Kemudian ditambah baik dengan campuran tepung gandum supaya kekal lembut walau dah sejuk.
Ini yang saya tahu dari mak saya la...Mungkin sejarah kuih ni lain orang lain versinya...
Wallauhua'lam...

Saya kalau buat kuih ni,kadang elok kembong dan bibir kuihnya sexy cantik macam bibir Angelina Jolie.Kadang macam bibir tak cukup kologen kejadiannya...Hihihi.
Macam yang kali ni tak la menjadi sangat tapi boleh la untuk makan sendiri..
Hihihi
Saya pernah buat yang saya rasa cantik & sexy ...
Resipi tu dilebihkan tepung gandum daripada tepung beras.

Tapi semalam saya lupa nak guna resipi tu,sebab dah terbiasa guna resipi1.
Kalau Sindrom Pasca Vaksin dah sembuh nanti,ingat nak try semula resepi 2 tu yang saya dapat dari Sarawak.Cuma kalau resepi ori Sarawak depa guna gula apong yang sedap tu.Sini mahallll..Guna la gula perang @ gula melaka.


RESIPI CUCUR JAWA 1:

1cawan tepung beras

1cawan tepung gandum

1/2 cawan gula perang

1/2 cawan gula putih

1 1/4 cawan air suam

sikit garam

minyak masak


1. Campur dua2 tepung dan gaul dengan garam dan dua2 jenis gula.


2. Bancuh dengan air suam sikit demi sikit hingga sebati


3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang


4.Panaskan 1/2 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam


5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.


6. Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih,

7.Biar garing & terbalikkan.Toskan minyak & siap...



12 comments:

  1. Itulah yang hairannya. Sepanjang usia jadi anak keturunan Jawa tak pernah sekali pun jumpa orang kampung buat Cucur Jawa. Samalah macam Nee Bandung. Pergi Bandung, memang tak jumpa Mee Bandung hihihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak Mee Siam ada tak kat Thailand?
      hihihihi

      Delete
  2. Rajin sungguh, berulang2 sepanjang pkp ni Mak Cella buat kuih ni. Tentu benar2 sedap.

    ReplyDelete
  3. kuih ni sy lg xtau nk pgl ape.. cucur tuang ke cucur ke kalo sbot nama je xknl.. tgk rupa tau la.. haha..
    sy tau mkn je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mengidam...nak cari..nak cakap macamana tu?...hihihi

      Delete
  4. Kak lin nk try la nanti.. suka tgk ropol tepi cucur jawa ni.. tp kak lin ikut resepi no 2 tu.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak buat lagi la guna resipi 2 tu...
      Lebih lembut.

      Delete
  5. Wak yang jawa pun tak tahuada cucur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...
      Orang kat China pun,agak-agak depa tau dak kat Malaysia ada Bunga Cina...hihihi

      Delete
  6. Macam macam nama ada eh. Tak pernah kot rasanya makan cucur jawa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la Azhafizah...
      Ingat-ingatpun selain cucur tuang,cucur jawa la yang disebut di tempat saya..Kalau Google cucur jawa pun,cucur ni la yang keluar...Mungkin ada sejarah yang kita tak tau agaknya.Agaknya la🤲

      Delete