Jalan ke Johor hingga ke Sabah disajikan lempeng cicah asam pedas la,cicah sardin la...makan dengan kuah durian pun hado..,maka kita pun terjangkit melempeng juga...hihihi
Saya olahkan kacang kuda sebagai cicahan.Kadang kuda dalam tin ready to eat.Dah lama beli tapi tak digunakan.Ni dah dapat idea nak makan dengan lempeng,berguna juga lah kacang kuda tu..
Saya punya.
Lempeng dengan kacang kuda pedas vs kopi 0 pekat.Lepas makan jantung berdebar bagai berlari pecut 100 meter.Kuat juga kafien dalam kopi cap gantang ni..
Tak kemas langsung.Tak boleh lawan kekemasan lempeng Cikgu Amie & tak secomel lempeng Yusarima.
Saya hanya guna sukatan 2 ½ cawan tepung gandum cap kunci + 3 cawan air suam +1 telur ,1 sudu teh garam & 2 sudu minyak.Blend hingga creamy & biar 1 jam sebelum melempeng.
CICAHAN KACANG KUDA PEDAS
1 tin kacang kuda siap rebus
2 biji kentang- dadu
1 bawang besar-dadu
1 sudu serbuk cili
1 sudu rempah kari
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
1 kiub ikan bilis
1 tangkai daun kari
1 pokok daun ketumbar/daun sup
Minyak
1. Panaskan ¼ cawan minyak & goreng kentang dadu hingga masak.Ketepikan
2. Dalam minyak yang sama,tumis daun kari & bawang dadu & jintan.
3. Masukkan serbuk kari & serbuk cili serta sedikit air.Masak.hingga naik minyak.
4. Tambah kiub bilis,kentang,kacang kuda & air kacang kuda secukupnya untuk mendidih.
5. Bila pekat,kecilkan api & biar mendidih perlahan supaya naik minyak.Tabur daun ketumbar cincang.Tapi saya hanya ada daun bawang.
Alhdulillah....
nyum nyum sungguh lazat ^_^
ReplyDeleteHehehe...yang suka la...
DeleteWah! Lempeng tiga penjuru!
ReplyDeleteApalah yang ada pada kecomelan hihihiiii... yang penting sodap, masuk perut dan mengenyangkan. Seronoknya jalan sana jalan sini, jumpa lempeng pelbagai rupa tapi tetap menggamit selera!
Tapi kalau sedap & cantik kemas,kan pakej lengkap...Nanti saya akan cuba buat kemas macam cikgu
DeleteHah.. siapa kata tak comel. Bukan sahaja cantik lempengnya, dicurah pulak kacang kuda pedas tu, presentation dah macam food review tau. Bak kata Kak Amie, menggamit selera gitu
ReplyDeleteHehehehe....tq for encouraging me 🥰
DeleteWow... pengaruh rakan2 sebaya sungguh la.. hihihi... cantik dh presentation akak tu
ReplyDeleteHahaha...kan....
DeleteBukan rwmaja sahaja midah terpengaruh oleh rakan sebaya...Remaja purba pun...hihihi
Kak lin pun sama, jantung laju tiap kali minum kopi..
ReplyDeleteTp, lempeng dgn kopi mmg best fren.. ðŸ¤
Kan...kopi juga yang best.
DeleteTapi tu la,kata kopi ada antioksida tapi kalau minum macam kelemasan dalam oksigen pula..hihihi
Sana sini ada citer pasal lempeng la....terus teringin nak makan lempeng
ReplyDeleteJom...jom...melempeng berjemaah
DeleteTengok pun dah terasa2 sedapnya. Bakal dicuba hujung minggu nanti. Terima kasih atas perkongsian resepinya mak cella.
ReplyDeleteSama-sama .selamat mencuba
Delete