Kerupok Indonesia.
Ada dua jenis kerupok.
Kerupuk Kaleng & Kerupok Milinjo.
Dah dapat dah nama keropok tu.Rupanya nama Kerupok Kaleng.
Sebelum ni saya sebut Kerupok Indonesia sahaja..hihihi.
Jangan lupa Teh Masala...
***Sebenarnya awal pagi tadi saya sudah ke car wash.Taknak berebut,saya nak jadi 1st customer..Buka sahaja pukul 8 saya masuk.Dah siap mandi kereta,singgah satu gerai kuih.Aneka kuih bergoreng panas-panas.Karipap,donut,cucur udang,cucur jagung,popia,kuih getuk,kuih rengas & aneka gorengan memang digoreng panas digerai itu.Saya beli 10 batang popia goreng sebab nampak rangup panas-panas.Juga saya minta kuih getuk & kuih rengas.Yang sedang menggoreng tu dua wanita bertudung hitam .Yang membungkus lelaki setengah baya.Masa dia menyepit kuih tu,mata saya terpandang tangan kirinya yang memegang plastik..
Aduh,kenapa saya terpandang lima-lima jarinya berkuku panjang.Bukan sikit-sikit panjangnya tapi setiap jari,kukunya sepanjang seruas jari.Dari ibu jari hingga kelingking semua kukunya panjang.Warnanya pula...uweks..!
Kalau kukunya pendek tapi hitam saya boleh terima... kot mungkin dia mengopek manggis atau duku barangkali hingga hujung kuku tu hitam kerana sekarang musim buah.
Tapi ini kukunya panjang seruas jari (saya agak ± 1 cm) & warnanya ...mual tekak.Saya ralit memerhati kukunya hingga dia perasan.Saya terus bayar, & capai bungkusan kuih.Sumpah!..Saya geli & tak lalu nak makan walaupun saya bukan seorang pembersih pun🙈
Sampai sekarang tekak saya masih geli walaupun saya tak makan pun.Aduh,kenapa saya pandang tangannyaaaaaa......
Sedapnya nasi goreng sardin. Ada keropok tu lagilah nikmat makan nasi goreng sardin. Teh masala tak pernah cuba. Tapi macam teringin minum teh tarik pulak.
ReplyDeleteBagi yang suka rempah ratus in sha Allah suka masala chai ni.Teh tarik pun sedap kan
DeleteAllah nak tunjuk la tu dik.Tgh2 rambang mata teruja tengok juadah tertengok benda tu. Nnti lain kali kat gerai lain kena hati2 jugak.cuma masalahnya kita dah hilang selera
ReplyDeleteTu la...Sebab dah tertengok...
DeleteMula teringat macam-macam la...hihihi
Terpandang tanpa sengaja. Ambil masa juga tu untuk melupakkannya.
ReplyDeleteNasi goreng sardin tu sudahlah cantik kejadiannya, ditambah keropok malinjo oooohhh! Mama Cella... saya nak pergi dapur goreng keropok malinjo! Teringat rasanya yang pahit-pahit lemak tu.
Tu la...lepas ni tiap kali lalu situ pastilah teringat...
DeleteSedap kan keropok bekinjau...kan...
Patutnya kena nasihatkan peniaga tu
ReplyDeletekalau berniaga makanan janganlah bela kuku sampai panjang macam rimau tu.
Belum ada keberanian nak tegur dia Wak...hihihi
DeleteKak lin pun pernah alami.. da duduk nk order makanan, terpandang kuku yg panjang & hitam.. aduhai, memang putus selera.. 😖
ReplyDeleteHadoi...
DeleteDah duduk pulak tu kan..Kalau makanann tu dah sampai lagi la..
Memang 🤮🤮🤮
Kalau saya ni gagah la lagi boleh buang.
Yang depa tu pun satu...Berniaga makanan kotttt....
lama tak makan keropok pintal2 tu
ReplyDeleteTula tak semua kedai ada jual..Tempat saya ni ada kedai runcit Acheh
DeleteBanyak pulak tu beli kuihnya ya.. tataw nak buang ke nak bagi anak makan.. nangis
ReplyDeleteMemang tak makan la ceritanya..Lagi la tak sanggup nak bagi anak makan.Terpaksa la buang tanpa niat membazir.Semoga Allah ampunkan dosaku...huhuhu
Delete