Tuesday, 31 August 2021

TAPAU NASI LAUK ITIK SALAI

 Hari ni tak masak.Balik dari ronda KL pagi tadi singgah BTR sarapan kat kedai..Kami berdua beranak ja sarapan kat kedai.


Tengahari punya lauk.Itik Salai Masak Lemak Cili Api.Anak bujang tu belanja sebab hantar & jemput dia balik kerja dihari merdeka.Jadi mak supir hari ni....hihihi


Sebab masih awal masa jemput dia baru pukul 11 pagi.Perut masih kenyang sarapan.Dia belanja Kopi Dua Darjat ni.Kat adik dia,dia belanja Air Cokelat apa entah namanya...

Pastu tapaukan nasi dengan itik salai ni.

Saya suruh beli dua bungkus sahaja nasi tu nanti tak habis.Dia beli 2 bungkus nasi & lauk itik salai

Pastu ditapaw lagi asam pedas tetel.Katanya teringin asam pedas tetel.Laaa,nampak sangat mak dia dah malas masak..Tapi asam pedas ni kureng sikit sebab cayaq ceroi.Takpa la nanti kalau dah rajin,rasa nak cari daging tetel la..nak masak asam pedas.

Nasi dia banyak.Ada ikan masin sikit dalam nasi tu.

Lauk dia boleh tahan banyak.Kata anak bujang tu dia dah beberapa kali beli,dapat tak la sebanyak ni.Hari ni rezeki kot sebab dia jadi 1 st customer.Pukul 11.30,masa nak beli..orang tu baru nak setting gerai.Belum siap lagi,tapi anak bujang ni tunggu juga.Agaknya tu sebabnya.Apapun inilah namnaya rezeki.Alhamdulillah..!

Isi pun banyak bahagian dada  memang banyak isi dari tulang..

Depa dua beradik makan nasi tapaw ni..Saya meratah...hihihi
Dulu masa kecik,mak tak bagi meratah.Ya la,dulu nak dapat lauk bukan senang..apa lagi ayam itik.Kalau ulaman banyak la...
Merdeka sungguh hari ni..gantung periuk belanga..
Huh,jarang merasa tak masak langsung ni...hihihi






31 OGOS 2021

 

 Pagi Cuti Hari Merdeka 2021...   
Bunga  Sakura Malaysia kurang berseri diawal pagi.Bunga ini sukakan panas terik untuk tampil mekar & gebu.
Langit masih gelap,kesan hujan rahmat sejak pukul 3 pagi.Kereta penuh parkir.Siapa saja nak keluar cuti-cuti ni.
Eh,tapi saya seawal pukul 5 tadi dah meredah hujan hantar anak bujang tu.Hujan lebat kesian pula nak biar dia naik motor.Nak bagi dia bawa kereta,takut dia balik lambat.Pukul 7 pagi saya dah 2 kali dah meronda...hihihi

Seawal 7.30 dalam gerimis pagi kami dah menyusuri tengah bandaraya.

Tak pernah lagi merasai pengalaman naik double decker ni...Teringin nak naik tapi rasanya kali terakhir naik bas henti-henti ni rasanya zaman bas Intrakota lagi kot..Hihihi..Masa tu tambang wajib kena ada syiling $1 warna gold tu dalam tabung tepi tangga bas.Sekarang bila tanya anak-anak macamana nak bayar tambang bas,depa kata guna T&G.
Oh,jakun nya saya ..!
Hihihi..
Zaman belajar dulu memang la hari-hari bersesak dalam bas mini.Kadang-kadang bas Thong Fong & Fuh Hup Paling kerap bas mini la.Dari bas mini warnak coklat tambang 40 sen..hinggalah bas mini warna pink tambang 50sen & 60 sen.Kemudian perkhidmatan bas mini ditamatkan.Walaupun masa zaman bas mini tu bersesak sumbat macam sardin,tak ada disiplin beratur,main rebut naik tapi bagusnya masa tu  jarang dengan kes gangguan seksual bagai.Bau "bawang" pun tak ada dalam bas.Cuba kalau sekarang..?

Menyusuri Depan Bangunan Dayabumi menuju ke Dataran Merdeka.Sayangnya jalan ditutup.
Kalau dulu sejak 30 Ogos dah ramai berkumpul untuk coundown detik 12 malam 31 Ogos.Sinilah port anak muda termasuk yang tak muda pun untuk melihat bunga api.
Saya pengalaman malam merdeka @ Dataran ni rasanya pernah sekali kot zaman bujang.Itupun tak sampai la tengah malam sebab takut tak ada transpot nak balik hihihi.
Zaman anak-anak sekolah pernah depa minta nak celebrate merdeka nak coundown detik 12 malam@ Dataran Merdeka dengan kawan- kawan sekolah.Owh,memang saya tak bagi la..!
Malam memang TAK BOLEH!
Saya memang kolot...
Pagi takpa..Pagi depa nak gi tengok perarakan & sambutan Merdeka kat Dataran Merdeka tu takpa.Saya akan volunteer lagi hantar depa ke stesen LRT seawal 6.30 pagi. Tapi tolong la JANGAN ajak saya.Hihihihi... !
Saya lebih suka dok rumah ngadap TV tengok perarakan sambil mengadap ubi rebus & kopi 0.
Nak balik bagitau ja,saya boleh ambil kat LRT.

Pagi 31 Ogos 2021...
Hanya kelihatan wargakota beriadah & berbasikal..
Beberapa tahun kebelakangan sebelum Covid lagi lokasi sambutan merdeka sudah beralih ke Putrajaya.
Tapi biasanya kat Dataran ni masih juga orang berkumpul sekadar mengutip sisa-sisa kenangan yang tertinggal.

Masuk pusing-pusing Jalan TAR.Tapi dah awal pagi sunyi la.Apalagi sejak Covid melanda.Dulu hiruk pikuk 24 jam.Lalu deoan Globe,Kamdar,Jakel,sekadar nak recall memori sambil bercerita kat Cella.Malas dia nak layan saya cakap.Dia layan mata ja terlelap sambil tutup kepala dengan hoodi .Suruh snap pic & video pun tah apa-apa ja dia snap..Nampak naw tak ikhlas..!
Hihihi...


Dari arah Sogo,kami cuba meninjau kot jalan belah sini buka untuk masuk Dataran tu..Bukan nak turun pun,saja nak ronda ja...


Hihihi jalan  tutup juga la...


Melintas depan Kota Raya yang pernah megah & pastinya ramai yang seusia saya pernah berdating di sini sebelum ianya "ditawan" menjadi port dating warga asing ...hihihi..
Sebelum tu sempat melewati Pudu Raya yang sudah bertukar manjadi Pudu Central,sempat juga bayangan zaman 90an & awal melenium menerpa dalam ingatan.Di situlah tempat turun naik bas untuk balik kampung masa zaman study dulu.
Sebelum naik bas,wajib menyusur Petaling Street dulu beli anggur & lychee untuk buah tangan bawa balik kat mak & adik-adik.Beli mainan untuk adik bongsu saya yang masa tu masih sekolah rendah..

Tengok Cella pun dah lentok malas nak layan saya....Terus drive balik je lah....Singgah sarapan kat BTR jap isi perut .Setahun dua sebelum Covid sempat juga beberapa kali 31 0gos kami akan meronda Putrajaya melihat sisa-sisa pentas sambutan merdeka & makan-makan kat Taman Warisan atau kat Alamanda  foodcourt  tu.
Lama dah tak ronda Putrajaya yang tenang & damai itu..


Selamat Hari Merdeka.
#Malaysia Prihatin



SALAM MERDEKA 2021

 

64 tahun lalu..
31 0gos 1957.
Hari Sabtu.
6 Safar 1377.
Saya belum wujud.
Mak saya pun baru umur 10 tahun.

#kredit pic untuk empunya

Antara detik-setuju bersejarah menanti laungan keramat kali pertama.Merdeka bukan semudah dikata.Tapi ia berbayar darah & airmata nenek moyang kita.

#kredit pic untuk empunya


Semoga Allah jaga & pelihara kita agama & tanahair tercinta dari perkara-perkara yang tak diingini.

#kredit pic untuk empuny



MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN



 العفو 

قال الله تعالى : ((وليعفوا وليصفحوا ألا تحبون أن يغفر الله لكم والله غفور رحيم))

وعدنا الله تعالى أن يغفر ذنوبنا إذا سامحنا من أساء إلينا ، فبالمسامحة نملك قلوب الآخرين ونسعد في حياتنا


MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN .   


Allah berfirman : ((Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu , tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani)).


Allah telah berjanji kepada kita bahawa DIA akan mengampuni dosa dosa kita sekiranya kita suka memaafkan orang yang buat salah terhadap kita , dengan bersifat pemaaf itu bermakna kita memiliki hati orang lain dan kita bahagia dalam kehidupan kita.

Monday, 30 August 2021

MASAK NASI PADPRIK CAMPAK-CAMPAK

 

Masak Padprik Campak-campak..Tak ada seafood pun.Just ada isi ayam.


Masak Nasi Putih

Kira Nasi Padprik la kan..
hihihi...

PADPRIK AYAM CAMPAK-CAMPAK
1mangkuk isi ayam - dadu
1 bawang Holland - hiris
10 batang kacang panjang
( saya hanya ada buncis)
1 ketul bunga kobis
1 batang carrot
5 baby corn
1 tomato- belah 6
1 batang serai
5 daun limau purut
1 cili merah -hiris
10 cili padi - ketuk
¼ cawan cili blend halus
3 sudu pest tomyam
3 bawang putih
minyak,garam/sos tiram,gula

1. Panaskan⅓ minyak.Tumis bawang putih & serai

2. Masukkan ayam & biar ayam masak.

3. Masukkan cili blend & masak hingga naik minyak.

4. Tambah pes tomyam,sos tiram,bawang & sayuran 

5. Tambah sikit air jika nak berkuah.

6. Sesuaikan rasa



Dah siap masak,baru perasan tomato & babycorn lupa nak campak...Hihihi .



MENYESAL SALAH PILIH KAWAN

 


Menyesal Salah Pilih Kawan

=========

1. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bagaimana kesilapan dalam memilih kawan akan menjadi penyesalan yang dahsyat di akhirat kelak. Firman Allah:


يَٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا


“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!” (Surah al-Furqan: 28)


2. Atas dasar itulah Rasulullah mengingatkan kita bahawa pendirian seorang lelaki itu terkadang bergantung kepada pegangan agama sahabatnya juga. Sabda Rasulullah:


الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ


“Seorang lelaki itu (bergantung kepada pegangan) agama sahabatnya. Maka perhatikanlah dengan siapa kamu bersahabat.” (HR Ahmad)


3. Oleh yang demikian, pilihlah sahabat yang membimbing kita kepada kebaikan. Jadilah seperti Abu Bakar, seorang sahabat yang soleh yang membimbing orang lain ke syurga.


4. Tahukah kita bahawa Abu Bakar berjaya mengislamkan lima sahabat yang dijanjikan syurga. Lihat bagaimana persahabatan Abu Bakar dengan orang lain menyebabkan mereka dijamin ke syurga. 


Menurut Ibn Ishaq, dikalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin akan memasuki syurga, separuh dari mereka (iaitu lima orang) telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah: Uthman ibn Affan, al-Zubair ibn al-Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas dan Talhah.


5. Sahabat yang baik boleh membawa kita ke syurga. Salah memilih sahabat akan menjadi penyesalan yang abadi di hari akhirat kelak.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Sunday, 29 August 2021

REZEKI BUBUR ASYURA 3 NEGERI

 

Petang dah nak menghampiri senja.Dah pukul 6.50 petang.Tiba-tiba ada orang ketuk pintu bagi salam.Suara lelaki.

Suruh anak bujang pi buka pintu sebab kita pakai baju kelawar segan nak buka.

Anak bujang kata ada orang bagi ni..
Bila tanya siapa,dia pun tak perasan siapa yang hantar sebab mamai lagi terlelap dipetang hari..
Katanya budak tak budak tapi remaja lelaki belasan tahun.Tak perasan anak siapa..
Laaaaa...takkan la tak perasan anak siapa?
Katanya memang dia tak perasan sebab tak pernah nampak..
Hmmm,kalau tiga jiran kanan memang tak ada anak lelaki.
Bukan juga jiran belah kiri kerana belah kiri tu anak bujang kenal semua.
Jiran depan rumah? 
Lagi la bukan .
Siapa yer..?

Buka tengok bungkusan tu ada 3 bekas makanan


Wah,bubur asyura...
Bila dicium satu demi satu...
Oh,berbeza aroma..

Ni bau bubur lambuk.
Sah,ini Bubur Asyura Selatan.

Ini bau lemak manis..
Ok..yang ni Bubur  Asyura Utara..


Owh...penuh kekacang,ada daging..warna agak gelap & bau rempah ratus..
Confirm ini Bubur Asyura Pantai Timur..

Alhamdulillah,rezeki bulan Muharram...

Tapi siapa yang bagi???


BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN


 الإحسان إلى الجار . 

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لأحد أصحابه  : (( يا أبا ذر إذا طبخت مرقة فأكثر ماءها وتعاهد جيرانك )) 

وصانا رسول الله صلى الله عليه وسلم بالإحسان إلى الجار وأن نسأل عنه ، إذا مرض نزوره ، وإذا جاع نطعمه وألا نوذيه لا بكلام ولا بفعل .


BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN . 


Telah bersabda Rasulullah s.a.w kepada salah seorang sahabatnya : (( Wahai Abu Zar , jika kamu memasak , maka perbanyakkanlah kuahnya , berilah jiranmu daripada masakanmu itu dengan baik)). 


 Baginda Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada kita agar berbuat baik kepada jiran dan bertanyakan keadaannya . 

Apabila dia sakit , kita menziarahinya , apabila dia lapar , kita menghulurkan makanan kepadanya dan jangan sekali kali kita menyakiti jiran samada dengan perkataan atau dengan perbuatan .

Saturday, 28 August 2021

BUAT KUIH BOM INTI KACANG

 

Hari ni sudah berjaya melawan rasa malas...


Buat kuih bom untuk minum petang.


 
Kuih bom inti kacang 
Bukan kacang merah.Tapi kacang hijau tanpa kulit aka mung bean.

Mung bean atau kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya.


Rupa dia macam ulundu dal pun ada Macam isi halba pun ada kan.Tapi ni isi kacang hijau.
Untuk inti kacang hijau ni boleh tengok step by step dalam old post 


Eh,tengok kuih peria kat oldpost tu,teringin pula nak buat kuih peria lagi.
Hihihi ..

Inti Kacang Hijau
1 cawan kacang hijau split
1 cawan air
½ cawan gula
¼ sudu teh garam
1 helai pandan.

1. Basuh & rendam isi kacang hijau beberapa jam supaya lembut.

2. Masuk kacang hijau dalam periuk + 1 cawan air.Masak hingga mendidih.

3. Bila mendidih,tutup periuk & matikan api.Biar ½ jam.Nanti air akan kering diserap kacang & kacang akan lembut.

4. Setelah kacang agak sejuk,lenyek kacang & + gula,garam & pandan.Masak hingga kental.

5. Sejukkan kan & bulat-bulatkan inti mengikut saiz yang diingini.

Inti dah siap.Bulat-bulatkan sebesar fishball


Tepung pulut,sebiji kentang lenyek & sikit garam.

Masukkan air sikit demi sikit & uli hingga jadi dough yang bokeh dibentuk.Hari ni tak sukat pulak tepung & air.Main agak sahaja.Tapi guna tepung pulut,sebiji kentang rebus dilenyek ,sikit garam & air agak-agak sahaja sampai dough boleh bentuk 

Bahagi dough sama banyaj agak-agak jumlah inti.Balut bebola inti dengan dough tepung.

Celup sekali lalu dalam air & golekkan pada bijan.

In sha Allah bijan lekat elok


Masukkan minyak dalam kuali.Masukkan bebola kuih ,kemudian baru hidupkan api.Api perlahan sahaja.
Dengan cara ini in sha Allah kuih tak meletup.

Tapi hasil hari ni tak berapa kemas.Bebola tak sama besar sebab main cubit sahaja dough..ada M,ada L...hihihi.


MASAK TOMYAM KUAH PEKAT

Malas ka rajin ka,perut akan tetap minta diisi.Kepala kena ligat fikir nak beli apa atau nak masak apa.


Ok,masak  tomyam kuah pekat.Budak-budak tu suka la kalau lauk berkuah.Dapat tomyam  sorang semangkuk memang slrupppp la depa.

Saya kurang sikit kalau lauk berkuah jenis sup.Kalau kuah bersantan @ lauk kering-kering ,itu sesuai dengan selera saya.


Untuk anak dara bongsu yang tengah break untuk lunch.Pagi nak  breakfast takdan,punya bz mengalah kan PM....hihihihi...Nasib baik jugak la anak-anak sepakat  nak pasang wifi sebelum PKP tahun lepas.Depa suruh terminate ASTRO gantikan dengan wifi.Puncanya adalah sejarah tak manis dengan ASTRO.Akhirnya bercerai talak 3 dengan ISTRI ASTRO.Hihihi..

Lagipun bukan sapa sangat tengok TV kecuali tengok Berita pukul 8 malam & sesekali saya layan 550,703 & 707.

Nasib baik juga termakan pujukan depa.Kalau tidak sampai la ni tak ada wifi & bayangkan sejak PKP yang semuanya kena online.Jenuh jugak la..


Tomyam pekat sorang semangkuk depa layan.Saya rasa macam pernah buat pes tomyam sendiri.Tapi cari dalam oldpost tak jumpa.Taktau la tuan tanah dulu tak post @ keyword saya tak betul.
Tomyam yang saya masak ni guna pes segera sahaja.Tapi tambah bahan lain juga untuk dapat tomyam pekat.


TOMYAM KUAH PEKAT
1 mangkuk isi ayam @ 1 mangkuk campuran seafoods.
2 sudu besar pes tomyam segera.
¼ cawan cili blend (mesti blend halus)
1 mangkuk sayur(carrot,bunga kobis,putik jagung etc)
1 bawang Holland
2 batang serai-ketuk
2 hiris lengkuas-ketuk
1 biji limau nipis
¼ susu cair/santan pekat
Daun limau purut,daun ketumbar ,cili padi,minyak & garam

1. Panaskan anggaran 4 sudu minyak.Tumis serai & lengkuas

2. Masukkan cili blend & masak hingga garing naik minyak.

3. Masukkan pes tomyam & 3 cawan air.Masak hingga mendidih.

4. Tambah isi ikan/ seafoods,daun limau purut dan cili padi ketuk.

5. Bila ayam masak,tambah sayuran & perahan limau nipis

6. Sesuaikan rasa.Tambah susu biar mendidih sekejap sahaja & matikan api.Tabur daun ketumbar.


Telur dadar sorang sebiji

Ok.Ini lauk saya.Ikan selayang lengat.Kemudian goreng garing + bawang putih rangup & cili potong.Nak makan gaul nasi dengan sikit minyak bekas goreng ikan & sikit kicap.Aduh,nikmatnya mengunyaj sambil mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak.Makan nasi  gaul minyak bekas goreng ikan adalah kebiasaan jika hanya ada lauk ikan gorang sahaja.Kicap pun jarang ada.Yang wajib ada selain ikan goreng ialah sambal belacan & ulaman yang dipetik keliling rumah.Tiga lauk itu memang tidak boleh tidak.Kalau ada gulai atau sambal ,itu kira bonus la.Ayam & daging sama macam kebanyakan orang lain juga hanya musim raya atau kenduri.

Tapi kadang-kadang ada musim mewah makan ayam hampir setiap hari.Musim ayam kena penyakit "hawar"..Kalau sekor ayam dah kena,alamat yang lain juga jarang terselamat.Macam related pula penyakit hawar ayam dan  Covid sekarang.Akan berturut-turut la yang lain.Kadang boleh habis 1 reban ,waima satu kampung juga.Ayam yang terkena penyakit hawar akan bergejala.Antarany, murung,lemah,berak cair & najisnya  putih macam kapur ( kan ada perumpamaan macam ayam berak kapur).Dirawat pun macam tak jalan.Kadang ayam tu  jalan pun terhoyong hayang  sampai terlanggar pokok,terjatuh dalam parit bagai.Biasanya akan berakhir dengan ayam mati bergelimpangan.Bangkai ayam yang terkena penyakit hawar ni kena tanam jauh-jauh. Nak tak nak bila nampak ayam dah kemurungan melampau,tuanpunya ayam akan sembelih & jadikan lauk saja la.Itulah nikmat bagi kami dapat makan ayam tanpa dicatu...hihihihi..Agaknya itulah yang dikatakan dalam musibah ada hikmah.
Kadang sampai pupus ayam kampung.Bila keadaan penyakit dah reda,orang kampung akan beli semula benih anak ayam yang dijual dipekan sehari @ dapatkan induk ayam  & ayam jantan dari saudara mara lain untuk dibiakkan semula.