Sunday, 29 August 2021

REZEKI BUBUR ASYURA 3 NEGERI

 

Petang dah nak menghampiri senja.Dah pukul 6.50 petang.Tiba-tiba ada orang ketuk pintu bagi salam.Suara lelaki.

Suruh anak bujang pi buka pintu sebab kita pakai baju kelawar segan nak buka.

Anak bujang kata ada orang bagi ni..
Bila tanya siapa,dia pun tak perasan siapa yang hantar sebab mamai lagi terlelap dipetang hari..
Katanya budak tak budak tapi remaja lelaki belasan tahun.Tak perasan anak siapa..
Laaaaa...takkan la tak perasan anak siapa?
Katanya memang dia tak perasan sebab tak pernah nampak..
Hmmm,kalau tiga jiran kanan memang tak ada anak lelaki.
Bukan juga jiran belah kiri kerana belah kiri tu anak bujang kenal semua.
Jiran depan rumah? 
Lagi la bukan .
Siapa yer..?

Buka tengok bungkusan tu ada 3 bekas makanan


Wah,bubur asyura...
Bila dicium satu demi satu...
Oh,berbeza aroma..

Ni bau bubur lambuk.
Sah,ini Bubur Asyura Selatan.

Ini bau lemak manis..
Ok..yang ni Bubur  Asyura Utara..


Owh...penuh kekacang,ada daging..warna agak gelap & bau rempah ratus..
Confirm ini Bubur Asyura Pantai Timur..

Alhamdulillah,rezeki bulan Muharram...

Tapi siapa yang bagi???


10 comments:

  1. bestnya.. rezeki alhamdulillah..
    sy tahun ni xmerasa lg bubur asyura..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Buat la sikit layan tekak...hihihi
      Tapi tu la anak2 pula langsung tak berminat...

      Delete
  2. Misteri Nusantara ni... Dapat 3 jenis bubur Asyura tanpa diketahui siapa yang hantar. Apa pun rezeki Allah nak bagi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tak dengar Misteri Nusantara....hihihi

      Delete
  3. Terlioq.. akk buat sendiri.. dah berapa hari tekak ni ngidam bubur asyura kedah.. pagi2 tadi bancuh 2 cawan.. korek apa ada .. pisang .. jagung tin.. pelbagai kacang.. keledek.. cukuplaa .. lepas rindu🥲😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan zaman dulu syok kan...gotong royong sekampung.

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Dapat 3 rasa bubur assyura

    ReplyDelete
  5. 3 jenis berbeza
    kalau belah2 kg(utara perak) cik. nur bubur syuro lain sikit
    lemak. masin


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cik nur.Saya pun pernah makan yang lemak masin..sedap
      Baru ni ada kawan dari Perak upload kat group..depa buat warna kuning..letak keladi lambok bagai..Nampak sedap

      Delete