Sunday, 24 July 2022

KE TRENGGANU LAGI NI.....

Apply cuti untuk Jumaat sebab nak ke Trengganu amik Cella.Plan nak pergi 3 beranak,tapi anak bujang cutinya tak diluluskan.Nasib baik Adah dapat kawtim..🤭Kalau tak,jenuh saya nak drive sengsorang ke sana.


Cuaca terang di LPT mengiringi perjalanan kami dua beranak.Seusai subuh pagi Jumaat kami bergerak dalam samar- samar  6.20 pagi.



Belum pukul 11 kami dah sampai Losong.Seperti biasa Kedai Keropok Paksu Losong ni jadi pilihan kami dapatkan keropok lekor rebus/goreng panas-panas untuk kudapan.Lagipun kami belum bersarapan.Hanya mengalas perut dengan sosej pastri yang dibeli kat Genting Sempah awal pagi.


Kat Pantai Batu Buruk.Nak check in belum time.Dulu- dulu  pukul 2.00pm dah boleh check in kan...La ni kebanyakan hotel  check in nya pukul 3.00 pm...huhuhu.

Plan asal nak terus pick up Cella kat UniSZA tu tapi Cella call bagitau dia masih kat kelas..

02.02 petang hari Jumaat.Bersamaan 22 Julai 2022..Berapa banyak 2 daaaa....hihihi.

Adah yang snap ni sebab katanya nombor yang cantik berderet nombor 2..berlatarkan Pantai Batu Buruk.Tapi pantainya agak lengang kerana tengahari yang panas.Petang baru pantainya meriah.Tapi kami sekadar menghabiskan masa untuk menanti masa check in.



 Pandang luar kereta kami nampak...

🎼🎼Dipohon cemara kuukirkan kata cinta...

Bulan tersenyum dan bersinar...

Beguguran daun jatuh lembut kerambutmu.

Meraikan suasana cinta...

Disini kuberjanji disaksi rambulan...

🎵🎵Andainya kupergi dulu....Jikalau kupergi dulu .......Kunantimu dipintu syurga...🎶🎶 

ada yang nyanyi ke tuuuu🤣🤣🤣🤣

Penjual tongmo di bawah pohon cemara.....Adah turun pi beli 


3 biji RM10


Ni la portionnya....



Makan berkongsi dengan Adah sambil melabohkan bontot di tebing divider.Mula kami nampak ada tongkol kayu besar bawah pohon cemara ni.Baru Adah nak pi duduk....tak semena-mena sorang kanak-kanak perempuan yang sedang duduk bersama keluarganya di atas tikar....berlari berlari kemahen laju terus duduk atas tongkol kayu tu..hahahaha!



Habis makan tongmo dan minum cendol...kami beransur untuk ke hotel..tapi Adah kata nak singgah dulu Pasar Payang untuk beli baju kelawar yang murah-murah tu nak pakai tidur.Katanya HANYA nak beli baju kelawar sahaja..


Ni baju kelawar ke...?🤣🤣🤣🤣



Ni pin baju kelawar juga..


Kalau dah orang perempuan..tu ka muda ka...jangan percaya sangat kalau dia kata HANYA nak beli tuuuu ja...🤭



Ni baru baju kelawar .


Pilih yang mur mur saja untuk buat pakai tidur



Dapat la 3 helai baju kelawar...Yang tu kat tangan Adah la..

Yang kat tangan mak dia....??

hihihihi...

to be continue......




6 comments:

  1. Yang kat tangan mak dia, entah telur penyu pun ado 😆

    TTK cuti panjang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...dah pernah beli telur penyu..takda sapa yang lalu nak makan🤭

      Delete
  2. Yang kat tangan mak dia mesti lagi pelbagai. Mana boleh masuk Pasar Payang beli baju kelawar je. Hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus la...
      Keropok saja dah dekat rm200🤭🤭

      Delete
  3. Amboi! Lagu Alleycats.... penuh nostalgia ni.
    Tak pernah lagi jumpa tongmo... dengar tangmo nida adalah hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...cikgu dah nyanyi la tu🤭
      tangmo nida...serem

      Delete