Seperti tahun lepas..Ni la wish pertama diterima sempena hari lahir..🤭
Bak kata bapanya si Rohani dalam filem Madu Tiga..." baik ada makna tu.."🤣🤣
Apapun tq LHDN atas kiriman ucapan dan doa yang dicetak..
Tak apalah,masing-masing ada tanggungjawab nak dilunaskan.Kitapun makan la sengsorang sambil menaip entri mee labu.Lepas makan terus mengadap kerja yang nak disiapkan.Menjelang pukul 4 petang baru selesai.Elok-elok pula anak bujang tu balik kerja dan Adah juga dah siap mandi dan pakai macam nak keluar.Depa dua beradik ajak keluar makan,depa nak belanja sempena ulangtahun kelahiran mak depa ni.Jika sebelum ni...saya selalu bising bila mereka beli kek bagai untuk birthday saya.Tapi saya teringat komen Cikgu Amie tahun lepas. KAT SINI...,kitapun tak jadi nak berbunyi terus zip mulut dan ikut sajalah anak-anak nak belanja makan...hihihi
Laaaa....patut laaaa takdak sapa buka..🤭
Kiriman purse..Taktau la apa maksud dia hadiahkan purse...Mungkin simbolik dia nak minta duit belanja lebih ka...🤭
" simpan la duit,jangan la membazir beli benda ni semua.."
Tapi saya hanya berkata dalam hati... kerana tengah didik hati nak kurangkan berleter kerana anak-anak jaman naw sudah tidak berminat mendengar leteran!
🤭🤣
Owh...ingatkan ada orang kirim cincin ka..!🤣🤣🤣
Tahun ni depa beli slice cake...white chocolate macadamia..fav saya.
Tapi kenapa ye kek SR sekarang makin kecik dan rasa juga dah tak sedap sama macam dulu?
Atau lidah saya yang berubah?
Sejujurnya,dalam hati tak pernah sekelumit pun mengharapkan hadiah dari anak-anak.Namun jauh disudut hati seorang emak ini tidak pernah putus-putus mendoakan agar Allah melimpahkan rezeki,rahmat,barokah dan kebahagian di dunia serta akhirat untuk kalian semua.Seorang emak ini sedar bahawa dia bukanlah ibu yang sempurna.Terlalu banyak kelemahan dan kekhilafan seorang emak ini dalam mendidik dan membesarkan kalian kerana ia hanya mencorakkan kalian mengikut acuan yang difikirkan sesuai mengikut kata hatinya semata.Terlalu banyak lompongnya.Semoga Allah mengampunkan segala kekhilafan seorang emak ini kerana setiap kali tibanya tarikh hari lahir bermakna semakin bertambah umurnya.Dalam masa yang sama juga umurnya semakin berkurang kerana kita semua sedang countdown!
Seperti kata Imam Al-Ghazali..
" yang semakin jauh itu masa lalu..yang semakin dekat itu ialah mati..."
Selamat hari lahir Mama Cella. Syukur. Alhamdulillah atas ingatan anak-anak. Biarlah mereka luahkan penghargaan dengan cara mereka. Walaupun tidak mengharapkan apa-apa, itulah rezeki Allah nak bagi. Mudah-mudahan Mama Cella sekeluarga sentiasa sihat, bahagia dunia dan akhirat.
ReplyDeleteAmiinn...
DeleteSemoga yang baik-baik juga Allah kurniakan kepada keluarga cikgu..🤲
Selamat hari lahir kak
ReplyDeletehappy birthday sis! semoga sentiasa dlm rahmat Allah swt
ReplyDeleteTerima kasih ..
DeleteAmiinn..semoga ezy.fia juga Allah rahmati
Selamat hari lahir, kak. Semoga dipanjangkan usianya, diberi keafiaatan, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteAmiinn....
DeleteTerima kasih dik..
Semoga kebaikan juga berbalik kepada SK
Happy birthday kak.. moga panjang umur, diberi kesihatan yang baik n bahagia disamping anak². Alamakkkk, rugi betul kiriman tak sampai semalam 😌. Kalau tak, dah elok dah..hihihi.
ReplyDeleteTq dear..
Delete🥰🥰🥰
Semoga kebaikan juga Allah limpahkan kepada Jaja dan keluarga
Alhamdulillah...
Rezekinya hari ini🤭
Nantikan entrinya
Selamat hari lahir kak, moga sentiasa dalam LindunganNya....
ReplyDeleteanak-anak bagi hadiah tanda ingatan dan sayang jangan la akak tak terima, macam mak dana kalau anak-anak bagi hadiah mulut kata tak nak takmo tapi bila nampak dia pakai apa yang kita hadiahkan, betapa gembira nya hati anak tu.
Amiinnn...
DeleteTerima kasih dana..
Huhuhu...emak ni begitulah,bukan taknak terima pemberian anak-anak..sebaliknya risau takut me nyusahkan anak- kalau boleh semua nak diberi kepada anak-anak..
Tapi dlm masa yang sama..hati berbunga 🤣.Permpuan kan complicated🤭
Hapy bday mak cella.. mg pjg umr mrh rzki sht2 sllu dlm redha Allah.. dpermudahkan urusan dunia akhirat.. aamiin.. 🤗
ReplyDeleteMak cella ke umi cella ek?
Amiinnn..
DeleteTerima kasih kak Lin...semoga kak Lin juga dalam rahmat Allah..
Mak pun boleh..umi pun boleh..hihihi
Nmpk tulis ats kek mcm umi.. sory kalau kak lin silap.. 🤗
DeleteHappy birthday kak..moga Allah swt permudahkan segala urusan kak .birthday saya 4 July hahaha..shari selepas kak
ReplyDelete