Sambung cerita 12 Zulhijjah 1443 bersamaan 12 Julai 2022.Sambung Kisah BALIK KEDAH BERDUA,BALIK KL BERTIGA...
Sejam kemudian,kami singgah pula R&R Tapah.
Kerana masih kekenyangan,kami tak makan tapi singgah tapaw roti dan pastri @ Harolds Bread.Teruskan perjalanan & saya minta Haikal exit Tol Sungkai.
Haikal pilih lauk daging salai lemak cili api..
Jujurnya....
Lagi satu..kot la nanti Haikal dah pernah dengar dari kawan-kawan ka..atleast dah pernah singgah & kalau nak datang dengan kawan-kawan pun dah tau tempatnya...
Saya pilih gulai kambing batang pisang dan kerabu pakis.Aqil pilih tomyam & kerang rebus.Sebab Aqil taknak makan nasi kami ambil 2 batang sahaja nasi bambunya.Aqil nak ratah kerang dan hirup tomyam saja.
Tomyam dah hilang🤣
Aqil tengah sedap hirup tak sampai hati nak suruh dia letak semula untuk snap pic🤭
Aqil sedang menghayati kuah tomyam yang manis🤣🤣🤣
Masa ni baru pukul 11.Masih awal lagi belum ramai orang lunch.Restoran ni buka 10.30..Kiranya kami antara pelanggan awal la..Makan kali ini rasa sedikit kureng nak banding makan kali pertama KAT SINI....
Mungkin sebab makan terlalu awal...baru pukul 11 belum betul-betul lapar.Dah la kami sarapan heavy jugak la kat R&R Gunung Semanggul.
Aqil kata kuah tomyam tu manis.
Saya tak percaya..Aqil suruh hirup...
Oh,ok...ada betulnya🤭🤭🤭.
Haikal pun cakap kuah daging salai agak manis..
Tapi gulai kambing dan kerabu pakis masih sedap macam kali pertama makan.
Kata Haikal mungkin gandingan lauk yang kami pilih kurang serasi.
Ada betulnya...
Sepatutnya kami kena add on ikan masin dan sambal tempoyak baru ngam..Mungkin kuah lauk pauknya dimasak sedikit manis.Tapi kalau digandingkan dengan ikan masin dan sambal tempoyak/ sambal belacan pasti seimbang rasanya..
Makanya lain kali mesti kena juga amik ikan masin dan sambal belacan/ tempoyak..
Kalau dah lidah Melayu kannn🤣
Lagi satu kena pastikan betul-betul lapar baru feel nak makan nasi...
Syyyy...pada hal Achik dah bekalkan nasi lauk daging qurban masak kicap..Sengaja nak simpan bekal makannkat KL nanti sebab nanti malas nak masak🤭
Kalau jem bising kata lambat sampai..
Dah tak jem...kami sengaja lengahkan perjalanan dengan cara santai-santai...
Salah timing agaknya ni 😆
ReplyDeleteTu la...lain kali kena kosongkan perut...Lain kali nak cuba pula ikan bakarnya...
DeleteAlhamdulillah....
ReplyDeleteTerima kasih Wak
Nak sangat makan kat sini tapi tu la ntah bila dapat pi...
ReplyDelete