Sunday, 31 July 2022

MAKAN KUNAFA

 Ada yang sebut kunafa.Ada yang kata sebutan dia knafeh..Tak tau la yang mana sebab ni makanan Timur Tengah katanya.


Anak bujang tu beli sebab adik bongsu dia dok sebut-sebut nak sangat..
Tapi bukan beli kat Bukit Bintang...kat Bukit Bulan agaknya🤣
Ni ada orang open order katanya...Tak tau berapa RM...tapi katanya boleh tahan juga harganya..

Hari tu kata nak pi makan kunafa ni kat Bukit Bintang...Tapi balik saja.Katanya ramai sangat manusianya...Last2 pi makan menda lain...
Pastu dok buat ayat sedih kat abang dia kata tak dapat makan kunafa...

Dah dibelinya 3 pack...Merasa juga la saya pun..Adah takda ni...sebab tu beli 3 saja..


Pada tekak saya...tak tau nak komen.Kalau yang suka cheese maka pasti la suka kannn..
Pun saya tak pasti memang kunafa ni sama atau sebaliknya dengan Kunafa kat Turkey nun...
Belum pernah sampai Turkey...Tapi dalam zikir niat tu ada nak pi...hihihi


Yang halus-halus rangup tu saya rasa dah macam kuih karas yang famous kat Kedah tu..Tapi versi bercheese la🤭🤣


20 comments:

  1. Di Semenanjung Arab memang terkenal dessert ni. Waktu pergi Turki dulu, selalulah nampak waktu sarapan dan makan malam di hotel. Boleh dikatakan di setiap hotel ada kunafa. Tapi saya hanya pandang saja. Pernah cuba sekali. Manis! Saya kutip kacang pistachio yang ditabur kat atasnya saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun terkenal di Semenanjung Arab, tapi waktu pi Mekah dan Madinah, tak nampak pula si kunafa ni.

      Delete
    2. Hihihi...saya pecinta manis...sebab tu susah nak slim🤭

      Delete
  2. Tak pernah dengar atau beli makanan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman la ni sebab zaman viral...pengaruh budak-budak muda la ni Wak..
      Kalau tak saya pun tak kenal juga kunafa ni

      Delete
  3. Belum sempat nk merasai kunafa ni . Ramai yang cakap kunafa ni manisan dari turkey . Memang manis eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.....
      Tapi ni local punya tak tau la sama ke tak dengan kat Turkey tu..Tapi saya lagi suka bakhlava walaupun manis

      Delete
  4. Pada kak lin, namanya pun dessert, sdp!! Sesetengah restoren arab di mlaysia pun ada jual kunafa ni.. mcm2 versi ada.. tp waktu mkn kat mekah dulu, diorg masak kalau kita order.. dulu la, kat safwa tower mekah.. lps pandemik ni xtau la.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...dorang masak fresh ye..lagi la meleleh cheesenya..
      Semoga saya juga Allah jemput ke Baitullah...
      In shaa Allah

      Delete
  5. Replies
    1. Tu la....
      Tiba2 rasa nak makan kuih karas pula ni...hihihi

      Delete
  6. Dah rasa yg kat Bukit Bintang tu..kunafa n baklava. Bagi saya biasher² je. Mungkin sebab bukan penggemar makanan yg over manissss. Air gula yg likat tu rasa mcm melekat kat tekak. Hihihi. Tapi, lain orang lain la citarasanya kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaja tak perlukan dah makanan manis kerana Jaja sudah cukup manis...chia chia chia....hihihihi

      Delete
  7. tak pernah cuba lagi kak oi... belum ada keinginan nak cuba heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la kalau tiada keinginan Dana ..
      Bukan makanan sihat pun ni...kaya kalori🤣

      Delete
  8. Ada yang suka tu suka kan kak..SA kureng skit la..hahaha...lebih suka baklava

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SA..
      Saya suka bakhlava sebab bervariasi

      Delete
  9. dekat satu foodcourt kat area rumah ammi setiap hari nampak orang dok promote kunafa ni. tapi belum tergerak hati nak pegi makan

    ReplyDelete