Day 2 @ Kuala Trengganu..Hari Sabtu.
Aktiviti kami bermula seawal 1.30 pagi...
Jemput anak bujang yang datang by bus.Kan semalam dia beli tiket pukul 6.45 petang.Bila jumpa pula bas pukul 11.30 dia beli lagi satu.Takdirnya bas 11.30 tu ada masalah & mereka pulangkan duit.Nasib baik ada back up tiket pukul 6.45 petang.Sampai KT pukul 1.30 pagi.Pun alhamdulillah Arena Hotel ke bus stand hanya 2 minit.Dekat sangat,jalan kaki pun sampai,tapi sapa yang nak jalan kan...hihi.Balik hotel sambung tidur.Adah memang booking 2 bilik.Satu twin bed & 1 lagi single bed.
Adah cakap 7.30 ke Kak Pah Nasi Dagang.
Tapi saya berkeras nak Nasi Dagang Atas Tol juga..Replace ....esok pula ke Kak Pah..
Adah kata tak apa kita ke Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 3..
Sambil beratur...tengok & pilih menu.
Cawangan 3 ni tak seluas Cawangan 2 tapi kelebihan di sini, pekerja dia akan carikan tempat duduk yang sesuai dengan jumlah kumpulan kita.So,kalau nak dine in tak payah risau.Akan ada tempat duduk.Lambat atau cepat saja .
Haruslah order Teh Ombak Rindu...
Cawangan 2 dan 3 saya dah rasa.
Cawangan 3 ni tak seluas Cawangan 2 tapi kelebihan di sini, pekerja dia akan carikan tempat duduk yang sesuai dengan jumlah kumpulan kita.So,kalau nak dine in tak payah risau.Akan ada tempat duduk.Lambat atau cepat saja .
Ambil saiz M & saya konsi dengan Adah.
Anak bujang tu Nasi Minyak Ayam Goreng..Lauknya belum dapat sebab tengah goreng.Lepas beratur,order & bayar hanya sorang boleh gi ambil makanan..Ikut SOP.
Lama sangat tunggu..Saya & Adah makan dulu.
Yang hijau tu anak bujang order Teh Hijau Hulk saiz M juga.
Teh Ombak Rindu
Saiz S RM4.50..
Saiz M RM5
Saiz L. RM 6.00
Teh Hijau Hulk tu
L-rm7
M-rm6
S- rm5.50
Anak bujang tu Nasi Minyak Ayam Goreng..Lauknya belum dapat sebab tengah goreng.Lepas beratur,order & bayar hanya sorang boleh gi ambil makanan..Ikut SOP.
Anak bujang tu tengah beratur tunggu ayam goreng & tunggu keropok lekor.
Lama sangat tunggu..Saya & Adah makan dulu.
Ni set ikan ni RM5
Makan nasi dagang teringat mak...Kesian mak tak dapat ikut.Nak sangat bawa mak makan kat Nasi Dagang Atas Tol ni...
Hari tu bawa makan kat tempat lain...pun mak kata dah sedap.Kalau bawa sini,mesti bertambah mak makan.
In sha Allah semoga ada rezeki mak...
Keropok lekor ni 1pc 50 sen.Kami order 15pcs
Set Nasi Minyak ni RM6
Total kos sarapan kami
Nasi Dagang Gulai Ikan - 2 set
Nasi Minyak Ayam Goreng -1 set
Keropok Lekor 15pcs
Teh Ombak Rindu (M)
Teh Hijau Hulk (M)
Total RM 34.50
Lari dari bajet Adah buat sebab anak bujang yang langgar peraturan tu...hihihi
Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2 dan Cawangan 3 saya dah merasa.
Masakan dia memang sama.Mungkin ada SOP memasaknya.Tapi pada saya Cawangan 2 lagi selesa sebab luas.
Nanti kalau ada rezeki ke Trengganu lagi...Nak cuba pula Nasi Dagang Atas Tol kat kedai asalnya...Cawangan 1.
Destinasi seterusnya....
atas tol? mana tolnya makcik
ReplyDeleteTu la....makcik pun cari juga tol...hihihi
DeleteSy fikir, kalau ke Ganu, memang tak ada can la nak makan kat sini sebab Pak Inche tak makan nasi dagang. Tapi, tengok abang makan nasi minyak tu, nampaknya, ada harapan laaaaa 😆
ReplyDeleteBoleh Sk...
DeleteAda nasi minyak ...nasi lemak..
pulut kuning....tekak saya memang kena dengam selera kat sini...
Must try ni.. mak cella da bbrp kali dine in kat sini.. msti sdp.. kak lin mmg suka mkn ns dagang.. 🤗
ReplyDeleteBetul kak Lin...Ada pergi juga kedai lain hari tu...Tak kena dengan tekak dengan gulai ikannya banyak tulang la🤭
DeleteSini saya gulai dia sedap.Nasinya beras basmathi..
Kat Shopee pun ada jual Set Nasi Dagang Atas Tol.Kena masak sendiri la...Tapi baik makan kat sini la Kak Lin. takyah masak..Ada teh ombak rindu ...🤣
Nasi dagang ikang aya memang sedap
ReplyDeleteSungoh doh Wak...Ikang aye...sedak
DeleteBest terangganu nasi dagang ikan aya lah....
ReplyDeleteYa Shima...
DeleteIkan aya ni panggang pun sedap.
Tapi kalau tempat kita panggil mamu🤭
Gulai dengan kacang lendiaq