Sunday, 30 May 2021

DAGING GORENG LADA HITAM

 Semalam hari terkahir berpuasa sunat 6 hari bulan Syawal untuk saya.Puasa 6 jer lah yang terakhir.Tapi hutang masih berederet..tapi in sha Allah ada masa hampir setahun lagi sebelum tiba Ramadhan berikutnya.Cuma tak tahu lah umur sempat sampai atau tidak...huhuhu


Iftar semalam saya masak daging goreng lada hitam.Masakan ini biasanya dulu-dulu saya akan masak menggunakan hati,pedal & perut ayam.Heee,dulu-dulu zaman sekolah,bila mak suruh ayah sembelih ayam,maka tugas mencabut bulu ayam,siang ayam & masak ayam memang jadi tugas saya.Jerang air untuk celup ayam supaya bulunya mudah dicabut.Tebuk bontot( hiris buang bahagian salur najis) & hiris buang tembolok di dada ayam & seluk abdomen ayam tu melalui bontot yang dah berlubang tu & kaut keluarkan segala isi perut ayam iaitu hati,pedal,jantung & usus ayam.Masa tu sebab ayam menjadi makanan heaven & ayam kampung bukan banyak sangat daging,maka kalau boleh semua bahagian ayam tidak akan dibazirkan.Hatta perut ayam yang bertali panjang tu pun,kami proses & masak.Caranya saya akan picit & lurutkan tali perut ayam untuk buang isi perutnya ( perkataan jujurnya ialah najis ayam..hihihi)
Kalau yang tak pernah buat,bayangkan picit & lurut coki-coki.Haaa macam tu la..Kemudian saya akan buatkan pisau kecil menggunakan sembilu buluh.Sembilu memang tajamnya ya ampun,mampu melukakan & menghiris perut/usus ayam.Kalau silap caturan,terhiria tangan dengan sembilu tu,pedihnya berdenyut lama mengalahkan luka kena pisau.Walau luka nampak sembuh,ngilunya lambat nak hilang.Sebab tu kalau hati terluka,disamakan pedihnya bagai disiat sembilu..!Pisau kecil daripada sembilu tu dijolok dalam perut ayam untuk membelah perut/usus ayam tadi supaya senang nak bersihkan.Cucilah dengan meramas tali usus tu bersama air campuran limau nipis hingga putih bersih tiada lagi kotoran & potong pendek- pendek.Semua bahagian dalaman ayam yang dah bersih ni biasanya saya akan masak goreng lada hitam.Dapat gaul minyak kuning berlinang tu dengan nasi panas,huh,nikmatnya sambil berdesup pedas lada hitam.

Mengimbau nostalgia itu,walaupun bukan menggunakan organ dalaman ayam sebaliknya daging,tapi rasa sedapnya masih seperti dulu.Sedap sungguh pada lidah saya.


Gaul daging goreng lada hitam dengan nasi putih.Suap berulamkan pucuk tenggek burung,memang sedap sangat.


Walaupun nampak masakan ni hitam,tapi bila digaul nasi,warnanya kuning.

DAGING GORENG LADA HITAM.
1/2kg daging- rebus & hiris agak nipis.
1 cawan bunga kobis- hiris
2 biji tomato buah- belah
1 bawang besar- hiris
1 ketul halia muda- mayang
1 cili merah- hiris
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak

Bahan Tumbuk:
1/2 cawan lada hitam biji
(saya tambah sikit lada putih biji)
5 bawang merah
5 bawang putih
1 ketul kunyit/ 1 sudu serbuk kunyit

1. Panaskan minyak & tumis halia bahan tumbuk.Sebaiknya bahan ditumbuk.Jika blend,kena masak lama sikit supaya kering airnya.

2. Masukkan daging hiris bersama sikit air rebusannya.

3. Masukkan garam,bawang,tomato & bunga kobis.

4. Masak hingga nampak keluar minyak.Sesuaikan rasa & tabur daun sup


Sejak kanak-kanak lagi saya suka makan nasi gaul lauk yang kering berminyak.Kalau tak ada arah sangat,minyak goreng ikan tamban masin tu pun saya cedok gaul dengan nasi.Nikmatnya hanya yang tahu jer tahu..Sebab tu susah nak slim.Hahaha.


Nampak?
Berlinang minyak kekuningan yang berperisa ni.hihihi...
Tapi dulu masak tak adalah tambah bunga kobis & tomato tu,sebab jarang mak beli sayur.

Anak dara bongsu tu request nak megi goreng untuk iftarnya.Goreng sekali telur mata.Layan sahaja la sebab kesian dok mengadap assignment yang bersilih ganti.

Eh,sekali kakaknya pun nak juga.Nasiblah,sebab dah cuci kuali malas  dah nak tambah telur mata.Anak bujang keluar cari minyak masak.Katanya semua kedai & 99 Speedmart panjang orang beratur walaupun dah nak pukul 8.Pukul 8 lebih baru dia sampai rumah


Bebudak sekarang memang tak reti jemu ker makan megi?

Depa makan megi.Saya melayan daging goreng lada hitam sambil.menjilat jari yang meleleh minyak(jangan tiru aksi bahaya ini!)hihihi


10 comments:

  1. Warna kunyit memang terus melekat! Masaklah apa pun jadi warna merah atau hitam tambah serbuk kunyit, bila kuah tuang ke nasi mesti ada kesan warna kuning kunyit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Lagi-lagi kalau kunyit hidup.Tapi kalau kunyit hidup harum bau dia

      Delete
    2. saki baki minyak yg kuning tu lah yg sedap kak.. gaul² dgn nasik... kalernya je dh boleh membuka selera

      Delete
    3. Kan...Kolestrol belakang kira...hehehe

      Delete
  2. sedapnya menu ni. dah lama xmkn daging goreng lada hitam. bleh cuba resipi ni nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la..Kalau jenis suka lauk kering-kering in sha Allah kena dengan selera.Buat dengan sotong pun sedap

      Delete
  3. Sy pun tak pernah jemu makan maggi 😍

    Tak pernah lagi masak daging lada hitam balik2 masak sambal, kari, sambal, kari.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..SK kan geng remaja ..( walupun purba) hihihi

      Delete
  4. Sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete