Saturday, 15 May 2021

TEMA LIGHT PURPLE RAYA PKP 3.0

Tahun ni tema baju raya Achik pilih light purple

Walau beraya dalam PKP 3.0 baju raya mesti kena ada.


Sesi bergambar  pun wajib la kan


Bersalam-salaman

Bermaaf-maafan

Budak sorang  ni memang over kalau sesi bersalaman




Rupanya Achik memang pilih tema light purple untuk semua la..Family Achik pun warna yang sama.Selalu Achik pilih lain tema.Tahun ni sama semuanya.


Penyimpan mohor besar..Hahaha.....
Syurga kami 

Tuan tanah blog namakucella juga mengucapkan selamat hari raya kepada semua.
Dulu saya cerita dia sampaikan.Sekarang sudah terbalik.Putaran roda...


Seperti biasa sejak berbelas tahun ,pakaian raya kami ditaja oleh Achik.Selagi belum kahwin,Achik akan sponser baju raya..

Kalau sesapa dah kahwin,tajaan akan dihentikan bagi memberi privacy .....Hihihi.

Alhamdulillah & semoga Allah memberkati & gantikan dengan pakaian-pakaian indah di Syurga Firdausi nanti untuk Achik & family.



4 comments:

  1. Wah! Cantiknya tema purple sedondon. Moga tambah rezeki buat Achik yang sentiasa bermurah hati menaja pakaian raya.

    ReplyDelete
  2. kirim salam cella..acik mas penggemar mee kirim salam..makin dewasa makin cantik dia. Moga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Dah sampaikan salam..
    Cella juga mengirim ucapan Assalamualaikum & selamat hari raya...
    Dah tak jenguk langsung dah dia kat blog ni.Mengadap assigment sahaja.Kelas online pun betul- betul cuti Khamis raya,Jumaat & Sabtu sahaja.
    Terima kasih Mas atas doa yang baik.Balasan yang baik juga hendaknya Allah ganjarkan kepada Mas

    ReplyDelete