Malam semalam iaitu malam 15 Syawal 1442 berlaku gerhana bulan.Kebanyakan tempat dapat melihat dengan jelas,tapi di KL tak nampak sebab hujan berserta kilat & guntur.Semalam siang,sepanjang hari terasa dingin tanpa sinaran matahari.Langit nampak kelabu & suram.
Dulu zaman kanak-kanak di tahun 1980an dulu tak ada hebahan atau pemberitahuan tentang bila akan berlaku gerhana.Jangan kata gerhana,tarikh mula puasa & tarikh raya pun memang surprise kerana hanya bergantung kepada melihat anak bulan secara manual(kalau maklumat saya salah sila betulkan).Jika nampak @ sebaliknya ,pada malam itu juga diumumkan melalui radio & TV.Masih saya ingat pernah beberapa kali ada kampung yang dah raya selepas 29 hari berpuasa & ada kampung lain pula beraya sehari kemudian dengan menggenapkan 30 hari puasa kerana alasan tidak nampak anak bulan Syawal.Saya tak ingat ( & malas nak cari info) sejak bila tarikh puasa & raya dikira secara hisab & rukyah & sejak itu tarikh puasa & raya sudah dapat dijangka lebih awal.Dalam kalender pun biasanya tarikh yang dipaparkan adalah tepat.Dah tiada lagi suspennya.Tapi anak bulan tetap dicerap di seluruh negara.Sekarang gerhana bulan pun sudah dimaklumkan awal-awal detail dari pukul berapa hingga pukul berapa.
Teringat masa zaman kanak-kanak,dikampung saya jika ada yang kebetulan merenung bulan & ternampak fenomena gerhana tu,maka riuhlah sekampung.Semua penduduk kampung saling dikejutkan.Anak-anak yang sedang tidur juga dikejutkan supaya bangun & bersama melihat bulan yang sedang gerhana.Maka yang tua seakan merintih memohon agar gerhana segera berakhir.Segala pokok-pokok & binatang juga ditepuk-tepuk dibangunkan & dikhabarkan gerhana bulan.Penduduk yang mempunyai senapang pula akan melepaskan tembakan ke udara.Kadang jika gerhana lewat malam hingga membawa ke subuh,maka selama itulah juga golongan tua akan berjaga.Kami yang kanak-kanak ada yang terlena dipangkin tempat berkumpul & ada yang terlena dipelantar rumah.Sehingga esoknya akan riuhlah bercerita pasal gerhana bulan tersebut.Orang kampung risau jika gerhana ,takut akan berlaku kemarau panjang.Memang pernah berlaku masa saya darjah 2@ 3 berlaku kemarau panjang hingga semua telaga kering dan penduduk kampung terpaksa menggali telaga nun jauh ditengah paya untuk minuman sendiri & binatang ternakan.Mandi bukan lagi kepentingan Sawah kering kontang seperti padang jarak padang terkukur & padi tidak dapat ditanam.Saya masih ingat-ingat lupa & sesekali bila bercerita dengan emak,emak khabarkan pada masa itu kerajaan terpaksa memberi sedikit bantuan kewangan yang dinamakan "Bantuan Padi Kering".Kebanyak penduduk hanya mampu membeli beras yang paling murah iaitu beras merah.Berasnya memang kemerahan & mempunyai bau yang sedikit masam.Seakan masih ingat rasa nasi beras merah.Rasanya memang tidak sedap,tapi apa lagi pilihan yang ada kerana padi di jelapang sudah kehabisan kerana setahun tidak dapat menanam padi.
Itu cerita zaman saya kanak-kanak.Ketika zaman remaja,suasana tersebut kian menghilang.Perubahan masa & pengetahuan agama yang semakin jelas,menyaksikan banyak perkara-perkara yang meragukan ditinggalkan sikit demi sikit kerana bimbang boleh membawa kepada syirik.Sebaliknya digantikan dengan amalan solat sunat gerhana & istighfar berkat guru-guru agama yang saban minggu datang mengajar di surau kampung.Bezanya "orang dulu susah nak dapat ilmu,tapi mudah untuk mengamalkannya.Orang sekarang mudah dapat ilmu,tapi sukar mengamalkannya kerana banyak cabaran & godaan". Itu cerita & peristiwa yang saya lalui zaman kanak-kanak hingga remaja.Selepas habis sekolah menengah bermulalah kehidupan saya di Kuala Lumpur hingga kini.Di usia yang kian bertambah,kampung halaman sudah mula menggamit untuk kembali.Yang pasti kota & kampung semuanya sudah jauh berubah.
Waktu kecik-kecik dulu memang pernah dengar orang tua-tua cerita tentang gerhana bula. Macam-macam mitos dan kepercayaannya. Sekarang ni dah lupa-lupa ingat, nak cerita takut tersalah sampai pula hehehheee.
ReplyDeleteBetul cikgu..
DeleteDulu2 banyak mitosnya.
Semoga kita semua & nenek moyang kita yang pernah terkhilaf fahaman diampunkan dosanya oleh Allah swt
Sayunya dan sebak tengok pic bulan tinggi sayup diangkasa dan perlahan2 makin menghilang seolah2 mengingatkan putaran hidup kita dibumi Allah ni.
ReplyDeleteKan...Bilankita merenung ciptaan Allah & muhasabah diri...takutnya mengenang tersangat kirang amalan sebagai bekal
Deletecanggih henfon ni leh zoom nmpk bulan agak besar.. 😅
ReplyDeleteHahaha...pic pertama bulan gerhana tu camera Google memang la canggih🤣
DeleteSaya masih ingat, masa kecik2 dulu, jika berlaku gerhana matahari, mak akan letak besen besar depan rumah, letak air dalam besen tu. Kami pun cangkunglah kat keliling besen tu tengok imbasan cahaya matahari. Tapi sy tak faham lagi, kenapa paksa kita tengok air dalam besen ni 😜😜😜
ReplyDeleteMaknanya orang dulu dah hebat science knowledge.Kena tengok dalam air/ guma film hitam sebab kalau tengok direct boleh rosak mata.,
DeleteTetap cantik berseri walaupun bulan tu kesiangan :)
ReplyDeleteIndah sungguh ciptaan Allah kan
Delete