Ini tiada kaitan dengan "Perang laksa" yang tengah trending disocial media sekarang ni...hihihi
Bunyinya pelek tapi ia salah satu makanan yang popular satu ketika dulu di pekan nat ( pasang minggu) Simpang Empat di Kedah.Tak pasti sekarang masih wujud @ sudah berkubur.
LAKSA CAMPUR SATE ....kat sini
nikmatnya hanya yang pernah makan & kena dengan anak tekak.Jangan pernah berkata pelek kerana rasanya memang sedap & unik.Jangan juga tidak tahu jika ke Perlis ada laksa memang dihidang & dimakan bersama pulut udang aka pulut panggang.Bukan makan asing-asing tapi memang pulut udang diletak atas laksa & dimakan bersama laksa.
Apapun laksa bersama sate bagi saya gandingan yang mantop.Kuah laksa bergabung serasi dengan kuah sate & saya suka.
Nak tahu kebenarannya...silalah cuba
Tak pernah dibuat Pak Inche ni, tapi kalau di Johor, sate mcm ni selalu dihidangkan bersama lontong, mee rebus atau mee bandung, itu pun bukan semua tempat ada.
ReplyDeleteBelah Kola Ketil rasanya takdak kot laksa makan dengam sate ni.Macam lontong dengan sate tu juga,hanya sesetengah tempat.Tapi kita boleh jer buat dengan cara mudah.Beli laksa & sate,balik makan kat rumah..hehehe
DeletePertama kali tengok orang makan laksa dgn pulut udang rasa macam pelik, tapi bila dah makan eh sedap pulak rasa nya.
ReplyDeleteKan..bila makanncampur macam tu rasa bertekstur makanan tu...memang sedap
Delete"Perang Laksa" tu memang buat ramai craving laksa, kan...haha..1st time dgr campur kuah sate ni. selalu makan asing-asing je :)
ReplyDeleteKan...Sampaikan laksa kat kedai pun payah nak cari stok.Hahaha
DeleteLepas ni boleh cuba laksa makan dengan sate plak..hihihi
Alor ibus simpang 4,laksa mesti ada kuah sambal kacang ini zaman 90an dulu...😁
ReplyDeleteTu la,zaman sekolah dulu pernah la tau ada jual kat nat Simpang Empat tu.Alor Ibus ,belacan dia tak leh teng oooo...sedap
DeleteTeringat kuah coto makassar, dalam kuah mesti ada kacang tanah kisar. Tapi tak sama rasanya kalau makan laksa dengan sate.
ReplyDeleteIni dah kira menu fusion, kawinkan laksa dengan sate.
Saya belum pernah makan coto makassar.Pernah tengok kat Sabah tapi nyesal pulak tak cuba.Bila baca post2 cikgu pasal coto makassar tu rasa macam sedap pula hirup kuahnya.
Delete