Monday, 10 May 2021

ANAKANDA SUDAH SELAMAT SAMPAI

 Setelah berteka-teki boleh balik raya ke tak boleh balik.Kalau dulu anak-anak yang belajar oversea sahaja tak dapat balik beraya .Sekarang ni kalau belajar dalam negara pun belum tentu dapat balik.Kalau PKPB atau PKPP boleh la lagi.Kalau PKP 50/50.Kalau PKPD memang tak dapat balik la.Kalau tempat anak PKPD memang tak boleh keluar.Kalau tempat mak bapa yang PKPD pun anak tak boleh balik beraya.


Alhamdulillah semalam pukul 5.45 petang anakanda Cella whatsApp dia dah dalam flight nak   fly  balik KL.Pukul 7.00 dia whatsApp dah sampai KLIA.Saya tak dapat nak gi jemput sebab tak boleh rentas negeri ( Wilayah Persekutuan-Selangor).Nak minta kebenaran rentas daerah  kat balai polis bukan mudah walau ada sebab.Tambah sekarang ni macam- macam.Cella kata tak apa tak payah gi balai polis untuk kebenaran rentas negeri   sebab nanti dia akan naik ERL dari KLIA.Dia nak iftar dulu dengan minuman & kekacang yang diberi masa dalam fligt tadi.Sekali pukul 8 dia whatsApp bagitau perkhidmatan ERL sudah dihentikan sejak bulan April 2021 sebab PKP.Airport pun sunyi jer katanya.Nak naik grab sengsorang dari KLI nun bukan dekat,malam pulak tu.Asal dah lepas tiada ERL,plan dengan sorang rakannya nak naik grab sebab kawannya pun tinggal tak jauh dari rumah kami.Boleh la ada teman saling tumpang berani.Tapi kata Cella kawan yang itu tetiba tukar plan nak ke rumah saudaranya. Aduh,macamana ni,nak redah gi amik dia kena gi balai polis dulu.


Nasib baik 15 minit kemudian dia whatsApp lagi kata ada sorang kawan yang sama belajar di Trengganu sudi tumpangkan dia.Bapa kawannya dari Kajang offer untuk hantarkan sampai rumah.Ibu bapa kawannya siap belanja iftar kat McD & Tealive sebelum hantar pulang  ke rumah.Alhamdulillah,Allah hantarkan hamba Allah yang baik hati.Kata Cella ibu bapa kawan baru tu baik sangat kerana mereka sangkakan Cella ni girl friend anak mereka.Walau sudah diberitahu mereka baru kenal tapi ibu bapanya tidak percaya & tetap membahasakan diri mereka sebagai mama & ayah..Hihihi sampai menangis- nangis Cella cerita sebaik masuk ke rumah.Katanya terkilan dengan kawan yang dah sama janji nak naik grab tu ubah plan & terharu bila Allah datangkan orang lain yang  baik hati.Cuma yang saya  terkilan kerana saya  tak sempat  nak jumpa mereka untuk bagi biskut raya & ucap terima kasih.Semoga nanti dapat berjumpa dengan mereka




6 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha...kalau jafi besan boleh buat skrip drama pukul 7 ..hahaha

      Delete
  2. Syukur bila di takdirkan jumpa org yg baik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahamdulillah....
      Kadang ia juga sebagai teladan untuk kita kan

      Delete
  3. Alhamdulillah. Banyak orang yang baik di sekeling kita kan Mana Cella. Seronoknya anakanda ada di depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Semoga Farid & Fuad juga akan dapat beraya bersama raya akan datang

      Delete