Wednesday, 5 May 2021

KARI KAMBING- IFTAR 22 RAMADHAN 1442

 Kalau beberapa tahun lepas setiap kali Ramadhan,pasti ada beberapa kali sediakan kambing panggang ka,goreng ka.Tak pun nasi goreng kambing.Ni puasa kali ni,Ramdhan 22 baru masak kambing.La ni kemain mahal daging  kambing.Tu yang fikir berkali- kali nak beli.Lagi satu,Adah tak makan kambing,kalau masak kambing,nak kena masak lauk lain plak kat dia.Makanya tak beli kambing.Rindu kat kambing takntau nak habbbbbbbbaaaaaaqqq la  .. hihihihi


Kari kambing lauk iftar semalam.Puas hati dapat makan kambing.Kalau tidak rasa nak mengembek ja....Hihihihi


KARI KAMBING
600gm kambing ( isi & tulang) 
( saya rebus dulu sebab nak cepat masak)
1 paket kecil rempahkari daging
1 paket kecil rempah kari ikan
3 biji kentang - setiap 1 belah 4
2 biji tomato - belah 4
1/2 kotak kecil santan
4 sudu minyak
garam

Bahan Tumis:
1 helai pandan
3 bunga lawang
1 kayu manis
5 cengkih
1/2 bawang besar- cincang
3 bawang putih - ketuk
1 ketul halia muda- hiris

1. Panaskan minyak & tumis semua bahan tumis
2. Masukkan bancuhan rempah kari ikan & kari daging & masak hingga naik minyak
3. Masukkan kambing bersama air rebusannya & kentang
4.BIla kentang empuk baru masukkan garam,tomato
5. Perlahankan api supaya naik minyak.Sesuaikan rasa



Lauk orang tak makan kambing.Tak habis-habis dengan udang dia.Tak tahu apa yang sedap sangat udang tu.Kalau kambing tahulah sedap..hihihihi


Goreng juga papadom untuk krup krap bila kunyah.Kalau tak nanti kunyah senyap sunyi jer ..Hihihihi



Sebab tak masak sayur,hanya bertemankan salad.Lengkong santan tu semalam punya .Masak 1/2 paket agar-agar dapar 2 loyang kecik.Maka 2 hari la lengkongnya

8 comments:

  1. Tu la pasal kalu nak beli kambing setakat tulang pn dah mcm harga 2 kg ayam pastu anak tak mkn. Nak beli dah masak plak seketoi harga sekor ayam pastu tak kena ngan tekak.dok asik membanding gitu akhirnya ayam jugak jadi juadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi,selalunya memang gitulah.Kita dok banding-banding ..sudahnya ayam juga jadi juadah.Kalau ayam jarang ada anak yang tak suka nak banding seafood & kambing

      Delete
  2. Sy suka beli kambing kiub kat nsk, sekali masak memang sekilo terus sebab kami anak beranak hantu kambing. Tapi taklah habis makan terus sekilo, separuh simpan untuk esoknya & nanti nak kena menjala pulak, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca komen SK ni la saya simpan baki kari kambing tu nak melempeng untuk sahur.Eh,kalau sudah tidak rajin(bacanya malas) memang melempeng oun dirasakan susah..hihihi

      Delete
  3. Woooo kambing! Kita gang suka makan kambing. Baru petang tadi berangan nak beli kambing masak untuk raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah sedapkan raya hidang kambing.Ish,kalau la voleh rentas negeri Hihihihi

      Delete
  4. Kalau takde kambing, wak pun taknak raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,kambing hidangan wajib yer kat rumah wak untuk raya.Kalau dekat nak juga buat- buat tersesat singgah makan kambing kat rumah wak.hihihi

      Delete